Individu Dari Zon Merah Negeri Pkp Tidak Di Benar Lakukan Aktiviti Pasca Banjir Di Pahang


 

KUANTAN -- Badan korporat, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya zon merah tidak dibenarkan melakukan aktiviti pasca banjir di Pahang.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi mereka selain zon merah atau negeri dikenakan PKP, pihak terlibat perlu berdaftar di https://ebanjir.pahang.gov.my serta wajib mendapatkan kelulusan merentas negeri daripada polis.
"Jika diluluskan, aktiviti yang dibenarkan hanya penghantaran barangan bantuan tanpa melibatkan aktiviti gotong-royong, ramah mesra dan interaksi serta tiada sebarang sentuhan fizikal dibenarkan dengan mangsa banjir terutamanya di pusat pemindahan sementara.
"Surat kelulusan dan pas kenderaan perlu dipaparkan pada kenderaan yang digunakan. Konvoi akan dipantau polis sepanjang perjalanan dan jika berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP), tindakan kompaun akan dikenakan serta merta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata sukarelawan dari Pahang juga perlu mendapatkan kelulusan bagi aktiviti pasca banjir dengan jumlah peserta dibenarkan bagi menyertai aktiviti gotong-royong bergantung kepada saiz ruang yang ingin dibersihkan dengan had maksimum 10 orang pada satu-satu masa.
Beliau turut memaklumkan sambutan perayaan Thaipusam pada 28 Jan ini dibatalkan selain semua majlis keramaian oleh jabatan kerajaan atau swasta serta majlis sosial seperti perkahwinan, doa selamat, aqiqah dan tahlil adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Penganjuran seminar, bengkel, latihan, kursus dan aktiviti berkitan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) juga tidak dibenarkan kecuali bagi latihan dalam perkhidmatan yang sedang berlangsung dalam kawasan institusi latihan yang wajib ditamatkan hujung bulan ini.
"Aktiviti masjid dan surau dibenarkan dengan had kehadiran yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) manakala bagi rumah ibadat bukan Islam, had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau kerajaan negeri.
"Majlis akad nikah juga dibenarkan dengan had kehadiran lapan orang di Pejabat Agama Islam Daerah manakala upacara perkahwinan bukan Islam juga dibenarkan dengan kehadiran maksimum lapan orang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), rumah ibadat atau persatuan agama bukan Islam," katanya.
Sepanjang PKPB di Pahang, Wan Rosdy berkata restoran, operasi kilang, trak makanan, pasar malam, pasar borong, pasar tani, dobi layan diri dan stesen minyak dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat ditetapkan, seperti had masa sehingga jam 12 tengah malam tertakluk kepada kelulusan lesen perniagaan.
Bagaimanapun, waktu operasi stesen minyak di lebuh raya dibenarkan 24 jam.
"Aktiviti jogging hanya dibenarkan di taman awam dan pantai tanpa kehadiran kanak-kanak di bawah usia 10 tahun serta tidak dibenarkan menggunakan alatan senaman manakala aktiviti berbasikal tidak dibenarkan melebihi 10 orang dalam satu kumpulan," katanya.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/individu-dari-zon-merah-negeri-pkp.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 308 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

Jumlah Mangsa Banjir Di Negeri Pahang Johor Kelantan Kini Makin Menurun Air Kian Surut

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Keadaan banjir di Pahang Johor dan Kelantan beransur pulih pagi ini dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan Bagaimanapun portal infobanjir water gov my memaklumkan paras ai...
Selepas Selangor Dan Melaka Pulau Pinang Pula Negeri Zon Merah

Selepas Selangor Dan Melaka Pulau Pinang Pula Negeri Zon Merah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan mengumumkan terdapat tiga negeri telah dikategorikan sebagai negeri merah selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan Selepas Selangor dan Melaka kini gilira...
Pkp Di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan

Pkp Di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 458 hits
Salam to all readers PKP di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan Semalam sekali lagi kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana PKP diperluaskan lagi untuk seluruh negeri Ke...
Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Di Tga Negeri Menurun Kecuali Di Pahang Dan Johor Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 385 hits
nbsp KUALA LUPUR Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Terengganu Kelantan dan Perak dilaporkan menurun Johor kekal manakala Pahang sedikit meningkat pagi ini Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat juml
Covid 19 Melaka Kini Negeri Zon Merah

Covid 19 Melaka Kini Negeri Zon Merah

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 273 hits
Selepas lima hari Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai zon merah sepenuhnya negeri Melaka pula mengikut nasib yang sama semalam Gambar hiasan KUALA LUMPUR Selepas lima hari Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai zon mera...
Banjir Teruk Di Pahang 2021 Gambar

Banjir Teruk Di Pahang 2021 Gambar

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 644 hits
wabak covid19 belum reda banjir besar pula melanda pada awal tahun 2021 ni info dan gambar banjir sekitar negeri pahang bandar maransama samalah kita berdoa agar hujan berenti dan air banjir makin surut tanpa meragut nyawa insyaAllah aameen...
Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama Bapa Lemas Anak Hilang

Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama Bapa Lemas Anak Hilang

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 353 hits
KUANTAN Banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong kira kira 100 kilometer dari sini malam tadi ...
Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 304 hits
Jika pembalakan berterusan seperti sekarang dijangka banjir tak terkawal melanda setiap tahun KUALA LUMPUR Aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa menjadi punca banjir teruk sehingga lumpur kini melanda Pantai Timur Semenanjung ...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau

10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

Viktario Berpura Pura Bahagia Chord

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai