Anak Kuat Memberontak Mungkin Berpunca Dari Sikap Ibu Bapa Elak 8 Kesilapan Ini


Tidak dinafikan, ada kalanya si kecil sering membuat perangai, sampai pening parents nak menghadapnya. Apakah mungkin terdapat cara mengatasi anak tantrum?

Menangani anak tantrum
Anak tantrum, buat perangai, merengek, meragam, tidak mendengar kata, bahkan mengamuk boleh dikatakan perkara biasa untuk terjadi.
Namun dalam keadaan anda sebagai ibu bapa yang mungkin letih dan penat bekerja, apa yang dilakukan anak itu boleh menyebabkan hilangnya rasa sabar.
Tetapi mengapa anak berkelakuan sebegitu? Apakah sebabnya?
Untuk menjawab persoalan itu memerlukan anda untuk menyiasat, mencari punca yang mencetuskan perangai si kecil yang menjengkelkan itu.
Apakah ia disebabkan oleh sikap dan kesilapan anda sendiri?
Cara mengatasi anak tantrum
Jangan terkejut ya jika sikap anak yang suka memberontak itu hakikatnya berpunca daripada diri anda sendiri sebagai parents mereka.
Berikut antara beberapa kesalahan ibu bapa dan cara mengatasi anak tantrum:
1. Ibu bapa jauh
Ibu bapa dalam kategori ini kewujudannya ada secara fizikal tetapi lebih sibuk menghadap telefon, tugasan kerja atau hobi.
Mereka hanya memenuhi keperluan fizikal anak seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal serta tidak mengendahkan keinginan emosi anak untuk berasa dikasihi dan dilindungi.
Anak-anak kerap berasa tidak selamat, kurang keyakinan diri dan cenderung bersikap agresif. Cara mengatasi anak tantrum: Berikan mereka kasih sayang secara fizikal dan emosi.
2. Terlalu mengawal
Anda mungkin berasa sikap terlalu mengawal ini adalah untuk melindungi anak. Tetapi anak yang dibesarkan dengan cara ini dipercayai lebih kerap memberontak terhadap ibu bapa mereka, selain sering mengalami kegelisahan dan ketakutan untuk membuat kesilapan.
Untuk menangani anak tantrum ini adalah dengan elakkan daripada terlalu mengawal pergerakan anak. Biarkan anak bebas beraktiviti tetapi masih tetapkan had untuk mereka ikuti.
3. Kurangkan menjerit sebagai cara mengatasi anak tantrum
Kesalahan paling biasa dilakukan ibu bapa adalah menengking anak. Sebagai ibu bapa, kita mungkin berasa jeritan sebagai cara terbaik untuk mendisiplinkan anak.
Tetapi hakikatnya kanak-kanak yang sering ditengking sering berasa tidak selamat serta lebih agresif secara fizikal dan lisan.

4. Ganjaran
Setiap ibu bapa pasti mempunyai pengalaman anak mengamuk ketika berada di mall. Antara cara menangani anak tantrum yang sering digunakan adalah ‘merasuah’ mereka dengan sesuatu agar rengekan atau amukan berhenti, betul tak?
Tetapi ia cumalah penyelesaian sementara sahaja. Apa kata anda fokus untuk lebih mendengar anak secara aktif dan memahami keperluan mereka.
Hadkan pemberian ganjaran sebagai balasan untuk kelakuan baik mereka. Berikan lebih pujian untuk tingkah laku positif dan baik.
5. Tiada batasan
Mungkin kedengaran idea yang baik untuk membiarkan anak bebas meneroka tanpa batasan. Tetapi kesannya boleh mengakibatkan mereka ralat dalam memikul tanggungjawab, sukar mengawal dan mendisiplinkan diri.
Cara mengatasi anak tantrum: Wujudkan batasan tetapi bukan mengawal. Ia mengajar anak untuk menguruskan kehidupan berdasarkan peraturan di sekeliling mereka.
6. Menjadi sahabat anak? Ini bukan cara mengatasi anak tantrum
Apabila cuba menjadi sahabat dan bukannya ibu bapa, secara tidak langsung tiada lagi keperluan untuk anak menganggap anda sebagai contoh teladan untuk diikuti.
Ia juga meletakkan anda setara dalam hubungan dengan anak-anak daripada mempunyai hubungan ibu bapa-anak.
Sebaiknya, walaupun akan ada masanya timbul perselisihan faham dengan anak, teruskan untuk menjadi ibu bapa dan bukannya rakan mereka.

7. Memalukan anak
Berkongsi gambar anak dengan momen yang kurang menyenangkan boleh menjadi perkara yang memalukan buat mereka.
Ia bukan sahaja merosakkan harga diri anak, tetapi menyebabkan mereka cenderung memberontak. Bahkan ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan anak.
Anda juga harus mengelak daripada menuturkan ayat seperti “Mama penat melayan kerenah awak” atau “Awak budak yang nakal”.
Anda mungkin tidak sengaja memalukan anak apabila berada dalam kekecewaan. Apabila itu berlaku, cara mengatasi anak tantrum disebabkan kesilapan tersebut adalah meminta maaf dengan segera.
8. Sentiasa melayani bukan cara mengatasi anak tantrum
Anda mungkin berasa ia adalah tugasan ibu bapa untuk sentiasa melayan anak setiap masa agar mereka tidak meragam atau tantrum.
Hakikatnya, anak perlu dibiarkan untuk berasa bosan. Kebosanan yang melanda anak akan membuatkan mereka mencipta permainan baru melibatkan kreativiti mereka dan belajar untuk menghiburkan diri sendiri.
Anak juga dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama adik-beradik atau rakan mereka apabila perlu bekerjasama untuk mengurangkan kebosanan.
Tiada ibu bapa yang sempurna. Normal untuk anda melakukan kesilapan, berasa menyesal dan mungkin mengulanginya berulang kali kerana kita semua manusia biasa.
Namun cara mengatasi anak tantrum yang terbaik adalah untuk belajar daripada kesilapan dan mengubah tabiat anda sebelum ia boleh menjejaskan kehidupan mereka.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Kuat Memberontak Mungkin Berpunca Dari Sikap Ibu Bapa, Elak 8 Kesilapan Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kuat-memberontak-mungkin-berpunca-dari-sikap-ibu-bapa-elak-8-kesilapan-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Boleh Kurus Menyusu Anak Pun Boleh Elak Beberapa Penyakit Untuk Si Ibu

Selain Boleh Kurus Menyusu Anak Pun Boleh Elak Beberapa Penyakit Untuk Si Ibu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 239 hits
Apabila berbicara mengenai kebaikan penyusuan susu ibu pastinya ia lebih tertumpu kepada bayi betul tak Namun sebenarnya penyusuan susu ibu secara eksklusif ini turut memberikan manfaat buat diri ibu itu sendiri Penyusuan susu ibu secara ek...
Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 478 hits
Sedikit Renungan untuk diri Sendiri Kalau suami tak izin berkerja tanggungjawab membantu ibu bapa sudah jatuh ke tangan suami Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua Lagi lagi mertua yg miskin Jangan cakap ibu mertua itu bukan ta...
Adab Anak Anak Terhadap Ibu Bapa

Adab Anak Anak Terhadap Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 602 hits
kredit https thekmprojects files wordpress com Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Naim doakan semua sihat di bawah rahmat Ilahi Hari ini hari Jumaat marilah kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad s...
Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni Ibu Bapa Perlu Alert Ini Jika Sayangkan Anak

Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni Ibu Bapa Perlu Alert Ini Jika Sayangkan Anak

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 313 hits
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak kanak terutamanya anak kecil ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah Keselamatan di rumah untuk...
Seringgit Pun Jadilah Dari Takde Kan Reaksi Bapa Bila Anak Panggil Balik Bikin Dek4h

Seringgit Pun Jadilah Dari Takde Kan Reaksi Bapa Bila Anak Panggil Balik Bikin Dek4h

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 307 hits
Kadang kala bila meningkat usia ada sahaja karenah ibu bapa yang akan membuatkan kita tergelak Pelbagai gelagat mereka yang akan mengisi masa terluang kita bagaikan anak2 kecil lagaknya Walaupun ada ayah yang gar4ng dengan anak2 mereka teta...
Anak Gmie Mula P3lik Vida Buka Cerita Arw4h Bapa Minta B4ntuan Mvla Sy4k Sesvatu

Anak Gmie Mula P3lik Vida Buka Cerita Arw4h Bapa Minta B4ntuan Mvla Sy4k Sesvatu

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 327 hits
TIDAK pernah meminta sumbangan atau meminta minta anak kepada Allahyarham Gmie Screen menafikan pernah memohon bantuan kewangan kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida
Gelaran Untuk Ibu Bapa Hanya Untuk Yang Selayaknya

Gelaran Untuk Ibu Bapa Hanya Untuk Yang Selayaknya

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 271 hits
1 Ada banyak gelaran panggilan yang merujuk kepada ibu bapa seperti ayah abah papa bapak abi daddy mak mama ummi mummy dan sebagainya 2 Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku tapi aku tak setuju penggunaan gelaran panggilan ibu bapa ini ...
Anak Bakal Bersekolah Tak Mahu Meragam Dr Kongsi Caranya Ibu Ayah Tak Stres

Anak Bakal Bersekolah Tak Mahu Meragam Dr Kongsi Caranya Ibu Ayah Tak Stres

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 250 hits
Pemakanan yang sihat penting bagi kanak kanak untuk tumbesaran kesihatan selain bekalkan tenaga terutama belajar serta bermain Oleh itu penting untuk ibu bapa pastikan asas pengambilan makanan perlu ada kepelbagaian vitamin dan serat jangan...
Naluri Seorang Ibu Sekali Pandang Dah Itu Tahu Anak Dia

Naluri Seorang Ibu Sekali Pandang Dah Itu Tahu Anak Dia

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai pelayan restoran untuk membuat kejutan kepada keluarganya tidak menjadi apabila ibunya dapat mengecam wajah anak kesayangannya itu Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 58 saat yan...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025