Sebelum Acap Ini 4 Kisah Hilang Yang Pernah Menggemparkan Negara



Sejurus mendapat laporan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar 11 anggotanya yang juga disertai oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak.

Malah ibu Acap, Siti Maznah Khamis (62) turut menyertai misi pencarian anaknya itu dgn meredah hutan dan mendaki bukit walaupun dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.


 Mohammad Ashraf Hassan (Gambar : Gopeng Ultra) Sehingga kini, semua pihak dari pasukan penyelamat, renjer hutan, orang kampung malah orang awam yang bersimpati dengan kehilangan Acap turut mengikuti misi pencarian tanpa lelah.

Tidak kira malam mahupun siang, semua cara dan teknik telah digunakan untuk menjejaki beliau. Namun, itu bukanlah kes yang pertama terjadi seumpamanya. Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun . gunung pernah ‘menghantui’ negara kita.

Bahkan, mungkin ada diantara kisah ini yang mula pudar dari ingatan anda kerana sudah lama berlaku. Manakan tidak, ada di antara kejadian yang bakal kami dedahkan nanti sudah berusia lebih 10 tahun.

 1) Pemuda Hilang Lebih Seminggu Di Broga Dakwa Disorok ‘Sesuatu’ Seorang pemuda, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, berusia 20 tahun telah dilaporkan hilang pada 22 Januari 2017 ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih.

Beliau malah tidak mempunyai sebarang kelengkapan mahupun makanan ketika ‘hilang’ di atas bukit itu selama seminggu. Ajaibnya, beliau ditemui oleh pasukan sukarelawan penyelamat yang membantu dalam misi pencarian pada 11.30 pagi 28 Januari 2017 dalam keadaan selamat namun telah dimasukkan wad akibat dehidrasi.

Azarul dijumpai di trek di antara Broga dan Gunung Tokwan. Benar kisahnya tular ketika beliau hilang, namun ternyata apa yang mengejutkan adalah apabila Azarul mendakwa bahawa beliau telah disorok oleh puteri bunian.

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman yang ditemui oleh para sukarelawan (Gambar : Lekatlekit)

 Satu rancangan yang cakna tentang isu semasa yang tular telah menjemput Azarul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di atas bukit itu.

Dalam temubual tersebut, pengacara ada melahirkan rasa pelik apabila Azarul boleh hilang di Broga kerana setahunya, Broga merupakan tempat tumpuan ramai pengunjung. Azarul menceritakan bahawa beliau boleh tersesat apabila beliau cuba untuk mengikuti jejak seorang budak kecil berpurdah.

 Azarul juga menjelaskan bahawa beliau ketika itu seperti dipukau, hanya mengikuti kanak-kanak perempuan itu. Lebih mengejutkan apabila Azarul dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah dijaga oleh bunian.

 Menurut Azarul, kejadian yang aneh itu berlaku sekitar jam 6.30 hingga 7.00 malam dan ‘orang’ yang menyelamatkannya itu menggelarkan dirinya sebagai bunian. Azarul turut ‘mendefinisikan’ sempadan bunian sebagai (kawasan) gua. Azarul telah masuk ke dalam gua yang lapang, berpasir dan sangat luas. Dihadapan gua terletak perkampungan yang dikatakan sebagai ‘perkampungan bunian’.

Namun Azarul tidak meneruskan perjalanannya hingga ke hujung, cukup sampai di situ sahaja. Beliau turut menemui sebuah keluarga yang memakai jubah putih dan berpurdah yang akan mengejutnya untuk untuk bangun pagi, solat dan membaca Al-quran.

 Gambar : Youtube Apa yang membuatkan Azarul boleh kembali semula ke ‘dunia’ kita adalah ketika seekor ular yang terjatuh di atas badannya berkata: ” Ikut cahaya matahari” Malah ibu kepada Azarul juga pernah bermimpi anaknya itu datang kepadanya untuk menyatakan bahawa beliau masih ada dan meminta agar ibunya jangan khuatir.

 2) “Umai Masih Hidup” 19 Hari Pelajar Perempuan Ini Sesat Di Gunung Tahan Umai atau nama sebenarnya Nur Umaisarah Sameon merupakan salah seorang pelajar diploma bidang perakaunan di Universiti Teknologi (UiTM), Arau Perlis.

Beliau telah pergi bersama 35 orang rakannya untuk pergi ke Gunung Tahan bagi melaksanakan aktiviti unit beruniform universitinya.


 Gambar : Youtube

 Kejadian itu berlaku ketika Umai dan rakan-rakan hendak turun setelah tamat ‘Ekspedisi Tawan Gunung Tahan’. Umai terleka sebentar kerana ingin melihat pohon bonzai tanpa menyedari dirinya telah jauh dari rakan-rakan yang lain. Beliau mula panik dan mula untuk melaung takbir azan dan memanggil nama rakannya namun tiada sahutan.

 Malangnya ketika berusaha mencari jalan keluar, Umai telah terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian lutut kirinya. Beliau tetap kuat untuk mencari jalan keluar, apabila rasa sakit tadi mula reda barulah beliau meneruskan perjalanan.

Coklatlah yang menjadi ‘penemannya’ untuk mengalas perut. Umai teringat apa yang dipelajarinya iaitu untuk mencari air terjun jika tersesat di dalam hutan. Umai beruntung apabila beliau cepat menemukan air sungai namun perjalannya masih jauh dan sepanjang beliau berada di hutan, Umai hanya bergantung kepada air sungai untuk minum.


 Gambar : Mensive

Jika sebelum ini jalan Umai hanya dipenuhi dengan pokok dedaun tebal, pada hari ke-19, Umai telah menemui ‘trek’. Beliau berjalan mengikuti trek tersebut dengan tak berdaya. Umaisarah berjalan ke arah cahaya terang (seolah-olah neon) lalu pengsan. Umaisarah telah berjaya ditemui di sebuah kem berkhemahan dan akhirnya terselamat.


 3) Kehilangan yang Mencipta Tragedi, 4 Orang Kanak-Kanak Orang Asli Maut, Dua Selamat dan 1 Hilang Tahun 2015 telah ‘menerbitkan’ suasana sayu apabila sekumpulan kanak-kanak yang bertindak melarikan diri ke hutan dari asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang akibat takut dikenakan hukuman akibat mandi sungai.

Ramai pihak yang terlibat dalam misi menyelamat ini antaranya adalah pasukan gerakan am, pegawai pendidikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia. Berita kehilangan itu ditutup dengan penemuan rangka yang disahkan milik salah seorang kanak-kanak yang hilang itu.

Pencarian itu memakan masa lebih dari 50 hari bermula 23 Ogos 2015 sehingga 1 oktober 2015. Kanak-kanak yang dijumpai dalam keadaan selamat mengalami dehidrasi yang teruk dan bertubuh kurus kering. Antara kanak-kanak yang selamat

(Gambar : JPBM) Gambar : JPBM 4)

Hilangnya 10 tahun lalu, Sehingga Kini Tiada Jejak ditemui Hassan Ayat, nama yang pernah meniti di mulut-mulut masyarakat yang mendoakannya. Beliau dilaporkan hilang lebih dari 10 tahun yang lalu pada tanggal 15 Februari 2009 di Gunung Yong Yap.

Malah nama beliau juga sememangnya sering disebut-sebut sebagai pendaki yang gemar menyertai aktiviti lasak dan ekspedisi memanjat gunung.


 Gambar : eqalichazlin Ayat disedari hilang ketika rakan-rakannya berhenti rehat sewaktu menuruni gunung tersebut. Berita tentang kehilanganya itu ternyata mendapat liputan dari media dan orang awam yang turut serta membantu mencari Ayat. Namun pencarian selama 21 hari itu menemui jalan buntu apabila beliau tetap tidak dapat ditemukan.

 Gambar : eqalichazlin Dan sehingga kini, biar pun sudah menjangkau ‘usia’ 10 tahun, nama dan kejadian yang menimpa Ayat Hassan tetap akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua terutamanya mereka gemar mendaki gunung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/sebelum-acap-ini-4-kisah-hilang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 724 hits
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian Gopeng U...
6 Kes Orang Sesat Dan Hilang Di Hutan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

6 Kes Orang Sesat Dan Hilang Di Hutan Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 1769 hits
Kes orang sesat di hutan dan hilang ini bukanlah yang pertama terjadi di Malaysia Beberapa kejadian mangsa yang hilang ketika mendaki bukit mahupun gunung pernah menghantui negara kita Bahkan mungkin ada diantara kisah ini masih segar dalam...
Malaysia Terus Berdoa Tok Anjang Kongsi Kisah Kisah Aneh Dan Perkembangan Proses Pencarian Acap

Malaysia Terus Berdoa Tok Anjang Kongsi Kisah Kisah Aneh Dan Perkembangan Proses Pencarian Acap

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 367 hits
Sudah masuk hari kesembilan kehilangan seorang peserta acara larian denai Gopeng Ultra yang bermula di Gua Tempurung Gopeng Perak Pencarian Mohamad Ashraf atau dikenali sebagai Acap seakan menemui jalan buntu kerana pasukan menyelamat dan s...
Cerita Merry Pernah Hidup Susah Sebelum Bekerja Dengan Raffi Ahmad Dan Jadi Terkenal

Cerita Merry Pernah Hidup Susah Sebelum Bekerja Dengan Raffi Ahmad Dan Jadi Terkenal

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 230 hits
Muhammad Sadili alias Merry mengaku pernah hidup susah sebelum bekerja menjadi asisten Raffi Ahmad Datang dari keluarga petani Merry menghabiskan masa kecil di sebuah kampung kecil di Pulau Madura
Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

Najib Cuba Jual Aset Negara Sebelum Pru14 Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 424 hits
Geraldine Tong PARLIMEN l Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng Saya ingin memaklumkan kepad...
Kisah Benar Ini Kisah Lelaki Hilang 10 Tahun Lalu Yang Tinggalkan Sebuah Sajak

Kisah Benar Ini Kisah Lelaki Hilang 10 Tahun Lalu Yang Tinggalkan Sebuah Sajak

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 424 hits
Dalam sibuk sibuk usaha mencari Mohammad Ashraff Hassan 29 atau lebih mesra dengan panggilan Acap sebuah lagi kisah misteri tentang kehilangan menjelma kembali Kisah Benar Ini Kisah Lelaki Hilang 10 Tahun Lalu Yang Tinggalkan Sebuah Sajak
Kami Laungkan Azan Di Empat Penjuru Hutan Pernah Selamatkan Mangsa Hilang Seminggu Lelaki Ini Kongsi Pengalaman

Kami Laungkan Azan Di Empat Penjuru Hutan Pernah Selamatkan Mangsa Hilang Seminggu Lelaki Ini Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 532 hits
Kami Laungkan Azan Di Empat Penjuru Hutan Pernah Selamatkan Mangsa Hilang Seminggu Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kewujudan alam ghaib tidak dapat disangkal lagi Terdapat banyak makhluk lain yang menghuni muka bumi ini bezanya tidak dapat kit...
Pesan Terakhir Faiqus Syamsi Sebelum Hilang Dan Ditemukan Hanya Tulang Di Gunung Arjuno

Pesan Terakhir Faiqus Syamsi Sebelum Hilang Dan Ditemukan Hanya Tulang Di Gunung Arjuno

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 352 hits
Faiqus Syamsi sempat berpesan kepada ibunya sebelum hilang dan ditemukan hanya rangka di Gunung Arjuno Faiqus Syamsi izin kepada ibunya mendaki gunung dan ingin membuat heboh Suasana duka menyelimuti rumah Faiqus Syamsi siswa SMKN 5 Surabay...
2 Minggu Daddy Tidak Ditemui Ecah Rindu Anak Sulung Mencari Acap Setiap Malam Sebelum Tidur

2 Minggu Daddy Tidak Ditemui Ecah Rindu Anak Sulung Mencari Acap Setiap Malam Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 621 hits
Sudah 2 minggu pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail Mohd Ashraff Hasan atau Acap tidak ditemui Anak sulungnya menanggung rindu merengek tercari cari si ayah Acap yang tiba tiba hilang semasa menyertai pertandingan larian bertempat di...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui