Tiada Jaminan Selamat Nabila Huda Kurang Setuju Penggambaran Dibenarkan Produksi Boleh Cover Kos Perubatan 100 Peratus



Nabila memohon maaf jika ada pihak terasa hati dengan pandangannya itu.
MESKIPUN rindu ingin kembali berlakon namun pelakon Nabila Huda tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan penggambaran dijalankan dalam situasi krisis wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Nabila, 36, berkata banyak persoalan yang bermain di fikirannya dan antaranya berhubung dengan tindakan yang akan diambil pihak produksi jika kru atau pelakon dijangkiti Covid-19 ketika penggambaran.

"Macam mana kalau kita shoot, tapi kita terkena jangkitan didapati positif, produksi boleh tak cover kos perubatan 100 peratus? Boleh tak, produksi jamin 100 peratus kita tak akan dijangkiti ketika bekerja?

"Macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran dan kemudian kita tak tahu, sekali terkena pada seluruh keluarga di rumah, produksi boleh tanggung kos perubatan untuk seluruh keluarga?

Antara status yang dimuat naik Nabila di Twitter.
"Persoalannya, macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran? Adakah pasti anda akan ambil risiko? Soal nyawa, semua ada keluarga. Kalau keluarga dijangkiti itu adalah perkara paling menakutkan.

"Bayangkan ibu bapa kita atau anak dijangkiti disebabkan kita, adakah anda rasa menyesal? Terlalu banyak persoalan bermain dalam fikiran bila saya terbaca fasal kenyataan nak mula penggambaran," katanya di Twitter.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan kebenaran meneruskan aktiviti seni telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, penggiat seni haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang digariskan dan tidak akan mengabaikan saranan kerajaan itu.

Dalam pada itu, Nabila tetap berasa bimbang dengan penjarakkan sosial jika ada babak yang melibatkan orang ramai walaupun penggambaran boleh dilakukan mengikut SOP.

Penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua (tengah) gembira dengan keputusan kerajaan membenarkan aktiviti seni diteruskan selepas Aidilfitri.
"Kalau la kita dibenarkan untuk kembali penggambaran kena mengikut SOP, macam mana nak berlakon dengan cara new normal? Tak logik. Bukan tak setuju, faham semua dah kalut tak bekerja.

"Saya pun dalam keadaan yang sama. Saya rindu nak masuk set. Sebagai contoh, penggambaran di lokasi luar untuk babak melibatkan orang ramai, babak gaduh, macam mana nak buat tapi penjarakkan sosial?

"Semua kru pakai mask ketika penggambaran, macam mana dengan kami pelakon? Masa tengah berlakon, kena buka mask lepas itu pakai balik bila pengarah cakap cut?" ujarnya.

Sementara itu, Nabila meluahkan rasa gembira melihat rakan-rakan di belakang tabir yang berniaga secara talian demi menampung kehidupan harian mereka tanpa meminta simpati daripada mana-mana pihak.


"Saya gembira tengok rakan-rakan belakang tabir saya, penolong pengarah, jurusolek artis, wardrobe, beberapa pengarah yang dah moving on dengan isu tak bekerja ini dengan berniaga online untuk survive.

"Saya rasa terharu sekurang-kurangnya mereka berusaha nak cari duit untuk hidup dan mereka berjaya. Mereka tak meraih simpati asyik mengeluh tak ada duit, tak ada kerja, tak masak sebab tak ada barang dapur.

"Mereka usaha dan kawan-kawan belakang tabir tak perlu risau nak menjual kuih ke kek sebab mereka ada ramai rakan-rakan artis yang baik dengan mereka boleh tolong promosikan apa saja dan ia berjaya.

"Kita tolong satu sama lain. Cukup la keperluan harian. Kalau betul susah, tak pakai kereta, tak ada Iphone, tak duduk kondominium atau rumah teras, itu baru susah. Ujian sikit saja ini, bersabarlah sikit saja lagi, Insya-Allah kena kuat," katanya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan beberapa syarat dan SOP yang perlu dipatuhi di setiap peringkat.
Nabila turut memberitahu dia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan kontroversi atau nak membantah mana-mana pihak namun ingin meluahkan pandangan secara jujur dari hatinya.

"Semua orang tengah susah, semua tengah zaman kejatuhan tetapi tak boleh la nak mengeluh saja. Semua benda tak puas hati. Berhenti pentingkan diri, semua orang tengah sesak tapi kita masih hidup.

"Saya bukan nak cari fasal atau cari kontroversi, tak ada masa. Cuma nak luahkan pandangan apa saya rasa jujur dari hati. Bukan nak melawan sesiapa.

"Saya tak suka bila kita asyik mengeluh susah dalam keadaan memang kita tak boleh buat apa-apa seolah-olah kita tak reda dengan ujian ini," kata Nabila. - mstar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2020/05/tiada-jaminan-selamat-nabila-huda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nabila Huda Kurang Bersetuju Aktiviti Penggambaran Dijalankan Sewaktu Pkpb

Nabila Huda Kurang Bersetuju Aktiviti Penggambaran Dijalankan Sewaktu Pkpb

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 326 hits
Pelakon Nabila Huda kurang bersetuju dengan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan kepada industri perfileman untuk kembali beroperasi Walaupun mengakui dirinya hampir hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Nabila bim...
Nabila Huda Tak Setuju Pkp Dilonggar

Nabila Huda Tak Setuju Pkp Dilonggar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 732 hits
Nabila Huda Tak Setuju PKP Dilonggar Nampaknya ramai yang tak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk melaksankakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan bermula pada 4 Mei 2020 Rata rata rakyat Malaysia menganggap pelaks...
Kuih Bakar Pandan Wangi Tiada Pewarna 100 Peratus Jus Pandan

Kuih Bakar Pandan Wangi Tiada Pewarna 100 Peratus Jus Pandan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 484 hits
Kuih bakar pandan antara kuih yang disukai ramai dari pelbagai lapisan umur dan sedap di makan Cara pembuatannya juga cukup mudah Resipi yang dikongsikan oleh Puan boleh di cuba Terima kasih Nasrah Abdul Rahim untuk resipi yang awesome ni S...
Hiburan Cover Lagu Pilihan Kedua Peminat Mula Banding Nyanyi Aina Abdul Dengan Nabila Razali

Hiburan Cover Lagu Pilihan Kedua Peminat Mula Banding Nyanyi Aina Abdul Dengan Nabila Razali

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 612 hits
Gemar menyanyikan lagu cover version popular dan berkongsi bersama peminatnya di laman sosial penyanyi Aina Abdul menjadi tumpuan netizen Mempunyai kelantangan vokal yang baik dan pengikut yang ramai Aina baru baru ini seakan menyerlah apab...
Nabila Huda Bengang Peminat Ajak Selfie Ketika Nenek Meninggal Dunia

Nabila Huda Bengang Peminat Ajak Selfie Ketika Nenek Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 594 hits
Masih belum reda akan berita kehilangan nenek kepada pelakon popular tanah air Nabila Huda Indon Ramli beliau sekali lagi berdepan situasi menjengkelkan apabila ada peminatnya yang seakan tidak sensitif terhadap situasi tersebut Menerusi la...
Terlebih Susu Boleh Menyebabkan Kurang Zat Besi Anak 2 Tahun Ke Atas Jangan Lebih 700ml Sehari

Terlebih Susu Boleh Menyebabkan Kurang Zat Besi Anak 2 Tahun Ke Atas Jangan Lebih 700ml Sehari

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 368 hits
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat Selain kaya dengan kalsium susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein karbohidrat lemak dan vitamin Walau bagaimanapun adakah kebarangkalian susu boleh membahayak...
Hiburan Stop Pilih Pelakon Kegemaran Produser Stesen Tv Nabila Huda Mahu Industri Drama Malaysia Berubah

Hiburan Stop Pilih Pelakon Kegemaran Produser Stesen Tv Nabila Huda Mahu Industri Drama Malaysia Berubah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1302 hits
Bukan perkara baru lagi tetapi sudah acap kali industri drama dan perfileman tanah air ditegur penonton bahkan pelakon sendiri dek kekurangannya Paling terkesan apabila ramai yang bandingkan kualiti drama tempatan dengan produk hasil Hollyw...
Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 489 hits
Menurut portal MyHealth bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4...
Potong Q Untuk Membeli Domino S Pizza Boleh Bawa Pulang Dengan Senang Dan Selamat

Potong Q Untuk Membeli Domino S Pizza Boleh Bawa Pulang Dengan Senang Dan Selamat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 452 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Usaha yang lebih mantap dilaksanakan ketika rakyat Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan memerangi COVID 19 Sekal...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat