Selain Boleh Kurus Menyusu Anak Pun Boleh Elak Beberapa Penyakit Untuk Si Ibu


Apabila berbicara mengenai kebaikan penyusuan susu ibu, pastinya ia lebih tertumpu kepada bayi, betul tak? Namun sebenarnya penyusuan susu ibu secara eksklusif ini turut memberikan manfaat buat diri ibu itu sendiri.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif
Dengan mengetahui kebaikan yang diperolehi ini mungkin dapat membantu anda yang sedang dilema untuk melakukan penyusuan badan atau memilih susu formula.
Tidak dinafikan lagi, susu ibu memberikan pemakanan optimum untuk bayi. Ia mempunyai jumlah nutrien yang tepat, mudah dicerna dan sedia ada.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif dilakukan selama 6 bulan.
Bahkan, proses penyusuan itu disaran diteruskan walaupun selepas pemberian makanan pejal sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berusia setahun atau bersedia untuk bercerai susu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengesyorkan agar penyusuan ini dilakukan sehingga bayi mencapai usia 2 tahun atau lebih lama kerana kebaikan penyusuan susu ibu buat si kecil.
Tempoh terbaik untuk memulakan penyusuan adalah seawal sejam selepas kelahiran bayi untuk manfaat yang terbesar.
Jom kita bongkar 11 lagi kebaikan penyusuan berasaskan sains yang sangat mengagumkan untuk anda dan juga si manja!
Berikut 5 kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi:
1. Bekal khasiat untuk bayi
Susu ibu umumnya mengandungi semua keperluan bayi selama 6 bulan pertama kehidupan. Paling penting ia dalam jumlah yang tepat.
Pada hari-hari pertama selepas bersalin, payudara akan menghasilkan cecair pekat dan kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum.
Ia tinggi protein, rendah gula dan mengandungi sebatian yang bermanfaat. Dalam bahasa ringkas, kolostrum adalah makanan luar biasa yang tidak dapat diganti dengan susu formula.
2. Mengandungi antibodi penting
Susu ibu kaya dengan antibodi yang membantu bayi melawan virus dan bakteria – ia amat penting untuk bulan-bulan pertama selepas dilahirkan.
Ini khususnya pada kolostrum, ia memberikan imunoglobulin A (lgA) dalam jumlah yang tinggi bersama beberapa antibodi lain.
Apabila ibu terdedah kepada virus atau bakteria, tubuh akan mula menghasilkan antibodi yang kemudiannya akan masuk ke dalam susu. Dari situlah terhasilnya sistem pertahanan untuk si manja!
3. Mengurangkan risiko penyakit
Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermakna bayi hanya diberikan susu badan sahaja. Ia dapat mengurangkan risiko bayi untuk jangkitan dan penyakit, termasuklah:
Jangkitan telinga tengah Jangkitan saluran pernafasan Selesema Jangkitan usus Kerosakan tisu usus Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS) Penyakit alahan Penyakit usus Diabetes Leukemia kanak-kanak 4. Berat badan bayi yang sihat
Bayi yang diberi susu badan dikatakan lebih cenderung mempunyai berat seimbang, sekali gus mencegah masalah obesiti kanak-kanak.
Bayi yang menyusu biasanya akan mengatur kadar pengambilan susu sendiri.
Ini bermakna mereka hanya akan menyusu dan berhenti apabila kenyang. Keadaan ini sekali gus dapat mengembangkan pola pemakanan yang sihat.
5. Menjadikan anak lebih bijak
Dalam beberapa kajian menunjukkan perbezaan perkembangan otak antara bayi menyusu badan dan yang diberikan susu formula.
Bayi diberikan susu ibu mempunyai skor kecerdasan lebih tinggi dan kurang berkecenderungan untuk mengalami masalah tingkah laku atau pembelajaran pada masa hadapan.
Keadaan ini lebih ketara pada bayi pramatang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk berdepan masalah perkembangan.

Manfaat untuk ibu
Ini pula 6 manfaat penyusuan susu badan untuk si ibu, barulah win-win situation, kan?
1. Menurunkan berat badan
Walaupun sebilangan wanita nampaknya mungkin lebih bertambah berat badan, namun ada juga wanita yang melakukan penyusuan susu ibu secara eksklusif mengalami penurunan berat dengan mudah.
Antara kebaikan penyusuan susu ibu adalah ia membakar lebih banyak kalori.
2. Bantu rahim mengecut
Selepas bersalin, rahim akan melalui proses yang dikenali sebagai involution – membantunya kembali ke ukuran asal.
Oksitosin – hormon yang membantu mendorong proses ini, akan meningkat semasa penyusuan.
Ia akan mendorong pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan, sekali gus membantu rahim kembali ke ukuran asal.
Kebaikan penyusuan susu ibu #3. Menurunkan risiko kemurungan
Kemurungan selepas bersalin (PPD) atau meroyan berisiko untuk terjadi sejurus selepas melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, wanita menyusu badan dikatakan kurang terdedah untuk mengalaminya berbanding mereka yang tidak menyusukan anak atau bercerai susu terlalu awal. Pun begitu, masih belum terdapat bukti kukuh untuk mengesahkannya.
4. Mengurangkan risiko penyakit
Menyusukan anak memberikan penurunan risiko barah payudara dan ovari.
Selain itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko untuk:
Tekanan darah tinggi Artritis Lemak dalam darah tinggi Penyakit jantung Diabetes jenis 2 walau bagaimanapun masih tiada kajian dapat membuktikan manfaat ini.
5. Menyekat haid kesan penyusuan susu ibu secara eksklusif
Penyusuan berterusan dapat menghentikan ovulasi dan haid. Penangguhan kitaran haid adalah cara semula jadi untuk memastikan jarak antara kehamilan. Ia berperanan seperti alat pencegahan kehamilan.
6. Jimat masa dan duit
Sudah tentu kebaikan penyusuan susu ibu yang teratas sekali adalah ia percuma. Tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
Dengan memilih untuk menyusukan anak, anda tidak perlu:
Membelanjakan wang untuk susu formula Menghitung berapa banyak si manja perlu menyusu setiap hari Menghabiskan masa untuk membersih dan mensterilkan botol susu Mencampurkan air panas dalam botol (pada waktu malam atau siang) Mencari jalan untuk memanaskan air ketika dalam perjalanan Sesungguhnya susu ibu mempunyai suhu yang bersesuaian dan boleh diminum pada bila-bila masa. Jalinan semasa penyusuan susu ibu secara eksklusif
Ikatan fizikal dan emosi yang terjalin antara ibu dan anak merupakan kebaikan penyusuan susu ibu paling utama dan terpenting sekali.
Ia mendorong lebih banyak hubungan kulit ke kulit, sentuhan dan belaian fizikal. Jika ibu mampu melakukan penyusuan eksklusif untuk si manja, teruskanlah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang
The post Selain Boleh Kurus, Menyusu Anak Pun Boleh Elak Beberapa Penyakit Untuk Si Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selain-boleh-kurus-menyusu-anak-pun-boleh-elak-beberapa-penyakit-untuk-si-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

Ibu Menyusu Kena Jaga Pemakanan Kalau Anak Ada Eczema Elak Makan Makanan Pencetus Eczema

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 427 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka Selain faktor keturunan dan juga persekitaran kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan Kajian menunjuk...
Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

Jangan Biar Anak Main Air Banjir Dr Izzar Kongsi Kotornya Air Banjir Boleh Jadi Punca Penyakit

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 266 hits
Doktor selebriti Dr Izzar Anwar berkongsi beberapa pesanan berkenaan penjagaan kesihatan buat semua masyarakat memandangkan sekarang ini merupakan musim hujan dan banjir Menurutnya jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan jika terdapat s...
Nak Elak Stress Masa Menyusu Ada Caranya Mama Boleh Cuba Tip Ini

Nak Elak Stress Masa Menyusu Ada Caranya Mama Boleh Cuba Tip Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 248 hits
Semasa menyusukan bayi baru lahir anda mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh menyebabkan anda stres dan kadangkala mengalami kemurungan Sesetengah ibu bimbang jika hal ini akan mengurangkan penghasilan susu badan mereka Namu...
Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

Ibu Menyusu Boleh Berdiet Turunkan Berat Badan Ke

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 235 hits
IBU MENYUSU BOLEH BERDIET TURUNKAN BERAT BADAN KE Boleh Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby 1 Mulakan selepas baby berumur 2 3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelu...
Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

Separuh Mati Jantung Stop Sekejap Pneumonia Boleh Bawa Maut Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak Terlantar Di Icu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 261 hits
Bagai hilang separuh nyawa apabila melihat keadaan anak yang tidak sedarkan diri akibat jangkitan Pneumonia yang secara tiba tiba datang menyerang Begitulah kisah yang dikongsi oleh ibu ini Penyakit Pneumonia antara penyakit yang boleh memb...
Anak 1st Time Nak Masuk Sekolah Emosi Dia Akan Terganggu Ini Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan

Anak 1st Time Nak Masuk Sekolah Emosi Dia Akan Terganggu Ini Yang Boleh Ibu Ayah Lakukan

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 236 hits
Anak masuk sekolah adalah tempoh yang boleh mendatangkan debaran pada ibu bapa Tapi sebelum itu ada beberapa persediaan pergi ke sekolah yang perlu dilakukan Jom ambil tahu mengenai persiapan fizikal dan perubahan emosi anak yang perlu diti...
Boleh Ke Ambil Ubat Semasa Menyusu Anak Ini Penjelasan Doktor

Boleh Ke Ambil Ubat Semasa Menyusu Anak Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 200 hits
Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat Ia boleh diambil oleh kanak kanak orang dewasa ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak mengikut dos yang diberikan BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL ...
Anak Kuat Memberontak Mungkin Berpunca Dari Sikap Ibu Bapa Elak 8 Kesilapan Ini

Anak Kuat Memberontak Mungkin Berpunca Dari Sikap Ibu Bapa Elak 8 Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 325 hits
Tidak dinafikan ada kalanya si kecil sering membuat perangai sampai pening parents nak menghadapnya Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum Menangani anak tantrum Anak tantrum buat perangai merengek meragam tidak mendengar kata ...
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 203 hits
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit JantungMakanan tinggi gula telah dikaitkan dengan peningkatan risiko banyak penyakit termasuk penyakit jantung punca kematian nombor satu di seluruh dunia Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa maka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas