Selain Mahathir Ketua Penerangan Umno Juga Terima Rm1 16 Juta


 


SHAH ALAM: Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, syarikat itu memberi sumbangan dana RM1.16 juta kepada Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan untuk tujuan politik dan Pilihan Raya Umum (PRU), ketika perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Hamidi Mohd Noh; David Tan Siong Sun, 47, yang juga saksi pendakwaan ke-17, berkata sumbangan diberikan secara bulanan kepada Shahril merujuk kepada kod nama 'S Pat' dalam buku lejar syarikat berkenaan.
Hamidi: Shahril adalah rakan baik kepada (bekas Pengarah UKSB dan ahli UMNO), Wan Quoris (Shah Wan Abdul Ghani) dan (bekas Ketua Pemuda UMNO), KJ (Khairy Jamaluddin).
Siong Sun: Betul.
Hamidi: Shahril diberikan sumbangan itu kerana beliau baik dengan mereka?
Siong Sun: Ya.
Pada 13 Jun lalu, Wan Quoris Shah mengesahkan bahawa syarikatnya memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan.
Wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy, sebaliknya diberikan menerusi UMNO Bahagian Rembau di mana Khairy adalah Timbalan Ketua UMNO di bahagian terbabit.
Pada 18 Mei lalu, bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang dolar Singapura kepada Ahmad Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).
Bayaran itu bermula akhir 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong; Siong Sun berpendapat tiada keperluan untuk membuat laporan polis selepas beberapa ahli politik mengeluarkan kenyataan menafikan pernah menerima sumbangan dana politik daripada UKSB.
"Wang (sumbangan) itu pun kita sudah beri dan perbicaraan kes sedang berlangsung, tiada keperluan (buat laporan polis)," katanya.
Pada 17 Jun lalu, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pernah menerima RM1.3 juta daripada UKSB antara Jun sehingga Ogos 2018, selain menyifatkan perkara itu tidak berasas kerana dalam tempoh itu beliau menjalani pembedahan kanser sebelum mengambil cuti beberapa bulan untuk rawatan lanjut.
Lima hari selepas itu, seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan tidak mengetahui mengenai apa-apa sumbangan dana politik atau wang daripada UKSB, serta menegaskan sedia dipanggil pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes terbabit.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok lapor BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/selain-mahathir-ketua-penerangan-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Pun Terima Rm2 6 Juta Dari Uksb

Mahathir Pun Terima Rm2 6 Juta Dari Uksb

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 208 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menjadi antara salah seorang penerima dana daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd yang dikaitkan dengan pertuduhan rasuah terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid...
Only Dr Mahathir Can Defeat Umno

Only Dr Mahathir Can Defeat Umno

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 400 hits
Hence the politics of Malaysia is not that simple or straightforward This is not about democracy mandat rakyat a clean and transparent government etc This is about who will be in charge of Malaysia post GE15 NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamar...
Aliff Syukri Men4ngis Diisytihar Antara Pembayar Zakat Terbesar Selangor Jumlah Hampir Rm1 Juta

Aliff Syukri Men4ngis Diisytihar Antara Pembayar Zakat Terbesar Selangor Jumlah Hampir Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 203 hits
Pengusaha kosmetik dan selebriti media sosial Datuk Aliff Syukri men4ngis kegembiraan apabila dia diberi penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun 2021 Perkhabaran gembira itu dikongsi ...
Tun Mahathir Juga Terima Dana Rasuah Macam Zahid Hamidi

Tun Mahathir Juga Terima Dana Rasuah Macam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 285 hits
Oleh Sirajuddn AhmadTun Mahathir terima dari UKSB RM2 6 juta melalui anak buah Tan Sri Rahmat Mahkamah kes Datuk Zahid Hamidi hari ini diberitahu bahawa Tun Mahathir juga menerima dana politik dari UKSB sejumlah RM2 6 juta Baca sini
Simpan Minyak Masak Lebih Had Pembekal Berdepan Denda Rm1 Juta

Simpan Minyak Masak Lebih Had Pembekal Berdepan Denda Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 175 hits
Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata polis merampas 12 tan minyak masak melebihi had dibenarkan yang dianggarkan bernilai RM48 800 PETALING JAYA Tindakan seorang pembekal minyak masak menyimpan barang keperluan itu melebihi had mengundang...
Rafizi Lebih Ganas Dari Mahathir Umno Lebih Goyang Di Pru15

Rafizi Lebih Ganas Dari Mahathir Umno Lebih Goyang Di Pru15

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 279 hits
Mungkin selepas ini ahmad maslan sudah kurang berpantun dan najib tidak lagi berkicau seperti biasa Darah muda pada Rafizi sudah tentu jauh lebih bertenaga dari Mahathir
Mahathir Serang Appandi Berurusan Dengan Jho Lo Tapi Tidak Usik Zeti Tawfeq Terima Rasuah Dari Jho Lo

Mahathir Serang Appandi Berurusan Dengan Jho Lo Tapi Tidak Usik Zeti Tawfeq Terima Rasuah Dari Jho Lo

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 228 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDalam cubaan Mahathir alih tumpuan terhadap skandal skandal kroni dan diri sendiri maka Mahathir lancar serangan false flag operation dengan menyerang Tan Sri Appandi Ali Mahathir pura pura mengungkit perihal TS Appandi...
Selain Pkr Seluruh Rakyat Malaysia Dan Termasuk Umno Juga Perlu Menyanggah Najib

Selain Pkr Seluruh Rakyat Malaysia Dan Termasuk Umno Juga Perlu Menyanggah Najib

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 207 hits
Antara intipati penting dalam ucapan penggulungan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR hari ini selain menyeru semua pihak bekerja keras bagi memenangkan parti dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri beliau juga menekankan perl...
Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 322 hits
agendaily com31 07 2022Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan Foto kredit UMNO OnlineBaharu sahaja berakhir memoramdum persefahaman antara kerajaan dengan Pakatan Harapan hari ini desakan supaya mengadakan pilihan raya umum ke 15 mula ke...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing