Berakhir Mou Hari Ini Ketua Puteri Umno Gesa Disegerakan Pru 15


agendaily.com31/07/2022
Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan. Foto kredit UMNO Online
Baharu sahaja berakhir memoramdum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) hari ini, desakan supaya mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) mula kedengaran.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan tanpa membuang masa terus memulakan asakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menghiraukan tuntutan pembangkang agar MoU diteruskan, sebaliknya dicadangkan supaya membubar Parlimen.

“Hari ini adalah tarikh terakhir MOU (perjanjian persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan untuk) tidak ada pilihan raya sebelum 31 Julai.

“Ertinya pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Kami mahu pilihan raya diadakan segera dan jangan sesekali melayan kehendak pembangkang dan juga Bersatu yang mahu melengah-lengahkan pilihan raya sehingga hujung penggal,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Zahida berucap semasa Konvensyen Puteri BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).

Zahida berkata, Barisan Nasional (BN) juga tidak boleh menunggu sehingga parti lawan bergabung untuk mengadakan PRU-15 kerana itu akan menjejaskan peluang untuk menang besar nanti.

“Kenapa kita perlu tunggu mereka bergabung, baharu kita nak serang, jangan kita berikan mereka vitamin untuk mereka lebih kuat. Bodohlah kita, tidak menyerang ketika musuh kita lemah,” katanya.

Jelasnya lagi, UMNO sudah tidak sabar menunggu PRU diadakan kerana mengetahui bakal menang besar nanti.

“Kami tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan segera,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi isyarat jelas tidak akan ada lagi perjanjian atau Mou baharu yang akan disambung antara kerajaan dengan PH.

Ismail Sabri akur dengan pendirian partinya, UMNO yang sudah membuat ketetapan supaya tiada MoU 2.0 akan dimerterai dengan PH walaupun terdapat usaha untuk menyambung MoU 2.0 yang baharu selepas tamat pada 31 Julai ini.

“Soal sambung tak sambung (MoU) tak penting, yang pentingnya sekarang adalah soal persefahaman untuk kepentingan rakyat masih boleh kita teruskan. Kerjasama bertulis tidak ada lagi lepas ini.

“Kita sama-sama bersetuju untuk tidak ada perjanjian atau persefahaman baharu. Saya pun mesti akur dengan keputusan parti saya. Saya sudah maklumkan kepada mereka (pemimpin PH), UMNO sudah buat ketetapan tidak sambung.

“Tapi dari segi perjanjian secara bertulis, semua sudah bersetuju tidak perlu ada perjanjian bertulis baru, tapi persefahaman untuk kepentingan rakyat kita boleh diteruskan bagi menjamin kestabilan politik,” katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan PRU-15


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/berakhir-mou-hari-ini-ketua-puteri-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tertekan Ketua Puteri Umno Jangan Sibuk Mahu Pilihan Raya Dibuat Sebelum Ph Kuat

Rakyat Tertekan Ketua Puteri Umno Jangan Sibuk Mahu Pilihan Raya Dibuat Sebelum Ph Kuat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 346 hits
Kenyataan Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan yang berharap Umno BN segera membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sebelum Pakatan Harapan kembali kuat amat tidak bertanggungjawab Menurut Ahli Majlis Pimpi...
Nur Jazlan Harapan Manipulating Mou To Hurt Umno Bn

Nur Jazlan Harapan Manipulating Mou To Hurt Umno Bn

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 249 hits
Former deputy minister Nur Jazlan Mohamed has come out swinging at Pakatan Harapan saying the coalition was manipulating the memorandum of understanding with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob to attack Umno Today is the last day of the MOU...
Nama Pemimpin Umno Dikaitkan Skandal Lcs Ketua Pemuda Desak Dakwa Segera

Nama Pemimpin Umno Dikaitkan Skandal Lcs Ketua Pemuda Desak Dakwa Segera

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 217 hits
agendaily com05 08 2022Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya dalang yang terlibat dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir didakwa segera ia selepas sehingga hari ini tiada seb...
Tiada Mou 2 0 Akan Disambung Kata Umno Kepada Ph Yang Terhegeh Hegeh

Tiada Mou 2 0 Akan Disambung Kata Umno Kepada Ph Yang Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 165 hits
agendaily com20 07 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan UMNO memberi kata dua kepada blok pembangkang Pakatan Harapan yang kemaruk mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambung memorandum persefahaman Transform...
Mou Tak Sambung Petanda Pru Makin Hampir

Mou Tak Sambung Petanda Pru Makin Hampir

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 258 hits
Hakimie Amrie HisamudinPETALING JAYA Keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menyambung memorandum persefahaman dengan Pakatan Harapan menjadi petanda pilihan raya umum ke 15 akan diadakan tidak lama lagi kata penganalisis...
Video Sebelum Ini Kerap Dit Mpa Masalah Hari Ini Puteri Sarah K0ngsi Berita Gembira Buat Dirinya

Video Sebelum Ini Kerap Dit Mpa Masalah Hari Ini Puteri Sarah K0ngsi Berita Gembira Buat Dirinya

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 292 hits
Tak sia sia Datuk Yusof Haslam terus memberi semangat dan menasihati menantunya pelakon Puteri Sarah Lihatlah hasilnya kini Sarah mampu membeli sebuah kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri Kredit foto IGMenerusi perkongsian di Instastor...
Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

Umno Hancur Jika Pemilihan Parti Diadakan Sebelum Pru 15 Ahmad

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 212 hits
Hancur leburlah UMNO Kita tidak boleh tergesa gesa membuat pemilihan parti kerana akan berlaku pecah belah di dalam parti jika ia diadakan dalam masa terdekat ini Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan tidak meluluskan permohonan UMNO untuk me...
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Lulus Usul Pindaan Perlembagaan Umno Hari Ini

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Lulus Usul Pindaan Perlembagaan Umno Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftaran Pertubuhan hari ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kelulusan diberikan oleh ROS selepas menilai segala d...
Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 356 hits
It is a serious accusation to say Umno is led by corrupt leaders said Umno supreme council member Razlan Rafii Taking the former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as an example he claimed during Mahathir s administration cases linked t...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hikmah Pensyariatan Haji

Jom Lihat Keindahan Lombong Garam Slanik Romania

Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Big Difference Between Nationalism And Patriotism