Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri


Selain Acap, Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang, Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri. Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan (29) yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian, Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Kampar pada 24 Mac 2019 lalu. 
Dikatakan bahawa Acap bersama 485 peserta lain memulakan larian dari Gua Tempurung namun rakannya, Mohd Farid memaklumkan bahawa Acap tidak sampai ke garisan penamat.
Menadapat Laporan
Sejurus mendapat laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak. Malah ibu Acap, Siti Maznah Khamis (62) turut menyertai misi pencarian anaknya itu dengan meredah hutan dan mendaki bukit walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Masih Mencari
Sehingga kini, semua pihak dari pasukan penyelamat, renjer hutan, orang kampung malah orang awam yang bersimpati dengan kehilangan Acap turut mengikuti misi pencarian tanpa lelah. Tidak kira malam mahupun siang, semua cara dan teknik telah digunakan untuk menjejaki beliau.
Namun, itu bukanlah kes yang pertama terjadi seumpamanya. Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun . gunung pernah ‘menghantui’ negara kita. Bahkan, mungkin ada diantara kisah ini yang mula pudar dari ingatan anda kerana sudah lama berlaku. Manakan tidak, ada di antara kejadian yang bakal kami dedahkan nanti sudah berusia lebih 10 tahun.
1) Pemuda Hilang Lebih Seminggu Di Broga Dakwa Disorok ‘Sesuatu’
Seorang pemuda, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, berusia 20 tahun telah dilaporkan hilang pada 22 Januari 2017 ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih. Beliau malah tidak mempunyai sebarang kelengkapan mahupun makanan ketika ‘hilang’ di atas bukit itu selama seminggu.
Ajaibnya, beliau ditemui oleh pasukan sukarelawan penyelamat yang membantu dalam misi pencarian pada 11.30 pagi 28 Januari 2017 dalam keadaan selamat namun telah dimasukkan wad akibat dehidrasi. Azarul dijumpai di trek di antara Broga dan Gunung Tokwan.
Disorok Puteri Bunian
Benar kisahnya tular ketika beliau hilang, namun ternyata apa yang mengejutkan adalah apabila Azarul mendakwa bahawa beliau telah disorok oleh puteri bunian.
Satu rancangan yang cakna tentang isu semasa yang tular telah menjemput Azarul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di atas bukit itu. Dalam temubual tersebut, pengacara ada melahirkan rasa pelik apabila Azarul boleh hilang di Broga kerana setahunya, Broga merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung.
Azarul menceritakan bahawa beliau boleh tersesat apabila beliau cuba untuk mengikuti jejak seorang budak kecil berpurdah. Azarul juga menjelaskan bahawa beliau ketika itu seperti dipukau, hanya mengikuti kanak-kanak perempuan itu. Lebih mengejutkan apabila Azarul dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah dijaga oleh bunian.
Menurut Azarul, kejadian yang aneh itu berlaku sekitar jam 6.30 hingga 7.00 malam dan ‘orang’ yang menyelamatkannya itu menggelarkan dirinya sebagai bunian. Azarul turut ‘mendefinisikan’ sempadan bunian sebagai (kawasan) gua. Azarul telah masuk ke dalam gua yang lapang, berpasir dan sangat luas.
Dihadapan gua terletak perkampungan yang dikatakan sebagai ‘perkampungan bunian’. Namun Azarul tidak meneruskan perjalanannya hingga ke hujung, cukup sampai di situ sahaja. Beliau turut menemui sebuah keluarga yang memakai jubah putih dan berpurdah yang akan mengejutnya untuk untuk bangun pagi, solat dan membaca Al-quran.
Apa yang membuatkan Azarul boleh kembali semula ke ‘dunia’ kita adalah ketika seekor ular yang terjatuh di atas badannya berkata :
” Ikut cahaya matahari”
Malah ibu kepada Azarul juga pernah bermimpi anaknya itu datang kepadanya untuk menyatakan bahawa beliau masih ada dan meminta agar ibunya jangan khuatir.
2) “Umai Masih Hidup” 19 Hari Pelajar Perempuan Ini Sesat Di Gunung Tahan
Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameon merupakan salah seorang pelajar diploma bidang perakaunan di Universiti Teknologi (UiTM), Arau Perlis. Beliau telah pergi bersama 35 orang rakannya untuk pergi ke Gunung Tahan bagi melaksanakan aktiviti unit beruniform universitinya.
Kejadian itu berlaku ketika Umai dan rakan-rakan hendak turun setelah tamat ‘Ekspedisi Tawan Gunung Tahan’. Umai terleka sebentar kerana ingin melihat pohon bonzai tanpa menyedari dirinya telah jauh dari rakan-rakan yang lain. Beliau mula panik dan mula untuk melaung takbir azan dan memanggil nama rakannya namun tiada sahutan.
Malangnya ketika berusaha mencari jalan keluar, Umai telah terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian lutut kirinya. Beliau tetap kuat untuk mencari jalan keluar, apabila rasa sakit tadi mula reda barulah beliau meneruskan perjalanan. Coklatlah yang menjadi ‘penemannya’ untuk mengalas perut.
Mencari Air Terjun
Umai teringat apa yang dipelajarinya iaitu untuk mencari air terjun jika tersesat di dalam hutan. Umai beruntung apabila beliau cepat menemukan air sungai namun perjalannya masih jauh dan sepanjang beliau berada di hutan, Umai hanya bergantung kepada air sungai untuk minum.
Kejadian itu berlaku ketika Umai dan rakan-rakan hendak turun setelah tamat ‘Ekspedisi Tawan Gunung Tahan’. Umai terleka sebentar kerana ingin melihat pohon bonzai tanpa menyedari dirinya telah jauh dari rakan-rakan yang lain. Beliau mula panik dan mula untuk melaung takbir azan dan memanggil nama rakannya namun tiada sahutan.
Malangnya ketika berusaha mencari jalan keluar, Umai telah terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian lutut kirinya. Beliau tetap kuat untuk mencari jalan keluar, apabila rasa sakit tadi mula reda barulah beliau meneruskan perjalanan. Coklatlah yang menjadi ‘penemannya’ untuk mengalas perut.
Umai teringat apa yang dipelajarinya iaitu untuk mencari air terjun jika tersesat di dalam hutan. Umai beruntung apabila beliau cepat menemukan air sungai namun perjalannya masih jauh dan sepanjang beliau berada di hutan, Umai hanya bergantung kepada air sungai untuk minum.
Jika sebelum ini jalan Umai hanya dipenuhi dengan pokok dedaun tebal, pada hari ke-19, Umai telah menemui ‘trek’. Beliau berjalan mengikuti trek tersebut dengan tak berdaya. Umaisarah berjalan ke arah cahaya terang (seolah-olah neon) lalu pengsan. Umaisarah telah berjaya ditemui di sebuah kem berkhemahan dan akhirnya terselamat.
3) Kehilangan yang Mencipta Tragedi, 4 Orang Kanak-Kanak Orang Asli Maut, 2 Selamat dan 1 Hilang
Tahun 2015 telah ‘menerbitkan’ suasana sayu apabila sekumpulan kanak-kanak yang bertindak melarikan diri ke hutan dari asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang akibat takut dikenakan hukuman akibat mandi sungai. Ramai pihak yang terlibat dalam misi menyelamat ini antaranya adalah pasukan gerakan am, pegawai pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia.
Rangka Rakan
Berita kehilangan itu ditutup dengan penemuan rangka yang disahkan milik salah seorang kanak-kanak yang hilang itu. Pencarian itu memakan masa lebih dari 50 hari bermula 23 Ogos 2015 sehingga 1 oktober 2015. Kanak-kanak yang dijumpai dalam keadaan selamat mengalami dehidrasi yang teruk dan bertubuh kurus kering.
4) Hilangnya 10 tahun lalu, Sehingga Kini Tiada Jejak ditemui
Hassan Ayat, nama yang pernah meniti di mulut-mulut masyarakat yang mendoakannya. Beliau dilaporkan hilang lebih dari 10 tahun yang lalu pada tanggal 15 Februari 2009 di Gunung Yong Yap. Malah nama beliau juga sememangnya sering disebut-sebut sebagai pendaki yang gemar menyertai aktiviti lasak dan ekspedisi memanjat gunung.
Ayat disedari hilang ketika rakan-rakannya berhenti rehat sewaktu menuruni gunung tersebut. Berita tentang kehilanganya itu ternyata mendapat liputan dari media dan orang awam yang turut serta membantu mencari Ayat. Namun pencarian selama 21 hari itu menemui jalan buntu apabila beliau tetap tidak dapat ditemukan.
Dan sehingga kini, biar pun sudah menjangkau ‘usia’ 10 tahun, nama dan kejadian yang menimpa Ayat Hassan tetap akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya mereka gemar mendaki gunung.
Sumber: siakap keli
The post Selain Acap, Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang, Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/selain-acap-ini-adalah-kisah-mereka-yang-pernah-hilang-ada-yang-berkait-dengan-kisah-misteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Acap Ini 4 Kisah Hilang Yang Pernah Menggemparkan Negara

Sebelum Acap Ini 4 Kisah Hilang Yang Pernah Menggemparkan Negara

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 876 hits
Sejurus mendapat laporan pihak Polis Diraja Malaysia menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Malah ibu Acap Siti Maznah Khamis turut menyertai misi ...
Kisah Tan Sri Yahaya Ahmad Yang Pernah Beli Syarikat Lotus Secara Tunai

Kisah Tan Sri Yahaya Ahmad Yang Pernah Beli Syarikat Lotus Secara Tunai

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 696 hits
Tan Sri Yahaya Ahmad satu nama yang cukup popular pada tahun 90an Beliau merupakan Pengerusi Kumpulan DRB Hicom dan pernah menggegarkan dunia apabila membeli syarikat Lotus secara tunai Pembelian itu dilakukan setelah orang putih di Lotus t...
Disini Disini Panggilan Nama Disahut Lemah Sukarelawan Terakam Suara Misteri Dalam Operasi Mencari Acap

Disini Disini Panggilan Nama Disahut Lemah Sukarelawan Terakam Suara Misteri Dalam Operasi Mencari Acap

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 994 hits
Disini disini Panggilan nama disahut lemah sukarelawan terakam suara misteri dalam operasi mencari Acap Setelah dua minggu kehilangan Mohammad Ashraf Hassan 29 di Bukit Batu Putih Gopeng Perak operasi mencari daripada pihak berkuasa dan jug...
Tak Kisah Kata Orang Saya Pernah Dibenci Satu Malaysia

Tak Kisah Kata Orang Saya Pernah Dibenci Satu Malaysia

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 348 hits
Baru saja mengeluarkan lagu terbaru dalam bahasa Inggeris What Can I Do For You ramai mendakwa Haqiem Rusli meniru idea Ismail Izzani The post appeared first on
Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri

Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1183 hits
Misi Mencari Acap Tok Anjang Dedah Kejadian Misteri Seperti yang semua tahu bahawa Acap atau nama sebenarnya Mohamad Ashraf Hasan sudah lebih 12 hari hilang semasa menjadi peserta kejohanan larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung Perak K...
Bagi Bantuan Bot Dan Enjin Harga Rm20 000 Tapi Mereka Jual Rm8000 Kisah Segelintir Asnaf Ini Buat Ramai Tersentak

Bagi Bantuan Bot Dan Enjin Harga Rm20 000 Tapi Mereka Jual Rm8000 Kisah Segelintir Asnaf Ini Buat Ramai Tersentak

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 415 hits
Golongan asnaf merupakan mereka yang layak menerima bantuan zakat yang dikutip daripada orang Islam Pemberian bantuan bukan sahaja diberi dalam bentuk wang tunai tetapi dari pelbagai segi bagi membantu kelansungan hidup mereka Namun perkong...
Cerita Acap Kahwin Jin Tidak Mahu Balik Adalah Palsu Ini Penjelasan Pemilik Video Viral

Cerita Acap Kahwin Jin Tidak Mahu Balik Adalah Palsu Ini Penjelasan Pemilik Video Viral

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 650 hits
VIRAL Seperti yang dijangka netizens gemar mempercayai sebaran palsu tanpa mahu menyemak kesahihan kandungan yang disebarkan itu terlebih dahulu Kesan sebaran palsu itu mendatangkan emosi kepada keluarga mangsa Ahli keluarga mangsa tertanya...
Misteri Kehilangan Acap Selesai Nantikan Penjelasan Penuh Pdrm

Misteri Kehilangan Acap Selesai Nantikan Penjelasan Penuh Pdrm

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1018 hits
Assalamualaikum Hari ke 15 kehilangan misteri Allah takdirkan saya dan pasukan kembali ke Gopeng untuk ketahui mengapa terlalu ramai perawat dan ustaz serta bomoh pawang datang ke sini menjejak mangsa tapi masih tidak di jumpai sebarang pet...
Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan Bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita

Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan Bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 743 hits
Kalau Nak Suruh Tukar Ambillah Si Polan bin Si Polan Ni Kes Acap Hilang Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita Dari kes orang hilang biasa kes kehilangan Acap kini menjadi tumpuan mata mata di seluruh Malaysia Kini sudah lebih dua ming...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100