Seketika Di Hentian Royal Belum Amanjaya Pulau Banding
Semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Terengganu melalui Lebuhraya Timur Barat tempohari, saya dan encik suami singgah di Hentian Royal Belum Amanjaya yang terletak di Pulau Banding
Hentian Royal Belum Amanjaya ini merupakan terminal jeti awam yang telah dinaik taraf. Hentian ini menjadi pintu masuk utama ke Hutan Tropika Belum-Temengor (BTTR) dan Taman Negeri Royal Belum. Ia siap dibina pada bulan Oktober 2016
Patutlah saya tak ada memori berkenaan bangunan hentian ini sewaktu pertama kali melalui Lebuhraya Timur Barat, rupa-rupanya ia memang masih agak baru dibina
Cara ke sini - dari laluan utama Lebuhraya Timur Barat arah timur, hentian ini terletak di sebelah kiri jalan di Pulau Banding. Ada papan tanda makluman hentian. Selepas membelok ke kiri, teruskan perjalanan sehingga tiba di satu simpang ke kanan. Belok ke kanan melalui jalan yang menurun. Berhati-hati jalan sempit kerana ada kenderaan yang parkir di bahu jalan.
Jomlah kita lihat sekitar Hentian Royal Belum Amanjaya ni…
Kawasan parkir di bahagian bawah.Terdapat dua kawasan parkir. Satu kawasan parkir di bahagian atas, terletak berhadapan pintu masuk bangunan Hentian Royal Belum Amanjaya. Manakala satu lagi terletak di bahagian bawah. Tertera papan tanda notis bayaran parkir sebanyak RM5 / malam. Tapi tak nampak pula kelibat penjaga parkir atau pondok bayaran.
Kami parkir di bawah sebab bahagian atas dah penuh. Di bawah ni ada disediakan laluan tangga berbumbung untuk kita naik ke atas menuju pintu masuk bangunan hentian
Sekadar makluman - pada bulan Januari 2021, kawasan parkir hentian ini dinaiki air akibat limpahan air tasik selepas hujan berterusan. Tetapi tidaklah sampai tenggelam kereta, cuma berlaku kenaikan air pada paras tayar kereta
Menikmati keindahan pemandangan tasik yang luas dari bangunan hentian
Cantik bot pelbagai saiz dan warna
Rumah bot (houseboat) berlabuh di sini
Tadi sudut pandang dari dalam bangunan, ini pula sudut pandang dari luar bangunan
Pemandangan rumah bot dan Jambatan Tasik Temenggor
Antara pakej rumah bot yang ditawarkan
Antara kemudahan lain yang terdapat di Hentian Royal Belum Amanjaya - kaunter informasi, gerai makanan, gerai produk Orang Asli, surau dan tandas
Tandas berbayarnya berada dalam keadaan baik dan selesa digunakan. Tetapi di ruangan yang menempatkan gerai-gerai dan laluan menuju ke tandas, berbau kurang menyenangkan. Encik suami kata bau kencing kucing. Tak jadi saya nak duduk minum-minum sambil menikmati keindahan tasik
Tiga hari selepas itu (hari Isnin dalam perjalanan balik ke PP), sekali lagi kami nak singgah di hentian ini. Tapi nampaknya tiada parkir kosong. Di kanan dan kiri bahu jalan pun penuh kereta. Agaknya pemilik kereta semua sedang menikmati percutian di rumah bot. Saya pun ada menyimpan keinginan bermalam di rumah bot, tapi tak tahulah bila boleh direalisasikan sebab untuk percutian di rumah bot perlu dalam kumpulan besar. Ada yang berpengalaman menginap di rumah bot di Royal Belum ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2022/09/seketika-di-hentian-royal-belum.html