29 Mei - petang hari terakhir di rumah Negeri Sembilan, jiran-jiran memberikan hadiah perpisahan. Beberapa hari sebelum tu pun masing-masing dah memberikan ucapan dan doa di grup WhatsApp. Ada yang terus mesej secara peribadi dengan kata-kata yang membuat saya terasa sedih nak meninggalkan kejiranan yang mesra ni. Setelah lebih enam tahun menetap di situ, malah menjadi penduduk terawal berpindah masuk, memang cukup berat hati nak berpindah. Insya Allah ada rezeki saya akan kembali ke Negeri Sembilan selepas dua tahun
Bertemu sekatan jalan raya (SJR) yang pertama - lokasi di Sepang (sebelum susur keluar bandar Serenia). Kenderaan tak banyak, tak perlu beratur lama
Lebuhraya pada keseluruhannya agak lengang, perjalanan lancar. Tapi hati-hati jangan memecut, sebab ada polis trafik menunggu di pembahagi jalan tu...hehe
Bertemu sekatan jalan raya (SJR) yang kedua (juga terakhir) - lokasi di Behrang. Masa ni perlu menunggu agak lama untuk melepasi sekatan
Kira-kira pukul 11.50 pagi, kami berhenti untuk makan di R&R Bukit Gantang, Perak. Saya bawa bekalan yang di masak semalam dan dipanaskan awal pagi tadi. Kami makan di dalam kereta. Saya kemudiannya sempat memerhati sekitar R&R sewaktu nak ke tandas, keadaan sunyi dan lengang. Semua tempat duduk, gazebo, kedai dililit dengan pita merah putih. Hanya terdapat sebuah kedai makan beroperasi. Di dalam tandas juga dipasang pita merah putih pada sinki untuk penjarakan sosial. Segalanya menjadi berbeza dek kerana serangan wabak 😟
Alhamdulillah perjalanan lancar. Sekitar pukul 1.20 tengah hari, kami tiba di sini...terus menuju ke rumah sewa untuk tujuan lawatan. Sebelumnya, suami dah pun buat dua temujanji dengan dua orang ejen untuk melawat rumah sewa. Walaupun badan terasa penat, mata mengantuk, tapi perlu gagahkan diri untuk misi mencari rumah sewa pulak. Kot boleh terus masuk memang rezekilah, kot tak boleh masuk kami akan menginap di hotel bajet berhampiran. Dan kalau dua-dua rumah ni kami tak berminat, misi pencarian akan diteruskan esok pula. Fuh..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |