Selain Pkr Seluruh Rakyat Malaysia Dan Termasuk Umno Juga Perlu Menyanggah Najib





 Antara intipati penting dalam ucapan penggulungan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR hari ini, selain menyeru semua pihak bekerja keras bagi memenangkan parti dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, beliau juga menekankan perlunya propaganda dan pembohongan Najib Razak disanggah secara besar-besaran.Katanya, tindakan Najib berterusan “meracun” pemikiran rakyat dengan propaganda dan pembohongannya perlu ditangani segera dan mahu semua ahli parti itu bersama-sama menghentikannya.
Menurut Rafizi lagi, semua ahli PKR mesti mula bertindak aktif menyanggah apa saja propaganda yang ditonjolkan bekas Perdana Menteri yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah itu.
“Kita kena sanggah Najib, tak boleh biarkan dia bermaharajalela, tak boleh biarkan dia terus syok meracun pemikiran rakyat.
“Mulai hari ini, semua kita bila balik ke kawasan masing-masing, kita perlu terus sanggah Najib sehingga kita hantar dia ke penjara,” katanya dengan penuh semangat dan disambut tepukan gemuruh oleh perwakilan.
Serentak itu, Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan laporan polis secara besar-besaran akan dibuat terhadap Najib pada Selasa ini berhubung pembohongan dan isu perkauman yang dimainkannya.
“Hari Selasa nanti kita buat laporan polis secara besar-besaran, tak boleh biarkan dia terus main isu perkauman.
“Selepas ini kalau Najib berbohong, kita buat laporan polis demi laporan polis lagi,” tambah Rafizi.
Jika kita perhati dengan teliti, propaganda palsu dan mainan sentimen perkauman oleh Najib sebagaimana didakwa Rafizi begitu ketara di media sosial bekas Perdana Menteri itu demi semata-mata untuk beliau meraih sokongan dan populariti di sebalik kes mahkamah yang sedang dihadapinya.
Di media sosial, Najib terlihat seolah-olah serba tahu, tetapi di mahkamah banyak perkara dijawabnya hanya dengan dua patah perkataan – tak tahu.
Sebab itu, sebagaimana saranan Rafizi, adalah penting untuk semua propaganda, pembohongan dan mainan isu perkuman Najib itu disanggah dengan bersungguh-sungguh.
Ia sebenarnya bukan saja perlu disanggah oleh ahli-ahli PKR, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia serta sebahagian ahli UMNO yang bersama kerajaan sedia ada sekarang ini.
Hakikatnya, kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob sekarang, salah seorang pemimpin kanan UMNO sendiri jadi tidak stabil adalah kerana sering didesak untuk disegerakan PRU15 oleh kluster mahkamah yang mana Najib merupakan sebahagian daripadanya.
Kadang-kadang desakan serta tekanan agar disegerakan PRU15 itu bukan pun berasaskan fakta, tetapi lebih kepada sentimen dan keinginan hati semata-mata.
Jika tanpa gangguan daripada Najib dan kluster mahkamah, Ismail Sabri tentu dengan aman dan selesa boleh memimpin kerajaan ini sehingga ke akhir penggal Parlimen iaitu Julai tahun depan.
Dalam konteks PKR dan rakyat Malaysia pula, sanggahan kepada Najib lebih untuk memastikan usaha PKR dan PH membina negara berasaskan keharmonian semua kaum mencapai kejayaan akhirnya.
Jika pembohongan dan api perkauman terus disemarakkan, negara bukan saja tidak maju ke depan, malah akan berundur ke belakang kerana tiada negara boleh mencapai kemajuan tanpa perpaduan dan selagi sentimen perkauman menjadi alat politik untuk meraih populariti.
Senang cerita, semua kita rakyat Malaysia perlu bangun menyanggah Najib sehingga beliau ke penjara demi Malaysia yang aman dan sejahtera. – ShahbudinHusin 17/07/2022.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/selain-pkr-seluruh-rakyat-malaysia-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Kem Najib Zahid Akan Menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia Pada Sidang Dewan Rakyat Ini

Apakah Kem Najib Zahid Akan Menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia Pada Sidang Dewan Rakyat Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 174 hits
Kalau kita meneliti berita dari awal Julai tahun ini rata rata isu yang berlegar adalah berkaitan tentang masalah tadbir urus dan demokrasi beberapa negara yang kian serius Pertama rakyat Sri Lanka melakukan demonstrasi besar besaran bagi m...
Najib S Fault Malaysia Lagging Behind Neighbours Says Dr M

Najib S Fault Malaysia Lagging Behind Neighbours Says Dr M

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 189 hits
Dr Mahathir Mohamad said that Najib Razak and not Pakatan Harapan was responsible for Malaysia lagging behind its neighbours He blamed it on the Pekan MP s silly agreements and overpriced projects In a Twitter thread the former prime minist...
Terima Kasih Aqieal Rakyat Malaysia Patut Contohi

Terima Kasih Aqieal Rakyat Malaysia Patut Contohi

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 177 hits
VIDEO ABUSE ALIA TIDAK DISERTAKAN SILA KE LINIK NORMAN RADZUANTerima kasih Aqieal rakyat Malaysia patut contohi JUSTICE FOR ALIA Selepas kes Siti Bainun kita dikejutkan pula dgn penderaan Alia Seperti org lain saya bila melihat klip video i...
Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 159 hits
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata laporan Bank Dunia meletakkan Malaysia negara kedua mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean PETALING JAYA Harga barang terutama produk makanan di Malaysia a...
Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu Tun M

Najib Punca Masalah Malaysia Dengan Waris Sultan Sulu Tun M

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 261 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan apabila berlaku pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah pada tahun 2013 Najib mengarahkan kerajaan menghentikan bayaran wang serahan kepada waris kesultanan itu kerana menyal...
Airasia Xpress Lebarkan Khidmat Hantar Bungkusan Ke Seluruh Malaysia Pada Harga Lebih Berpatutan

Airasia Xpress Lebarkan Khidmat Hantar Bungkusan Ke Seluruh Malaysia Pada Harga Lebih Berpatutan

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 289 hits
Perkhidmatan penghantaran airasia xpress oleh airasia Super App memaklumkan mereka kini telah meluaskan perkhidmatannya Kini perkhidmatan penghantaran mereka merangkumi antara negeri yang terus ke pintu rumah di antara Lembah Klang dengan b...
Sudah Sudah Lah Jangan Banyak Buang Masa Jangan Sampai Orang Kecam Pkr Parti Kacau Rakyat Jalan Terus Lah

Sudah Sudah Lah Jangan Banyak Buang Masa Jangan Sampai Orang Kecam Pkr Parti Kacau Rakyat Jalan Terus Lah

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 172 hits
Terima keputusan pemilihan walau kalah tetap bermaruah Fahmi FadzilRahimah AbdullahJulai 5 2022 Fahmi Fadzil menerima dengan terbuka kekalahannya di kerusi Naib Presiden PKR yang ditandinginya pada Pemilihan Keadilan 2022 Gambar failKUALA L...
Where Pkr Can Take A Leaf From Umno

Where Pkr Can Take A Leaf From Umno

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 225 hits
From Terence NettoPKR began as an Umno splinter in the late 1990s Sure it began as Parti Keadilan Nasional before it morphed into Parti Keadilan Rakyat But still it was an Umno splinter before it evolved into a multiracial party determined ...
Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Masih Ingin Jaga Hati Kerajaan Rakyat Dah Tau Janji Anwar

4 Ways Android Has Made Switching Even Better

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

Jovita Pearl Duri Di Hati Chord

Dilaa Asri Sia Sia Chord

Sibuk Kerja Tetap Tak Cukup

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

H Rsk Ldpaddan Och Den F Rlorade Skatten En Mystisk Saga Om Gl Dje Beg R Och Det