Misteri Kehilangan Acap Selesai Nantikan Penjelasan Penuh Pdrm
Assalamualaikum..
Hari ke-15 kehilangan “misteri”.. Allah takdirkan saya dan pasukan kembali ke Gopeng untuk ketahui mengapa terlalu ramai perawat dan ustaz serta bomoh pawang datang ke sini “menjejak” mangsa tapi masih tidak di jumpai sebarang petunjuk..
Hanya ramai yang ada sekadar “merasai” tapi tidak bersentuhan.. Cuba memohon doa dari Allah mendapatkan jawapan dan petunjuk… Seolah olah “penduduk sini” tidak bersalah dan tidak ada kaitan langsung sama sekali…
Dari malam semalam hingga Subuh saya bersama pasukan di satu tempat berdekatan Gua Kandu..
Kami melakukan zikiran seperti biasa dan cuba “interaksi” dan sekali lagi mereka menyatakan mangsa memang tiada di sana walau pun di “alam sebelah”…
Jika Mangsa tiada di “alam sebelah” jadi apakah maksud yang hendak di sampaikan?
Sesungguhnya , Saya amat benar kurang faham apa yang sedang berlaku antara dunia nyata dan dunia ghaib…
Kehilangan selama 15 hari tanpa sebarang petunjuk fizikal yang jelas.. Walhal segala teknologi telah di gunapakai sama ada zahir atau batin.. Hanya sekadar mendengar “suara memanggil” , “bunyi mendengus” dan lain lain.. Mungkin juga hanya permainan jin.. Khayalan dan halusinasi .. Pada pemahaman, seolah olah ada sesuatu yang telah berlaku tanpa kita semua sangka…
Entahlah mungkin ilmu kami tidak cukup.. Sebelah petang saya mendaki Bukit Batu Puteh(3 beradik) kembali untuk melihat dan “merasai” kembali akan tetapi jawapannya tetap sama.. Ahh… apa yang berlaku sebenarnya?
Di takdirkan Allah, Sewaktu memasuki ke suatu tempat berhampiran satu gua.. Allah telah hantarkan seorang hamba Allah yang berusia hampir 90 tahun dan sudah menetap sekitar kawasan itu 60 tahun..
Kami asalnya 14 orang.. Yang lain tiada rezeki hingga ke peringkat Allah temukan dengan hamba Allah ini dan hanya 6 dari kami sahaja di takdirkan bertemu berdepan jasad ke jasad dengan “hamba Allah” ini..
Cara “hamba Allah” ini hadir bagi saya seperti seorang “wali Allah” yang amat zuhud… Mengongsi juga beberapa ilmu dan rahsia gua gua di sana kepada kami…
Dalam bentuk nyanyian atau syair ia datang mendekati kami dgn cara yang pelik dan aneh dengan cara beliau.. Zahir kerna beliau seorang manusia.. Teringat salah seorang wali Allah di Indonesia cara dakwahnya hampir serupa…
Biar saya rahsiakan kaedah ia mendatangi kami.. Tapi dalam lagu nya itu tertera jawapan dalam persoalan semua.. Persoalan yang bermain main di minda..
Yang menjadi teka teki.. kerna selama 60 tahun beliau di sana dan beliau cukup kenal dgn “penduduk” yang di katakan baik baik..
Mungkinlah kerna ada “lagak jantan” masuk ke “kampung orang” maka terjadi musibah tapi beliau memberi persoalan pada kami apakah benar ia telah hilang atau “dibuat hilang”?
Seolah olah jasad nya kekal di alam nyata tapi tidak berada di lokasi kejadian.. Setiap jawapan beliau membuka minda kami akan beberapa hal.. Yang tak mampu saya tuliskan di sini..
Sejauhmana kebenaran maka saya serahkan pada Allah tempat bergantung.. Moga kebenaran terbongkar jua.. Dan “mangsa” kembali ke jalan yang benar.. Dan ini artikel akhir saya bagi kes seperti ini kerna saya rasa kisah ini “tamat” pada pandangan saya yang lemah dan tidak berfakta ini…
Kita doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa sabar dan tenang selalu… Pemikiran logik akal dan ghaib bergerak seiring…
“Konspirasi VS Realiti”
Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin
Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:
“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
Maklumat Tambahan
Audio dn vdeo yg berlegar tersebar itu nyata adalah permainan jin.. ramai yg taksub melampau..
Jangan la terlalu percaya pasal mangsa korban, pertukaran atau sebagai nya tu…
Dlm kes ini.. Smua nya dh kna tipu dengan jin dn syaitan.. Saya tdk mahu menyatakan sesuatu yg sy belum boleh katakan skrg.. Sperti sy bgtau.. Ada konspirasi sedang berlaku.. Di alam ghaib mangsa tiada.. Di alam nyata mangsa tiada di Gopeng… sy ulang mangsa tiada di Gopeng.. Jadi hentikan la sebarang spekulasi ghaib semata mata.. Mmg benar ghaib itu wujud.. Tapi jgn meletak kan semua perkara itu kpd bunian dn jin.. Petunjuk yg sy dpt juga atas izin Allah taala kpd team kami..
Kalau ad yg kata jumpa org yg tua di kampung itu.. Kami jumpa org yg jauh lebih tua di kpg itu yg tahu segala selok belok kpg itu.. Nyata atau ghaib… Ini izin Allah.. Belum bisa saya ceritakan lagi.. Sy tdk mahu siasatan polis terganggu.. Apa2 pun yg kluar statement polis nt… kita terima dgn hati yg terbuka..
Sumber: Pangiran Nur Satria Aduka
The post Misteri Kehilangan Acap Selesai, Nantikan Penjelasan Penuh PDRM appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/misteri-kehilangan-acap-selesai-nantikan-penjelasan-penuh-pdrm/