Selain Pkp Penuh Yang Disertai Bantuan Menyeluruh Ia Adalah Kegagalan Dan Lebih Wajar Mahiaddin Letak Jawatan


 
Petang ini Majlis Keselamatan Negara atau MKN yang dipengerusikan Mahiaddin Md Yasin akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan sama ada mahu melaksanakan PKP penuh sekali lagi atau pun tidak.
Jika PKP penuh dilaksanakan, ini bermakna ia adalah kali kedua dilaksanakan dengan kali pertama pada 18 Mac 2020 yang lalu.
Dua kali PKP kemudiannya iaitu PKP 2.0 dan PKP 3.0 bukanlah PKP penuh, sebaliknya adalah PKP separuh masak di mana banyak sektor ekonomi, termasuk pusat membeli belah masih lagi dibenarkan beroperasi.
Begitu juga kilang-kilang dan pusat judi Genting Highlands masih lagi dibuka untuk dikunjungi sewaktu PKP 2.0 dan PKP 3.0 yang separuh masak itu.
Tetapi, dengan peningkatan kes Covid19 yang terus berlaku sekarang ini, adalah jelas PKP 2.0 dan PKP 3.0 yang separuh masak itu telah gagal membendung penularan wabak.
Begitu juga dengan penguatkuasaan perintah darurat sejak Januari lalu, walaupun ia diwar-warkan untuk memerangi Covid19, ternyata ia turut sama gagal.
Darurat hanya berjaya mempertahankan kuasa Mahiaddin semata-mata.
Dengan kegagalan itu, banyak pihak kini menuntut kerajaan melaksanakan PKP penuh sekali lagi, sama ada selama 21 hari atau sebulan dengan keyakinan ia merupakan langkah paling berkesan memutuskan rantaian merebaknya virus Covid19.
Walaupun desakan itu telah muncul sejak tiga empat hari yang lalu, namun MKN hanya akan bermesyuarat pada petang ini bagi memutuskan perkara tersebut.
Kelewatan bermesyuarat ini sebenarnya merupakan satu lagi petanda kegagalan Mahiaddin dan kerajaan PN, sepatutnya bila berlaku hal kecemasan seperti sekarang, mesyuarat MKN harus segera diadakan dua tiga lalu tanpa perlu berlengah lagi.
Kenapa baru petang ini baru MKN hendak bermesyuarat, apakah Mahiaddin sebagai Perdana Menteri tidak cemas dengan angka kes yang kian meningkat itu?
Apa yang semua pihak harapkan sekarang, melihat peningkatan kes yang begitu ketara, selain kemunculan varian-varian baru yang lebih bahaya, ialah agar kerajaan segera melaksanakan PKP penuh sekali lagi.
Tetapi, PKP penuh yang dikehendaki itu bererti semua sektor mesti ditutup dan semua rakyat mesti duduk di rumah selama 21 hari atau sebulan bagi mengelak penularan atau jangkitan Covid19.
Sudah tentu, dalam keadaan ini, PKP penuh itu wajib disertai dengan kerajaan mesti memberi bantuan yang menyeluruh kepada semua rakyat, baik dari segi kewangan, makanan dan lain-lain keperluan hidup mereka sepanjang tempoh tersebut.
Melaksanakan PKP penuh tanpa memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat, termasuk moratorium automatik, adalah satu lagi petunjuk kegagalan buat kerajaan dan Mahiaddin.
Melaksanakan PKP penuh tanpa bantuan menyeluruh kepada rakyat sama saja keadaannya dengan tindakan melaksanakan PKP separuh masak seperti yang ada sekarang.
Ini kerana melaksanakan PKP penuh tanpa bantuan akan menyebabkan ramai yang mati kebulur tak makan, manakala meneruskan lagi PKP separuh masak pula akan mengakibatkan angka kematian kerana Covid19 terus meningkat.
Lebih buruk, dengan PKP separuh masak diteruskan, kita mungkin terus berdepan dengan sekian banyak PKP lagi selepas ini.
Sebab itu PKP penuh yang ketat seketat-ketatnya adalah diperlukan untuk membendung wabak bahaya ini.
Begitu juga, jika petang ini Mahiaddin tidak berani melaksanakan PKP penuh lantaran terlalu memikirkan kesan ekonomi atau kerana tidak mampu atau enggan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat, ia juga suatu kegagalan buat beliau dan kerajaan yang dipimpinnya.
Tindakan tersebut membawa erti melindungi nyawa rakyat bukan suatu keutamaan buat kerajaan, walhal jika rakyat mati, ekonomi dan negara pun akan turut mati kemudiannya.
Maka, melaksanakan PKP penuh yang diikuti dengan memberi bantuan menyeluruh kepada semua rakyat berdasarkan kad pengenalan adalah satu-satunya pilihan terbaik buat masa ini.
Selain daripada itu, ia adalah kegagalan yang tidak boleh dimaafkan dan lebih wajar Mahiaddin meletakkan jawatan atas ketidakmampuannya.
Satu sen pun dirasakan tidak berguna keberadaannya sebagai Perdana Menteri buat kita semua. 


(ShahbudinHusin 21/05/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/selain-pkp-penuh-yang-disertai-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 314 hits
Tempoh bagi PKP 3 0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1 0 dan PKP 2 0 Ini pasti jika mengikut segala logik sains dan data sebab 1 keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat PKP 2 0 diumumkan bilangan...
Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 246 hits
Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya Dalam saat saat kritikal seperti sekarang Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin pula te...
Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 349 hits
Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh jika perlu dilaksanakan sekali lagi perlu disertakan pakej bantuan untuk rakyat dan peniaga kecil sama seperti dua PKP yang dilaksanakan sebelum ini Pakej bantuan atau rangsangan ekonomi berkenaan ti...
Pkp 3 0 Pemimpin Kerajaangagal Patut Letak Jawatan

Pkp 3 0 Pemimpin Kerajaangagal Patut Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 254 hits
POSTED BY AMIR WRLRPelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 di Selangor dan kemudian Wilayah Persekutuan menyedarkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah gagal total dalam melawan pandemik Covid 19 Menurut Ketua Angkatan Muda ...
Rakyat Lebih Rela Pkp Menyeluruh 14 Hingga 21 Hari Pemuda Umno

Rakyat Lebih Rela Pkp Menyeluruh 14 Hingga 21 Hari Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 291 hits
By 22 May 2021Keadaan jalan utama di ibu kota kelihatan lengang pada hari kedua perayaan Aidilfitri berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur Foto AFFAN FAUZI 14 MEI 2021 K...
Tajuddin Rahman Letak Jawatan Reformasi Pelantikan Glc Segera

Tajuddin Rahman Letak Jawatan Reformasi Pelantikan Glc Segera

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 184 hits
By 26 May 2021Tajuddin RahmanGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mendesak agar pengerusi Prasarana Malaysia Berhad Tajuddin Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak meletak jawatan dengan segera berikutan sikap beliau yang tidak profesi...
Exco Pas Terenganu Perlu Letak Jawatan Memalukan

Exco Pas Terenganu Perlu Letak Jawatan Memalukan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 326 hits
Kerajaan sekarang dipimpin PN Isu exco PAS tidak ikut SOP bukan isu baru Sebelum ni pun banyak gambar tersebar mereka tidak memakai penutup muka Isunya bukan bayaran kompaun yang mampu dibayar tetapi kredibiliti sebagai seorang exco yang ti...
Segerakan Sidang Media Pkp Penuh Gesa Ahli Parlimen Dap

Segerakan Sidang Media Pkp Penuh Gesa Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 284 hits
May 20 2021 Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata situasi sidang media one man show diikuti kenyataan u turn oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain perlu dielakkan PETALING JAYA Seorang ahli Parlimen DAP menggesa ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan