Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus


KUALA LUMPUR, 27 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendalikan kes disyaki jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA JB) sebagai contoh merupakan hospital rujukan bagi kes yang disyaki dan disahkan positif koronavirus bagi negeri itu.
“Bagi memastikan penggunaan fasiliti KKM sedia ada yang optimum, kes yang disyaki atau disahkan positif 2019-nCoV dan berada dalam keadaan stabil akan dirawat dan dipantau oleh Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit HSA JB di wad isolasi Hospital Permai, Johor Bahru.
“Hospital Permai mempunyai kemudahan fasiliti yang amat baik serta dikawal rapi oleh polis bantuan bagi memastikan tiada pencerobohan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.
“Namun sekiranya terdapat kes yang kritikal dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi, satu wad isolasi khas dikenal pasti untuk digunakan di HSA JB,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata tatacara pengendalian kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti koronavirus.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kesemua petugas kesihatan terutamanya di lapangan yang sedang bertungkus-lumus memastikan kejadian kluster jangkitan koronavirus dapat dikawal.
“Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk pihak swasta yang telah memberikan kerjasama yang baik demi memastikan keselamatan dan kesihatan awam rakyat terpelihara,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit koronavirus.
Katanya, kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital KKM yang dikenal pasti untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes.
“Kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari China. Ini selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/01/kkm-kenal-pasti-26-hospital-kendali-kes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

Kes Koronavirus Pertama Di Malaysia Kkm Aktifkan 2 Pasukannya Kesan Aktiviti Di Lapangan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 532 hits
Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perja...
Kkm Siasat Kes Pelancong China Suspek Koronavirus Di Sabah

Kkm Siasat Kes Pelancong China Suspek Koronavirus Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 476 hits
Astro Awani Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kes itu belum dapat disahkan dan pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan Gambar fail BERNAMA KOTA KINABALU Kementerian Kesihatan Malaysia masih menyiasat berhubung kes seoran...
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 687 hits
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini Dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki d...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 766 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

Kkm Sah 3 Kes Positif Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 341 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 3 kes positif novel koronavirus Menterinya Dzulkefly Ahmad berkata 3 kes tersebut merupakan keluarga terdekat kepada kes positif di Singapura yang melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahu...
Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

Terkini Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 493 hits
Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019 nCOV di sebuah hospital di Sabah adalah negatif Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat empat kes disyaki dijangkiti 201...
Kkm Sahkan Tiga Lagi Warga China Disyaki Dijangkiti Koronavirus

Kkm Sahkan Tiga Lagi Warga China Disyaki Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 391 hits
Sehingga tengah hari ini tiga kes baharu yang disyaki 2019 Novel Koronavirus sedang menunggu keputusan ujian makmal Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ketiga tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam Loadin...
Tiada Kes Baru Virus Wuhan 92 Kes Disyaki Sejauh Ini Moh

Tiada Kes Baru Virus Wuhan 92 Kes Disyaki Sejauh Ini Moh

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 295 hits
SINGAPURA Tiada kes baru virus Wuhan disahkan sehingga tengah hari Ahad menurut Kementerian Kesihatan sambil menambah bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai sebanyak 92 kes yang disyaki virus Wuhan secara keseluruhannya Sejauh in
Lapan Kes Positif Koronavirus Di Thailand

Lapan Kes Positif Koronavirus Di Thailand

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 284 hits
BANGKOK 26 JAN Jumlah kes 2019 novel koronavirus di Thailand meningkat kepada lapan orang hari ini paling ramai individu yang disahkan positif di luar China Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Anutin Charnverakul berkata daripada...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam