Segerakan Sidang Media Pkp Penuh Gesa Ahli Parlimen Dap




FMT Reporters -May 20, 2021 Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata situasi sidang media ‘one man show’, diikuti kenyataan ‘u-turn’ oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain perlu dielakkan.PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen DAP menggesa Putrajaya segera mengadakan sidang media bagi menjawab persoalan sama ada perintah kawalan pergerakan lebih ketat akan diadakan di Lembah Klang atau seluruh negara.
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan berkata, sidang media terdiri daripada Perdana Menteri bersama menteri bertanggungjawab di setiap kementerian yang terbabit jika PKP penuh dilaksanakan adalah perlu kerana spekulasi mengenainya semakin hangat diperkatakan ketika ini.
“Mari kita elakkan situasi sidang media ‘one man show’, kemudian diikuti kenyataan ‘u-turn’ oleh menteri lain kerana tidak berkomunikasi dengan yang lain.
“Mengadakan sidang media bersama Jemaah menteri akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional berkeupayaan untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya sambil menambah sidang media itu boleh dilakukan secara fizikal dan maya.
Beliau turut menggariskan lima persoalan yang perlu dijawab Jemaah Menteri dalam sidang media itu.
(i) Apakah rancangan untuk ujian saringan berkelompok dan mengesan kes positif ketika pkp diadakan? Berapa lama kita perlu asingkan dan beri sokongan kepada individu yang disahkan positif ketika program ujian saringan berkenaan?
(ii) Apakah garis masa untuk kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkaitan seperti vaksin Sputnik dari Russia dan Cansino? Apakah maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk menilai keberkesanan vaksin ini?
(iii) Apakah perancangan negara untuk mengawal penularan Covid-19 di sektor perkilangan yang mencetuskan hampir separuh kluster ketika ini? Apakah jenis penempatan yang perlu ditukar terutama bagi pekerja asing yang duduk di dalam kawasan kilang?
(iv) Apakah rancangan untuk mencegah wabak ini di penjara dan pusat tahanan negara? Adakah terdapat perancangan untuk memberi vaksin kepada tahanan dan pegawai penjara dalam waktu terdekat?
(v) Bagaimana bantuan kewangan dapat disasarkan kepada mereka yang paling terkesan ekoran PKP penuh antaranya peniaga kecil, sektor peruncitan dan sektor pelancongan? Adakah subsidi gaji akan ditawarkan kepada syarikat di beberapa sektor ini?
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba baru-baru ini berkata pihaknya dalam perancangan untuk mempertimbangkan PKP secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut menegaskan negeri berkenaan tidak menolak PKP secara menyeluruh bagi membendung penularan Covid-19.
Negara merekodkan 46 kematian dan 6,075 kes baharu Covid-19 semalam, rekod tertinggi jangkitan harian sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari dengan merekodkan 2,251 kes baru semalam. Setakat ini jumlah kumulatif jangkitan bagi negeri itu sebanyak 159,305 kes.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/segerakan-sidang-media-pkp-penuh-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Rafidah Gesa Ismail Sabri Buat Pkp Penuh Bukan Pkp Berdarjat

Dr Rafidah Gesa Ismail Sabri Buat Pkp Penuh Bukan Pkp Berdarjat

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 292 hits
MALAYSIA DATELINEBerikutan kes baharu positif COVID 19 terus melonjak Dr Rafidah Abdullah yakin kes baru ini akan mencapai 10 000 ribu kes sehari tidak lama lagi Dalam facebooknya beliau berkata katil di wad ICU sudah hampir digunakan sepen...
Segerakan Sidang Parlimen Bahas Kecam Israel

Segerakan Sidang Parlimen Bahas Kecam Israel

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 289 hits
Malaysia seharusnya membuka Parlimen untuk mengecam kekejaman negara haram Israel ke atas penduduk Palestin sejak beberapa minggu lalu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir berkata usul itu penting sebagai lambang penentangan be...
Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

Pemuda Amanah Gesa Sidang Parlimen Khas Bincang Isu Pal3stin

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 190 hits
May 16 2021 PEMUDA Amanah Negeri Perak menggesa satu Sidang Parlimen Khas diadakan berhubung isu keganasan Rejim Zionis ke atas bumi Gaza Pengarah Komunikasinya Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata pendirian Malaysia tidak cukup hanya dengan P...
Setiap Hari Saya Minum Ahli Parlimen India Minum Air Kencing Lembu Untuk Elak Dijangkiti Covid 19

Setiap Hari Saya Minum Ahli Parlimen India Minum Air Kencing Lembu Untuk Elak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 267 hits
Angka kes positif Covid 19 di India semakin meningkat sehingga menyebabkan bekalan oksigen dan ubat ubatan semakin terbatas Keadaan ini memaksa sebahagian rakyatnya kembali semula menggunakan rawatan tradisional untuk melawan virus yang tid...
Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

Ahli Parlimen Guna Gaji Sebulan 9 Hari Bina Rumah Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 275 hits
Steven Sim bergambar dengan Uncle Ah Hock di luar rumah baharunya GEORGE TOWN Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menggunakan wang sendiri untuk membina rumah baharu dalam sembilan hari bagi seorang warga emas yang tinggal di rumah usan...
Ku Li Tak Dapat Tarik Sokongan Ahli Parlimen Umno

Ku Li Tak Dapat Tarik Sokongan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 188 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau menjalinkan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana mahu mengajak beberapa pemimpin Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional Bekas Perdana Menteri itu berkata jika ia dapa...
Pmo Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan Pkp

Pmo Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan Pkp

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 168 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri PMO menegaskan bahawa PMO hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam Bahasa Melayu SUMBER Facebook Rasmi YAB Perdana Menteri MAINKAN PER
Punya Perasan Pada Hal Cina Dap Yang Tegur Mulut Penuh Dedak La Bai

Punya Perasan Pada Hal Cina Dap Yang Tegur Mulut Penuh Dedak La Bai

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 159 hits
W FAUDZINWeyyy lebaii sebelum ni mulut hang penuh dedak tak berbunyi langsung Pemimpin Dap dulu yg tegur pasal kasino Genting kemudian rakyat bising menteri boleh jawab tak tahu kasino dibuka dah kecuh baru diarah tutup Tiba2 lebai baru nak...
Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 260 hits
Persekutuan Majikan majikan Malaysia bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard yang lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial di kawasan yang terjejas teruk oleh COVID 19 dan bukannya mengum...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang