Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa


Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan.
Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.

Loading… “Jika (Mahathir) melepaskan jawatan dengan rela, peralihan akan menjadi sangat lancar,” kata Rafizi, sambil menambah peralihan kuasa itu perlu dilaksanakan supaya Pakatan Harapan dapat mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Keadaan politiking semasa dan ketidakpuasan mengenai ekonomi menyebabkan wujud sentimen penentangan terhadap blok pemerintah yang akan menyaksikan kerajaan hilang kuasa jika tinjauan pendapat diadakan hari ini, katanya.
Rafizi berkata, isu penggantian akan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, sebuah badan teratas dalam blok kerajaan yang terdiri daripada empat pemimpin parti gabungan.
Tanpa tarikh yang ditetapkan untuk penyerahan, isu penggantian itu menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan politik negara sejak pakatan Pakatan Harapan berkuasa pada bulan Mei 2018.
Gabungan itu bersetuju untuk melantik Dr Mathathir menjadi calon Perdana Menteri, dengan syarat Anwar akan menggantikannya.
Dr Mahathir dan Anwar dilihat sebagai seteru tetapi bergabung dalam usaha mereka menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Selepas pilihan raya, Anwar telah diberi pengampunan diraja untuk sabitan kes liwat yang didakwanya bermotivasi politik.
Bercakap di Regional Outlook Forum anjuran Institut Yusof Ishak, Rafizi mengakui beliau adalah antara penggubal perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum pilihan raya yang menyaksikan PH dipilih sebagai pemerintah.
Rafizi yang telah berundur daripada barisan hadapan politik berkata, perjanjian itu tidak membabitkan tarikh peralihan kuasa yang telah dispekulasi.
Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir yang berulang kali merujuk “tempoh dua tahun” yang menyebabkan banyak pihak berpandangan Perdana Menteri akan menyerahkan kuasa pada bulan Mei tahun ini.
Dr Mahathir juga menyatakan beliau komited untuk menghormati perjanjian penggantian itu tetapi hanya akan serah kuasa selepas mesyuarat Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada bulan November bagi tidak menjejaskan persiapan Malaysia sebagai tuan rumah.
Rafizi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat percaya tidak akan ada “percubaan berani” oleh mana-mana pihak untuk memaksa peralihan kuasa berlaku pada tahun ini kerana ia akan mengeruhkan keadaan.
Mengenai peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Rafizi berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan besar dalam kalangan Ahli Parlimen PKR dan DAP.
PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 kerusi Parlimen.
Dan Anwar memerlukan 20 kerusi lagi untuk menerajui kerajaan dengan majoriti mudah.
Mengenai beberapa spekulasi jika Dr Mahathir enggan melepaskan jawatannya dan Anwar akan melakukan undi tidak percaya, Rafizi berkata, ia tidak mungkin terjadi.
Sokongan untuk gabungan itu akan “runtuh” jika ada usaha sedemikian daripada dalam untuk buat begitu kepada Dr Mahathir, katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/rafizi-dr-mahathir-perlu-tetapkan-tarikh-peralihan-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 321 hits
Pakatan Harapan mula bersungguh sungguh menetapkan tarikh peralihan kuasa antara PM Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dengan mengulangi proses penyerahan jawatan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 November ...
Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 370 hits
Kekaburan tarikh peralihan kuasa antara perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijangka akan ditangani oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan disambut baik kalangan pelabur Pemerhati ekonomi Jameson Tan berpe...
70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 291 hits
Dr Afif Bahardin KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak memberi perhatian khusus kepada isu peralihan kuasa malah mereka tidak peduli bilakah tarikh akan berlakunya perubahan pucuk kepemimpinan negara Dapatan i...
Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 240 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir menggesa Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Majlis Presiden gabungan itu menetapkan tarikh pada Mei tahun ini berhubung peralihan kuasa jawatan perdana menteri Akmal berkata beliau menyambut bai...
Perlu Ada Tarikh Peralihan Kuasa Pemuda Pkr Selangor

Perlu Ada Tarikh Peralihan Kuasa Pemuda Pkr Selangor

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 354 hits
Tiada sebab Majlis Presiden PH tak boleh tetapkan tarikh peralihan PM Tidak ada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak menetapkan tarikh penyerah kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim kata pemimpin pemuda PKR hari ini Menuru...
Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Boleh Dipaksakan

Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Boleh Dipaksakan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 342 hits
Menjelang tarikh peralihan kuasa PM Mahathir kepada Anwar Ibrahim yang dibayangkan akan berlaku hujung tahun ini pelbagai teori mula timbul jika tempoh itu cuba dipanjangkan lagi Salah satu teori didedahkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ram...
Tiada Sebab Majlis Presiden Ph Tak Boleh Tetapkan Tarikh Peralihan Pm

Tiada Sebab Majlis Presiden Ph Tak Boleh Tetapkan Tarikh Peralihan Pm

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 226 hits
BERITATidak ada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak menetapkan tarikh penyerah kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim kata pemimpin pemuda PKR hari ini Menurut Najwan Halimi berkata hal yang sama pernah berlaku pada 2002 K...
Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 674 hits
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan YB Dato Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Kenyataan ini dikeluarkan berikutan desakan oleh beb...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai