Alhamdulillah Seawal 2 Tahun Dengar Azan Terus Solat Bagus Cara Ibu Ni Ajar Anaknya


Didikan ibu bapa untuk anak bermula di rumah. Apa yang kita lakukan itu yang anak akan lihat dan simpan dalam memorinya. Sebab itu, seawal anak lahir, ibu bapa adalah guru pertama anak.
Walaupun ramai menganggap anak kecil belum faham apa-apa lagi, sebenarnya dari kecil lah seeloknya diajar dengan ilmu kebaikan di dunia dan akhirat. Ilmu yang diajar ini jugalah yang akan jadi bekalan untuk lahirkan anak yang soleh dan solehah. Insyaallah!
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Nurul Huda, caranya mendidik anak perempuannya, Nur Madeena solat seawal usia 2 tahun dan sekarang baru nak masuk 6 tahun cukup memberi motivasi kepada semua ibu bapa.

Apa yang membanggakan, Nur Madeena dah tak perlu dipaksa atau disuruh solat kerana setiap kali dengar azan, automatik dia akan ambil wuduk dan menunaikan solat dengan penuh tertib.
TIPS AJAR NUR MADEENA SOLAT SEAWAL 2 TAHUN
Alhamdulillah.. Semua ni atas izin Allah. Ramai yang minta tip bagaimana Mommy ajar Nur Madeena solat dan berwudhu.
Ok macam post-post yang lepas jugak, apa yang Mommy katakan semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa.. Kalau nak anak solat, kita kena solat dulu dan ajak dia solat sama-sama.. Bukan suruh dia solat. Itu tak membantu minat dia. Anak-anak ni minat dia nak ikut apa kita buat.
Ok kat sini Mommy akan share sikit pengalaman Mommy ajar Nur Madeena solat. Mommy bukanlah hebat, tapi Mommy nak anak Mommy kenal Allah kenal pencipta kenal Rasulnya dan tahu kewajipannya sebagai Muslim.

1- Nur Madeena mula solat pada umur dia setahun setengah. Tapi masa tu solat ikut Mommy & Ayang je.. Pergerakan tu Mommy biar ja.. Macam anak-anak kecil lain juga yang solat ikut dan je.. Kadang-kadang rukuk jadi 2 kali.. Kadang-kadang solat sampai 5 rakaat.. Biar je dia.. Kita raikan apa yang dia buat.. Dan cakap Allah sayang dia..
2- Masuk umur Nur Madeena 2 tahun, Mommy ajak dia solat sama-sama. Lepas azan terus ajak dia solat. Benda macam ni akan terus mengajar dia untuk solat di awal waktu. Seperti Nur Madeena sekarang ni, dengar je azan dia akan segera berwudhu dan terus solat tanpa tunggu-tunggu. Jadi kita sebagai ibu ayah pun akan berasa malu dengan tindakan anak.
Masa umur 2 tahun ni, setiap kali Mommy ajak Nur Madeena solat Mommy akan bagi tahu ini solat apa dan berapa rakaat.. Dia ya kan je, mula-mula ingat dia tak faham. Tapi bila lama-lama, Mommy tanya balik zuhur berapa rakaat, Maghrib berapa rakaat. Semua dia ingat. Maksudnya anak-anak ni walaupun gelak-gelak macam tak faham, tapi dia orang dengar dan simpan.. Masa ni Mommy cuma ajak solat 4 waktu je.. Subuh belum lagi sebab dia masih susu badan.. Jadi tidurnya nyenyak sikit.
3- Masa umur 2 tahun 5 bulan Mommy start ajar dia mengaji. Masa ni agak struggle juga nak ajar. Bab ajar ngaji Mommy dah share di post yang lepas.

4- Masuk umur 3 tahun Mommy mula ajak dia solat subuh sama-sama. Memang solat ribut masa subuh tu. Tapi Mommy tak marah. Sebab nak dia suka solat, bukan solat kerana dimarah.
5- Alhamdulillah Nur Madeena dah biasa dengan solat dan tak perlu nak tegas-tegas. Masa Nur Madeena 3 tahun 5 bulan Nur Madeena dah masuk al-Quran. Jadi Mommy cuba suruh dia baca bacaan dalam solat menggunakan buku. Masa tu Mommy tak tahu lagi sejauh mana kemampuan Nur Madeena dalam menghafal. Jadi setiap kali dia solat Mommy akan bukakan buku dan suruh dia baca sambil melakukan rukun-rukun solat.
Tapi Mommy terfikir jugak lambat jugak la cara ni kalau dia nak boleh hafal. Kebanyakan cara buka buku dan baca ketika solat ni Ayang Nur Madeena yang akan buat.. Sebab dia pun nak saham akhirat katanya. Jadi Mommy biarkan Ayang dia ajar macam tu..
6- Jadi part Mommy nak ajar dia hafal bacaan solat. Mommy minta dia bacakan ayat-ayat yang Mommy dia hafalkan. Contohnya nak dia hafal doa iftitah. Jadi, selepas dia selesai mengaji Mommy suruh dia baca doa iftitah sebanyak 3 kali. Nur Madeena mengaji wajib dengan Mommy sehari 3 kali. Maka, 9 kali la dia ulang baca doa iftitah.
Masuk hari ke 3, Mommy tutup buku dan minta dia baca secara hafalan. Kalau dia dah betul semua ayat Mommy ubah ke bacaan-bacaan seterusnya. Macam bacaan dalam rukuk dan sujud ayatnya pendek.. Jadi bacaan tu sehari saja dia hafal. Bacaan-bacaan lain ambil masa jugak dia nak hafal. Alhamdulillah, cukup sebulan Nur Madeena selesai hafal semua bacaan-bacaan dalam solat termasuk doa qunut.

7- Nur Madeena khatam al-Quran pertama kali masa umur 3 tahun 10 bulan. Masa umur ni dia dah selesai menghafal semua bacaan solat dan tahu bilangan-bilangan rakaat setiap solat fardhu dan waktu-waktu solat tersebut.. Alhamdulillah..
8- Bab berwudhu pulak Nur Madeena belajar dari umur 2 tahun jugak.. Dia ikut cara Mommy berwudhu jadi dia hafal step by step. Masa umur 3 tahun Mommy ajar niatnya dan terang bila batalnya wudhu.. Jadinya dia faham dah, kalau sekarang tengah solat pun kalau terput-put dia terus akan berhenti solat dan ambil wudhu.
Alhamdulillah, Nur Madeena belajar semua dari Mommy. Rugi sangat kalau kita tak dapat ajar anak-anak solat kerana solat ni tiang agama dan pastinya diaorang akan solat. Jadinya bila kita ajar dan diorang solat pastinya ia akan menjadi saham pahala buat kita jugak.

Bab menghafal ni adalah satu kemampuan yang berbeza-beza. Jadinya kita tengok dulu kemampuan anak-anak kita. Jangan paksa tapi ajar dengan penuh kasih sayang. Kalau rasa anak-anak tak boleh mengadulah pada Allah.
Nur Madeena pun ada masa dia tak ingat apa dia hafal, jadinya Mommy minta pada Allah permudahakn urusan anak dalam menghafal. Alhamdulillah, percaya dan yakinlah Allah pasti bantu.
Ok, kenapa Mommy ajar Nur Madeena hafal dari buku.. Mengikut pengalaman Mommy, kalau hafalan secara ramai-ramai, takut-takut sebutan tersalah tapi anak dah terbiasa dengan sebutan yang salah. Takut tidak diperbetulkan akan dibaca sehingga ke besar. Jadinya Mommy ambil langkah untuk ajar Nur Madeena hafal melalui buku dengan cara Nur Madeena membaca sendiri. Dan Mommy akan betulkan melalui pembacaannya..

Ok itu serba sedikit pengalaman dan pendapat Mommy.. Mungkin pendapat kita tak sama. Tapi kita boleh membentuk saham akhirat kita.
Jom sama-sama kita ajar anak-anak solat.. Dan sebelum itu kita sama-sama perbetulkan solat kita solat di awal waktu. Tunjuk yang terbaik kepada anak-anak kita.
Sebagai pengakhiran saya share sedikit doa setiap kali saya doakan pada Nur Madeena ketika tidur, ketika mengaji, selepas solat dan pada air penawar untuk Nur Madeena minum

*  Ya Allah, jadikanlah Anakku anak solehah luar biasa
* Ya Allah, jadikanlah Anakku seorang yang sentiasa solat diawal waktu
* Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang tidak pernah meninggalkan solat
* Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang takut untuk meninggalkan dan takut melengahkan solat
Aamiin Ya Mujib. Itu serba sedikit pengalaman Mommy ajar Nur Madeena tentang solat dan berwudhu.
Kredit: Nurul Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Alhamdulillah, Seawal 2 Tahun, Dengar Azan Terus Solat.” Bagus Cara Ibu Ni Ajar Anaknya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/alhamdulillah-seawal-2-tahun-dengar-azan-terus-solat-bagus-cara-ibu-ni-ajar-anaknya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

Selain Abc 123 Mengenal Warna Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 413 hits
Pastinya ibu bapa tertanya tanya apa yang boleh buat untuk anak anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar Melalui apa yang dikongsika...
Deretan Cara Aman Dan Seru Rayakan Malam Tahun Baru 2021

Deretan Cara Aman Dan Seru Rayakan Malam Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 346 hits
Anda tak perlu sedih karena agenda perayaan tahun baru 2021 terganggu pandemi karena masih ada cara lain yang bisa dilakukan untuk merayakan malam tahun baru di tengah pandemi secara aman dan seru Berikut empat cara membuat malam tahun baru...
Kadang Tak Perasan Anak Yang Terkesan 6 Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Wajib Elak

Kadang Tak Perasan Anak Yang Terkesan 6 Kesilapan Cara Simpan Susu Ibu Wajib Elak

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 321 hits
Disebabkan kita salah menyimpan susu anaklah yang terkena kesannya Kesian bayi kita Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik Kita selalu menganggap ia adalah satu perkar...
Gelagat Ibu Kucing Tawarkan Anaknya Untuk Digoreng Bikin Geli Hati

Gelagat Ibu Kucing Tawarkan Anaknya Untuk Digoreng Bikin Geli Hati

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 408 hits
Seperti manusia ibu kucing juga sangat over protective terhadap anak anaknya Sifat keibuan agresif dalam ibu kucing adalah perkara biasa Hormon menyebabkan kebanyakan mamalia mengembangkan naluri perlindungan terhadap keturunannya Jadi tida...
King Kazu Sambung Kontrak Bersama Yokohama Fc Terus Beraksi Pada Usia 54 Tahun

King Kazu Sambung Kontrak Bersama Yokohama Fc Terus Beraksi Pada Usia 54 Tahun

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 246 hits
Penyerang veteren Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali sebagai King Kazu akan terus beraksi dalam kancah bola sepak profesional pada usia 54 tahun selepas kontraknya bersama Yokohama FC disambung untuk semusim lagi Umur Miura akan genap 54 t...
Sambutan Tahun Baru Di Ibu Negara Tak Dibenarkan

Sambutan Tahun Baru Di Ibu Negara Tak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 240 hits
Sebarang himpunan di kawasan PKPB adalah salah KPN Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador BANGI Sebarang perhimpunan sambutan tahun baru khususnya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sama sekali tidak dibenarkan Ketua Pol...
Janji Kusyuk Aurat Terjaga Anak Sentiasa Nak Berkepit Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak

Janji Kusyuk Aurat Terjaga Anak Sentiasa Nak Berkepit Eyra Hazali Kongsi Cara Solat Sambil Dukung Anak

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 485 hits
Anak menangis dan sentiasa berkepit bukan alasan untuk meninggalkan solat Pelakon cantik manis Eyra Hazali tampil berkongsi cara menunaikan solat dengan anak kecil yang sukar untuk ditinggalkan sendirian Menerusi satu entri di instagram mil...
11 Tips Ajar Anak Rajin Solat

11 Tips Ajar Anak Rajin Solat

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 662 hits
Mendidik kanak kanak melakukan ibadat solat hukumnya adalah wajib 1 Biasakan anak mendengar laungan azanSejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen Berhenti be...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus