Kisah Tan Sri Yahaya Ahmad Yang Pernah Beli Syarikat Lotus Secara Tunai


Tan Sri Yahaya Ahmad, satu nama yang cukup popular pada tahun 90an. Beliau merupakan Pengerusi Kumpulan DRB Hicom dan pernah menggegarkan dunia apabila membeli syarikat Lotus secara tunai.
Pembelian itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya!
Ketika hidup, Tan Sri Yahaya mengetuai DRB Hicom dan banyak lagi anak syarikat Proton, Alam Flora, Intrakota dan lain-lain.
Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.
Dengan menunggang sendiri motosikal kapcai, beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan di Kuala Lumpur tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Kronologi kejadian:
-10.45 malam – Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.
-11.07 malam – Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.
-11.11 malam – Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.
-11.15 malam – Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.
-11.25 malam – Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.
-12.05 tengah malam – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.
-1 pagi – Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.
-9.52 pagi – Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.
-10.50 pagi – Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.
-2.05 petang – Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.
-2.30 petang – Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.
Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.
Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari ibu negara ke Kuala Terengganu, Terengganu.
Helikopter yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah. Ia baru dibeli ketika itu dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.
Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.
Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.
Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.
Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.
Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.
Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain.
Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.
Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu.
Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.
Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.
Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter.
Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Yahaya, isteri dan juruterbang berkenaan.
Al- Fatihah.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/kisah-tan-sri-yahaya-ahmad-yang-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Pembantu Rumah Dakwa Didera Majikan Bergelar Tan Sri Puan Sri

3 Pembantu Rumah Dakwa Didera Majikan Bergelar Tan Sri Puan Sri

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Tiga pembantu rumah warga asing mendakwa dipukul majikan mereka bergelar Tan Sri dan Puan Sri di sebuah banglo di Kajang di sini baru baru ini Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata wanita berus...
Kisah Anji Pernah Jadi Pegawai Dengan Gaji Rp 4juta Hingga Fokus Jadi Musisi

Kisah Anji Pernah Jadi Pegawai Dengan Gaji Rp 4juta Hingga Fokus Jadi Musisi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 221 hits
Anji musisi ternama Tanah Air ini bercerita tentang profesi yang ditekuninya Sebelum menjadi seorang penyanyi dengan sederet single hits Anji pernah jadi seorang pegawai dengan penghasilan kurang lebih Rp 4juta setiap bulannya
Surat Pembaca Untuk Perhatian Tan Sri Muhyiddin Dan Tun Dr Mahathir Please Get Rid Of This Pest Called Zakir Naik

Surat Pembaca Untuk Perhatian Tan Sri Muhyiddin Dan Tun Dr Mahathir Please Get Rid Of This Pest Called Zakir Naik

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 304 hits
The following is a comment by a reader Thank you I decided to blog this comment because the subject is a source of too much controversy in the country Plus the reader here makes some valid points Anonymous said As for the extradition we are...
Tak Kisah Kata Orang Saya Pernah Dibenci Satu Malaysia

Tak Kisah Kata Orang Saya Pernah Dibenci Satu Malaysia

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 348 hits
Baru saja mengeluarkan lagu terbaru dalam bahasa Inggeris What Can I Do For You ramai mendakwa Haqiem Rusli meniru idea Ismail Izzani The post appeared first on
Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

Tony Airasia Punca Mas Rugi Kata Tan Sri Abdul Aziz Rahman

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 365 hits
Bekas pegawai MAS mengulas cadangan MP Jelutong Rsn Rayer bahawa pemilik AirAsia Tan Sri Tony Fernandes calon sesuai memulihkan MAS Dua veteran Malaysia Airlines menolak cadangan seorang ahli Parlimen DAP untuk melantik Ketua Pegawai Ekseku...
Beli Mikrofon Online Tapi Tasbih Yang Dihantar Kisah Lucu Lelaki Ini Mencuit Hati Netizen

Beli Mikrofon Online Tapi Tasbih Yang Dihantar Kisah Lucu Lelaki Ini Mencuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 409 hits
Beli Mikrofon Online Tapi Tasbih Yang Dihantar Kisah Lucu Lelaki Ini Mencuit Hati Netizen Penipuan menerusi platform e dagang sering kali berlaku dalam kalangan pembeli sejak akhir akhir ini Terbaharu seorang guru berkongsi pengalaman di la...
Blak Blakan Ketua Dpr Ri Ke Raffi Ahmad Pernah Hidup Susah Tidur Beralaskan Tikar

Blak Blakan Ketua Dpr Ri Ke Raffi Ahmad Pernah Hidup Susah Tidur Beralaskan Tikar

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 265 hits
Raffi Ahmad dan Nagita Slavina berksempatan untuk berbincang dengan Ketua DPR RI Bambang Soesatyo di Ruangan Pribadinya Bambang Soesatyo pun sempat menceritakan kehidupannya sebelum sukses seperti saat ini
Ada Syarikat Luar Minat Beli Kepentingan Malaysia Airlines Kata Daim

Ada Syarikat Luar Minat Beli Kepentingan Malaysia Airlines Kata Daim

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 312 hits
Ada syarikat luar minat beli kepentingan Malaysia Airlines kata Daim Dikemas kini 23 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Kisah Siswa Sd Di Bali Jalan Kaki 20 Km Ke Sekolah Tiap Hari Pernah Terpaksa Nginap Di Rumah Teman

Kisah Siswa Sd Di Bali Jalan Kaki 20 Km Ke Sekolah Tiap Hari Pernah Terpaksa Nginap Di Rumah Teman

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 329 hits
Jarum jam menunjukan pukul 05 00 WITA Udara sekitar Gulinten Desa Bunutan Kecamatan Abang Kabupaten Karangasem dingin dan menusuk tubuh Kabut tebal turun dari bebukitan serta menutupi kampung Sebagian besar warga masih tidur ditemani selimu...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik