Najib Boleh Panggil Pakar Kenal Pasti Ketulenan Tandatangan


Kasthuri Jeevendran Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI 
KUALA LUMPUR –  Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil pakar tulisan tangan bagi menganalisis ketulenan tandatangan beliau dalam beberapa dokumen SRC International Sdn Bhd mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika membacakan keputusan permohonan Najib setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak sejak Isnin lepas membenarkan pakar dari Australia itu untuk hadir memeriksa serta memberi keterangan minggu hadapan.

Kata Mohd Nazlan, Najib sebenarnya berhak mendapat pengadilan yang adil dan sebenarnya boleh mendapat sebarang keterangan relevan yang dipilihnya untuk membela diri dalam kes perbicaraan penyewelengan dana SRC International bernilai RM42 juta ketika ini.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazlan, mahkamah juga mempunyai hak untuk mempertimbangkan semula keterangan saksi itu yang dikenali sebagai Dr Steven pada akhir perbicaraan.

“Dalam pada masa sama, pendakwaan juga boleh memanggil saksi untuk menafikan keterangan saksi pembelaan seperti peruntukan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah jika itu yang dimahukan.

“Keterangan oleh saksi ini perlu dilakukan dalam tempoh dua hari di kompleks mahkamah ini dan juga perlu dilakukan sebelum 3 Februari depan. Perjalanan prosiding perbicaraan juga tidak boleh terganggu kerana kehadiran pakar ini, sila ambil maklum,” katanya sebentar tadi.

Sebanyak 35 eksibit dokumen digunakan oleh pihak pendakwa setakat ini bagi membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang dari SRC International.

Daripada jumlah itu, sebanyak 13 dokumen dipertikai oleh pihak pembelaan malah Najib sendiri berkali-kali memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti dengan tandatangan-tandatangan yang kelihatan seperti tandatangan beliau namun masih sangsi mengenainya.

Mohd Nazlan kemudian meminta perbicaraan bersambung dengan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengangkat sumpah sebelum pemeriksaan balas berhubung kes berkenaan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram.

Najib ketika ini membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Prosiding bersambung di hadapan Mohd Nazlan ketika ini yang sudah masuk hari ke-72 perbicaraan. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/najib-boleh-panggil-pakar-kenal-pasti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

Pakar Australia Periksa Dokumen Tandatangan Najib 10 Februari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR 23 JAN Seorang pakar dari Australia yang dilantik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menganalisis tandatangan di 13 dokumen SRC International Sdn Bhd yang dipertikaikan dijangka dibuat pada minggu 10 Februari ini...
Pakar Dakwa Jangkitan Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Melalui Mata

Pakar Dakwa Jangkitan Koronavirus Mungkin Boleh Merebak Melalui Mata

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 552 hits
Saintis mendakwa koronavirus mungkin boleh tersebar melalui mata Seorang doktor pakar paru paru Wang Guangfa khuatir dia mungkin terjangkiti virus berkenaan kerana tidak memakai kaca mata pelindung Pakar virus di Kolej Imperial London Profe...
Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

Kkm Kenal Pasti 26 Hospital Kendali Kes Disyaki Koronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 470 hits
KUALA LUMPUR 27 JAN Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendalikan kes disyaki jangkitan 2019 novel koronavirus yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut Ket...
Najib Tidak Pernah Bangkitkan Isu Tandatangan Palsu

Najib Tidak Pernah Bangkitkan Isu Tandatangan Palsu

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR 21 JAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membangkitkan apa apa isu mengenai pemalsuan tandatangan beliau dalam beberapa dokumen berkaitan SRC International Sdn Bhd sepanj...
Kes Video Intim Tiada Pertuduhan Forensik Gagal Kenal Pasti Suspek Kata Ag

Kes Video Intim Tiada Pertuduhan Forensik Gagal Kenal Pasti Suspek Kata Ag

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 396 hits
BERITAPeguam Negara Tommy Thomas mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dibuat daripada video intim kontroversi yang dikaitkan dengan personaliti politik Kenyataan media itu dipercayai merujuk kepada klip video seks yang didakwa melibatka...
Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

Dr M Tak Berdendam Boleh Bekerja Dengan Sesiapa Kecuali Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 378 hits
BERITAPerdana Menteri Dr Manathir Mohamad berkata dalam politik tiada pakatan atau musuh yang tetap selain menjelaskan beliau telah bekerja dengan ramai individu selama beberapa dekad Bagaimanapun Mahathir meletakkan pengecualian iaitu tida...
Jalan Kampung Pun Boleh Kena Saman

Jalan Kampung Pun Boleh Kena Saman

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 414 hits
Oleh Zuliaty ZulkiffliAnggota trafik IPD Kubang Pasu melakukan sekatan jalan raya di Jalan Air Hitam Sanglang pada 1 Jun 2019 JITRA Jangan ingat menggunakan jalan raya kampung akan terlepas dari tindakan saman lalu lintas Demikian ingatan p...
Kini Anda Boleh Menerima Pulangan Tunai Sehingga Rm4 Daripada Setiap Kaji Selidik Yang Anda Lakukan

Kini Anda Boleh Menerima Pulangan Tunai Sehingga Rm4 Daripada Setiap Kaji Selidik Yang Anda Lakukan

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 320 hits
Kita telahpun memasuki tahun 2020 yang mana kini hampir kesemuanya berada dihujung jari dan serba mudah Malah kita dapat lihat pada tahun tahun yang lalu aplikasi dompet digital adalah salah satu perkhidmatan yang semakin berkembang seiring...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan