Selagi tarikh khusus tidak ditetapkan, ketidaktentuan dan kecelaruan akan berterusan dalam PH.Dan selagi tiada tarikh khusus juga, tidak munasabah melarang sesiapa bercakap mengenainya.Kalau mahu orang tidak bercakap mengenainya, cepat-cepat umumkan tarikhnya. Titik.Namun demikian, adakah garis masa yang disebut telah dinyatakan oleh Tun Mahathir itu bermaksud selepas Sidang Apec November 2020?Kenapa garis masa itu seolah-olah sudah mahu dipersetujui, sedangkan ia belum dibincangkan lagi dalam Majlis Presiden PH?Mengapa tidak berpegang kepada Mei 2020 iaitu dua tahun setelah Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri?Bukankah itu janji asal Tun Mahathir sendiri?Selain itu, bilakah Majlis Presiden PH mahu bermesyuarat bagi membincangkan tarikh peralihan kuasa itu?Kenapa susah sangat untuk membincangkannya dan perlu ambil masa terlalu lama untuknya?Lagi lama perkara ini tergantung di awang-awangan, haruslah disedari bahawa lagi berpecah PH kerananya.Untuk itu, mahu tidak mahu, Majlis Presiden PH harus proaktif dan tidak berlengah menyelesaikan isu peralihan kuasa ini demi kebaikan bersama.Lagi pun, yang dituntut bukan pengunduran atau perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi cuma untuk memenuhi janji dua tahun penyerahan jawatan sebagaimana yang selalu disebut-sebut oleh beliau sendiri. (ShahbudinHusin 22/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |