Perlu Ada Tarikh Peralihan Kuasa Pemuda Pkr Selangor




‘Tiada sebab Majlis Presiden PH tak boleh tetapkan tarikh peralihan PM’
Tidak ada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak menetapkan tarikh penyerah kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, kata pemimpin pemuda PKR hari ini.
Menurut Najwan Halimi berkata hal yang sama pernah berlaku pada 2002.
Ketua Pemuda PKR Selangor itu menjelaskankan semasa Dr Mahathir mengumumkan keputusannya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno pemimpin BN meminta beliau agar tidak berbuat demikian serta-merta.
Justeru, kata Najwan, pemimpin parti dalam kerajaan kira-kira 18 tahun lalu berbincang dan menetapkan tarikh untuk Mahathir berundur dan menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.
“Justeru, Mahathir dan Abdullah memutuskan tarikh peralihan jawatan perdana menteri adalah pada 31 Okt 2003.
“Sepanjang tempoh menanti tarikh peralihan kuasa itu, pentadbiran negara berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dan isu besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Isu penggantian perdana menteri semakin melatari kebanyakan perkembangan politik sejak akhir-akhir ini.
Boleh bergerak ke depan
Ketika penyokong Anwar mahu presiden PKR itu dilantik pada Mei tahun ini, Mahathir pula menegaskan beliau tetap menghormati persefahaman PH dan akan melakukannya selepas persidangan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
Persidangan antarabangsa itu dijadual berlangsung Nov ini.
Beberapa pihak pula mendakwa, tanpa tarikh yang jelas untuk peralihan kuasa itu, ia membawa kepada ketidaktentuan dalam kalangan pelabur.
Najwan berkata semua pihak perlu menghormati pendirian serta komitmen Mahathir yang secara konsisten menyatakan akan berundur untuk memberikan laluan kepada Anwar.
“Sama ada peralihan kuasa ini berlaku pada Mei 2020 atau selepas Apec, apa yang mustahak ialah keperluan agar ditetapkan satu tarikh khusus bagi tujuan tersebut.
“Ini penting bagi menghentikan segala spekulasi serta desas-desus politik yang tidak sihat sehingga menganggu urusan pentadbiran kerajaan selain mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam kalangan pelabur,” katanya.
Pada masa sama, Adun Kota Anggerik itu menyatakan, Anwar sendiri berulang kali menegaskan bahawa beliau mahukan peralihan kuasa berlaku secara aman dan teratur.
“Jika pada 2002, tarikh peralihan kuasa di antara Mahathir dan Abdullah dapat diputuskan dan dilaksanakan dengan baik, maka tiada sebab untuk Majlis Presiden PH tidak dapat menetapkan hal yang sama.
“Muktamadkan segera tarikh peralihan kuasa agar semua pihak boleh terus bergerak ke depan untuk meneruskan khidmat dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat tanpa perlu membuang masa melayan spekulasi remeh dan intrigue politik yang tidak berkesudahan,” katanya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/16/perlu-ada-tarikh-peralihan-kuasa-pemuda-pkr-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

70 Peratus Rakyat Tidak Peduli Tarikh Peralihan Kuasa Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 228 hits
Dr Afif Bahardin KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak memberi perhatian khusus kepada isu peralihan kuasa malah mereka tidak peduli bilakah tarikh akan berlakunya perubahan pucuk kepemimpinan negara Dapatan i...
Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

Pelabur Alu Alukan Ph Bincang Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 312 hits
Kekaburan tarikh peralihan kuasa antara perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijangka akan ditangani oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan disambut baik kalangan pelabur Pemerhati ekonomi Jameson Tan berpe...
Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

Akmal Tarikh Peralihan Kuasa Akan Cerminkan Keutuhan Ph

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 198 hits
MALAYSIAKINI Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir menggesa Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Majlis Presiden gabungan itu menetapkan tarikh pada Mei tahun ini berhubung peralihan kuasa jawatan perdana menteri Akmal berkata beliau menyambut bai...
Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 625 hits
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan YB Dato Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Kenyataan ini dikeluarkan berikutan desakan oleh beb...
Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

Tarikh Peralihan Kuasa Mahathir Anwar Lepas Apec

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 281 hits
Pakatan Harapan mula bersungguh sungguh menetapkan tarikh peralihan kuasa antara PM Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim dengan mengulangi proses penyerahan jawatan akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik 2020 November ...
Wakil Rakyat Pkr Mahukan Peralihan Kuasa Pm Pada Mei 2020

Wakil Rakyat Pkr Mahukan Peralihan Kuasa Pm Pada Mei 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 186 hits
ANNABELLE LEE Beberapa ahli parlimen PKR menuntut satu tarikh jelas untuk peralihan kuasa Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dengan mencadangkan ini dilakukan pada Mei 2020 Bercakap di forum yang bertajuk Haruskah Malaysia tunggu sehi...
Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

Tarikh Khusus Peralihan Kuasa Wajar Dibincang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 289 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan soal tarikh khusus pelan peralihan kuasa Loading Walaupun mengakui proses itu sudah diputuskan Majlis Presiden PH sebelum ini Presiden PKR itu menje...
Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

Rafizi Dr Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 183 hits
Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata pemim...
Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

Hanya Anwar Boleh Kembalikan Keyakinan Rakyat Kepada Kerajaan Ronnie Liu Mahu Peralihan Kuasa Pm Pada Mei

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 255 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu mahu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini Menurutnya beliau berharap Dr Mahathir menghormati tempoh masa yang tela...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc

Dilema Calun Prk Kkb Melayu Atau Cina

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

The Friendly S Music Pub By Kvadrat Architects In Astana Kazakhstan

Kunjung Marhaban Aidilfitri 2024

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk