Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19


 
Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara, kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya.
Dalam saat-saat kritikal seperti sekarang, Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin pula terus menyenyapkan diri dan hilang bersembunyi entah ke mana.
Sepatutnya, dalam situasi seperti inilah beliau harus lebih kerap muncul memberi harapan dan keyakinan kepada rakyat yang sedang resah gelisah menjalani kehidupan.
Ternyata dengan apa yang berlaku ini, kita bukan saja mempunyai seorang Perdana Menteri yang gagal, malah sebenarnya paling gagal dalam sejarah negara.
Tidak pernah kita ada pemimpin segagal dan seburuk ini kegagalannya dalam memimpin negara.
Dengan trend kes makin meningkat ini, langkah paling tepat untuk dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan PKP penuh di seluruh negara sepertimana PKP 1.0 dahulu.
Ia mesti dilakukan selama 14 atau 21 hari dengan semua sektor ditutup dan semua orang hanya dikehendaki duduk di rumah bagi mengelakkan jangkitan serta penularan.
Tempoh 21 hari atau sekurang-kurangnya 14 hari adalah langkah paling praktikal untuk memutuskan rantaian Covid19, sesuai dengan tempoh mengeram virus tersebut dalam tubuh manusia ialah selama 14 hari.
Mencadangkan PKP penuh di Selangor saja tidak akan mampu membendung wabak tersebut, malah mungkin dilihat sebagai tindakan berpilih yang bersifat politik.


Memang kes agak tinggi di Selangor, tetapi peningkatan itu sebahagiannya adalah disebabkan lebih banyak saringan dan ujian dilakukan berbanding negeri-negeri lain.
PKP longgar seperti yang dilakukan sekarang – percayalah – ia akan gagal dan kita akan terus berdepan dengan peningkatan kes yang tidak terkawal selepas ini.
Kenapa Mahiaddin tidak belajar daripada PKP 2.0 yang gagal sebelum ini sehingga terpaksa pula dilaksanakan PKP 3.0 yang juga longgar dan separuh masak?
Bukankah lebih wajar dilakukan PKP penuh di seluruh negara supaya kita tidak perlu berdepan dengan PKP 4.0, PKP 5.0 dan seterusnya lagi selepas ini?
Tetapi, sudah tentu dengan melaksanakan PKP penuh di mana semua sektor ditutup, bantuan menyeluruh kepada semua rakyat adalah wajib diberikan.
Bantuan itu pula mesti diberikan kepada semua pemegang kad pengenalan supaya ia adil dan tidak ada yang terpinggir atau dinafikan daripada menerimanya dengan alasan-alasan birokrasi yang remeh.
Sanggup dan sediakah Mahiaddin melakukannya?
Jika tidak sanggup dan tidak bersedia, jalan paling baik ialah beliau harus segera letak jawatan daripada terus menyusahkan hidup rakyat.
Akuilah kegagalan dan ketidakmampuan itu dengan sedia berundur agar rakyat dan negara tidak terus sengsara dibuatnya.
Dalam masa yang sama, darurat hendaklah segera ditamatkan kerana ia terbukti tidak berfungsi sama sekali untuk memerangi Covid19.
Darurat yang dalam masa yang sama menyebabkan Parlimen digantung hanya terbukti sebagai alat untuk Mahiaddin mengekalkan jawatannya semata-mata.
Tiada sebab dan logik lain darurat itu dikuatkuasakan. Noktah.
Jika darurat itu berkesan untuk melawan Covid19, mengapa setelah empat bulan ia dikuatkuasakan, kerajaan masih perlu melaksanakan PKP 3.0?
Sandaran alasan Mahiaddin kepada Agong bahawa darurat mampu menangani Covid19 bukan saja palsu, malah suatu penipuan dan pembohongan.
Dengan itu, darurat perlu segera ditamatkan dan biarkan Parlimen dibenar bersidang sama ada untuk membincangkan langkah-langkah konkrit bagi menangani Covid19 atau untuk menukar kerajaan.
Kerajaan yang ada ini ternyata sudah gagal dan ia akan terus gagal jika terus diberi peluang mentadbir negara ini.
Pengurus bolasepak yang kerapkali menyebabkan pasukannya kalah memang wajib digantikan kerana adalah tidak berguna mengharapkan keputusan yang berbeza daripada pimpinan gagal yang sama.
Beri peluang kepada kerajaan dan pemimpin baharu untuk mengambil alih segala usaha menangani Covid19 ini, jika tidak, Hari Raya tahun depan pun sekali lagilah kita tidak dapat balik kampung menyambutnya.


 (ShahbudinHusin 19/05/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pilihan-buat-mahiaddin-laksana-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp 3 0 Kerajaan Wajar Laksana Moratorium Pinjaman Hingga Hujung Tahun

Pkp 3 0 Kerajaan Wajar Laksana Moratorium Pinjaman Hingga Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 295 hits
Kerajaan Perikatan Nasional digesa memberi moratorium pinjaman kepada golongan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim biar pun sektor ekonomi dibuka sepanjang PKP 3 ...
Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

Pkp Gagal Darurat Gagal Dan Kerajaan Gagal Semuanya Sebab Mahiaddin Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 300 hits
Shahbudin HusinKes baru Covid19 terus menunjukkan peningkatan dengan angkanya hari ini sebanyak 4 498 Ini adalah angka tertinggi sejak Februari lalu Ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kerana peningkatan itu berlaku ketika PKP sudah diada...
Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

Mahiaddin Kini Umpama Jho Low Undurlah Dan Biar Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 282 hits
Hampir seluruh rakyat kecuali pengampu pembodek dan pendedak ketika ini memang sedang marah kepada kerajaan dan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin Kerajaan dilihat telah gagal dalam semua perkara dan Mahiaddin dianggap paling tak berguna be...
Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 314 hits
Tempoh bagi PKP 3 0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1 0 dan PKP 2 0 Ini pasti jika mengikut segala logik sains dan data sebab 1 keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat PKP 2 0 diumumkan bilangan...
Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 292 hits
Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula katanya Sementara itu Persekutuan Majikan Malaysia dala...
Ph Desak Kerajaan Segerakan Bantuan Kepada Warga Kl Susulan Pkp Sop Baharu

Ph Desak Kerajaan Segerakan Bantuan Kepada Warga Kl Susulan Pkp Sop Baharu

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 256 hits
May 25 2021 Ahli Parlimen PH dalam kenyataan bersama menyarankan beberapa langkah bantuan untuk kebajikan warga kota PETALING JAYA Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendesak kerajaan menyegerakan bantuan kepada warga Kuala Lumpur susulan pelaks...
Muhyiddin Umum Pkp Seluruh Negara

Muhyiddin Umum Pkp Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 364 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara Langkah itu katanya diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid 19 yang dipengerusikannya hari in...
Pkp Seluruh Negara Ini 11 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

Pkp Seluruh Negara Ini 11 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 357 hits
Perintah Kawalan Pergerakan akan mula berkuat kuasa pada 12 Mei ini umum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berikut antara perincian berkenaan PKP tersebut 1 Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan kesi...
Pelaksanaan Pkp Di Seluruh Negara Bermula 12 Mei Ini

Pelaksanaan Pkp Di Seluruh Negara Bermula 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 223 hits
Selepas satu satu daerah dan mukim dikenakan PKP akhirnya Kerajaan bersetuju pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan terus untuk seluruh negara bermula 12 Mei iaitu sehari sebelum Raya sehingga 7 Jun 2021 BACA Pengumuman i...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected