Anak Sempat Heret Ibu Keluar Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak


KUANTAN, 21 Mei  — Isteri kepada warga emas yang maut terperangkap di bilik air dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Selamat, malam tadi, sempat diselamatkan anak lelakinya, yang mengheret wanita itu keluar daripada bilik tidur.
Anak mangsa, Mohd Nazry Yusof, 46, berkata salah seorang adik lelakinya serta seorang iparnya yang tinggal di rumah itu bergegas ke bilik ibu bapa mereka di tingkat bawah setelah menyedari kebakaran berlaku di tingkat bawah rumah itu.
Beliau berkata adik dan adik iparnya memecahkan pintu bilik ibu bapanya sebelum adiknya itu berjaya mengheret ibu, Natrah Che Mat, 68, keluar, namun gagal menyelamatkan bapa, Yusuf Hassan, 74, kerana api marak dengan cepat.
“Selepas mengheret ibu keluar, mereka cuba masuk (ke bilik) sekali lagi untuk selamatkan ayah tetapi tak boleh sebab api cepat marak,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Nazry, yang tinggal di rumah berasingan di Peramu, di sini, berkata, beliau mengetahui kejadian itu pada kira-kira jam11 malam, selepas menerima panggilan daripada adiknya dan apabila tiba di rumah tersebut, beliau mendapati api sudah terpadam tetapi bapanya masih belum ditemui.
“Ketika saya sampai ayah masih belum ditemui, saya cuba masuk ke dalam rumah bagi membantu bomba mencari ayah termasuk di bilik air di dalam biliknya di tingkat bawah, tetapi gagal kerana asap tebal,” katanya.
Beliau berkata bapanya menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah penglihatan dan sakit lutut, yang mungkin menyebabkan bapanya gagal menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku dan hanya sempat masuk ke bilik air.
Sementara itu, menantu mangsa, Mohd Sukri Ismail, 48, yang bertindak memecahkan pintu bilik, berkata, beliau menyedari kebakaran itu selepas adik iparnya mengetuk pintu biliknya di tingkat atas  dan memaklumkan bilik bapa mertuanya sedang dipenuhi asap.
“Saya segera ke tingkat bawah dan memecahkan pintu bilik bapa dan ibu mertua saya, lalu mendapati api sudah pun marak. Saya cuba mendapatkan mereka namun oleh kerana asap tebal, saya berasa sesak nafas dan terpaksa keluar dari bilik berkenaan,” katanya.
Sementara itu, jiran mangsa, Razali mamat, 65, pula berkata beliau mendengar bunyi letupan kuat di rumah mangsa yang terletak bersebelahan rumahnya, menyebabkan beliau bergegas keluar kerana menyangka ada berlaku pergaduhan.
“Apabila menyedari rumah mereka sudah terbakar dan terdapat asap tebal, saya memanjat pagar dan memecahkan tingkap bagi membantu mereka menyelamatkan diri, namun saya kecewa kerana gagal menyelamatkan mangsa,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam tadi, Yusuf, ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap di dalam bilik air, manakala tujuh anggota keluarga termasuk isterinya terselamat namun sebahagian daripada mereka melecur ringan.
Sumber:  BERNAMA
The post Anak Sempat Heret Ibu Keluar, Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/21/anak-sempat-heret-ibu-keluar-gagal-selamat-bapa-kerana-api-marak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

Hiburan Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 397 hits
Berharap orang tidak mengambil ringan soal keselamatan Jasmin Hamid seru ibu bapa bertindak sebagai pelindung supaya tidak membawa anak anak keluar dari rumah meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Jasmin...
Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Awam Akan Dikenakan Tindakan

Ibu Bapa Bawa Anak Ke Tempat Awam Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 304 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai penguatkuasaan undang undang terhadap ibu bapa yang membawa anak anak mereka ke tempat a...
Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 509 hits
Menurut portal MyHealth bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4...
Anak Sulung Banyak Bekorban Sebab Dia Jugalah Kita Belajar Jadi Ibu Bapa

Anak Sulung Banyak Bekorban Sebab Dia Jugalah Kita Belajar Jadi Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 402 hits
Permulaan kita menjadi ibu bapa melalui anak pertama Anak pertama yang hadir dalam hidup kita mengubah sikap kita menjadi lebih penyayang lebih rasa tanggungjawab Anak sulung juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan juga erti hidup Mala...
Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

Kerajaan Kaji Hukuman Kepada Ibu Bapa Degil Bawa Anak Kecil Membeli Belah

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 341 hits
PUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji tindakan undang undang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbinc...
Ibu Bapa Tetap Bawa Anak Bersesak Beli Baju Raya

Ibu Bapa Tetap Bawa Anak Bersesak Beli Baju Raya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 536 hits
KUALA LUMPUR Meskipun kanak kanak berisiko tinggi dijangkiti koronavirus namun masih terdapat segelintir ibu bapa yang membawa anak berusia bawah 12 tahun ke pusat membeli belah Tinjauan Sinar Harian di pusat membeli belah terkenal di ibu n...
Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 395 hits
Seorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api AirrePublish Berita Terkini MalaysiaSeorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api Air Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang s...
12 Fakta Anak Kidal Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

12 Fakta Anak Kidal Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 782 hits
Berikut adalah fakta mengenai anak kidal 1 Otak kanan lebih dominan2 Kreatif dan rajin3 Kadang kadang tulis terbalik 4 Kidal bukan sejenis penyakit5 Ramai yang hebat dalam sukan dan muzik6 Kerap tertukar tangan kiri semasa makan Ibu bapa ke...
Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

Buka Puasa Beramai Ramai Gagal Patuh Sop 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid 19 Di Bahrain

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 516 hits
Majlis iftar bersama keluarga bertukar menjadi musibah apabila 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkiti wabak Covid 19 menerusi salah seorang dari mereka Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain anggota keluarga itu dijangkiti kera...
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life