Isu Daging Import Tidak Halal Jakim Belum Beri Penyelesaian Gabungan Ngo The Merdeka Times 25 08 2022


 
Tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.“Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” – Presiden Perkemas.Berikutan itu, gabungan NGO gesa JAKIM tubuhkan jawatankuasa khas tangani keraguan status halal daging import.“Saya bersedia membantu sebagai pemantau JAKIM serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.” – Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.“Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun. Justeru dengan pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang.” KUALA LUMPUR – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menubuhkan jawatankuasa khas dalam usaha menangani keraguan status halal daging import.
Desakan itu dibuat enam NGO Islam iaitu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas); Pertubuhan Produk Ummah Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Sahabat 99.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, isu itu sudah diperjuangkan pihaknya sejak dua dekad lalu, namun masih tiada penyelesaian dan menyatakan kesediaannya untuk membantu sebagai pemantau Jakim serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.
“Kita bersedia menghantar NGO ke sana (Australia) bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan. Ini kerana banyak keraguan yang perlu diperjelaskan termasuk hasil Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang dikatakan masih tidak melakukan pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan.
“Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun.
“Justeru dengan adanya pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPIM di sini, pada Khamis.
Media tempatan pada 14 Mei lalu melaporkan, loji sembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung kelulusan sebagai pembekal selepas didapati melanggar protokol sembelihan halal.
Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu diberi surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, gabungan NGO berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan itu.
Sementara itu, Presiden Perkemas, Faizan Mohd Nor memaklumkan masalah berkenaan masih berlarutan walaupun pendedahan telah dibuat oleh seorang bekas pekerja di rumah sembelihan terbabit lebih tiga bulan yang lalu.
Katanya, sehingga kini tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim hanya mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.
“Jakim juga wajib menjelaskan mengapa mengambil masa walaupun perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun dengan bukti yang sangat jelas.
“Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” soalnya.


Artikel oleh: THE MERDEKA TIMES
"ISU DAGING IMPORT TIDAK HALAL, JAKIM BELUM BERI PENYELESAIAN," - GABUNGAN NGO
https://themerdekatimes.com/blog/2022/08/isu-daging-import-tidak-halal-jakim-belum-beri-penyelesaian-gabungan-ngo/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/isu-daging-import-tidak-halal-jakim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

Tubuh Jawatan Kuasa Siasatan Selesai Isu Daging Import Halal Utusan Malaysia 25 08 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menubuhkan satu jawatan kuasa siasatan dalam menangani isu daging import halal Desakan dibuat enam NGO iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia P...
Lagi Bekas Pekerja Rumah Sembelih Tfi Australia Buat Pengakuan Terbuka Isu Tidak Halal Sidang Media Ppim 25 08 2022

Lagi Bekas Pekerja Rumah Sembelih Tfi Australia Buat Pengakuan Terbuka Isu Tidak Halal Sidang Media Ppim 25 08 2022

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 195 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat sekali lagi bekerjasama dalam membongkar isu ketidakpatuhan halal rumah penyembelihan di Australia Sehubungan itu satu sidang media telah diadakan hari ini bagi mend...
Govt Must Act To Curb Halal Meat Syndicates In Australia Ngos The Vibes 25 08 2022

Govt Must Act To Curb Halal Meat Syndicates In Australia Ngos The Vibes 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR The government has been urged to take urgent action to curb the activities of meat suppliers in Australia who allegedly prepare flesh products that have not been prepared in accordance with halal slaughter procedures Malaysian ...
Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

Mgnews Yang Kita Makan Ini Bangkai Ngo Mahu Jakim Respon Segera Malaysia Gazette Tv 25 08 2022

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 303 hits
Sumber Malaysia Gazette TV MGNEWS YANG KITA MAKAN INI BANGKAI NGO MAHU JAKIM RESPON SEGERA
Warna Warni Perarakan Dan Sambutan Merdeka Skab 2022 Versi Dslr

Warna Warni Perarakan Dan Sambutan Merdeka Skab 2022 Versi Dslr

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 280 hits
Seperti yang dirancang aktiviti perarakan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 65 peringkat SKAB berlangsung dengan jayanya dan menepati jadual Aktiviti turut disertai oleh ADUN Slim YB Zaidi Aziz wakil PPD Muallim pemimpin pemimp...
Menate Lancar Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022

Menate Lancar Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 575 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama dalam Kempen Merdeka Meat Fiesta 2022bertempat di Me nate Steak Hub Majlis pelancaran telah diadakan serentak dengan Pembukaan Besar Besaran cawangan ke 10 Me nate Steak Hub di The Cur...
My Merdeka Wishlist For 2022

My Merdeka Wishlist For 2022

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 250 hits
MP SPEAKS No doubt many Malaysians will be celebrating Merdeka this year satisfied that justice has finally been served on the biggest scandal in Malaysian history with former prime minister Najib Abdul Razak finally being sent to jail afte...
Koleksi Ucapan Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2022

Koleksi Ucapan Pantun Merdeka Dan Hari Kebangsaan 2022

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 451 hits
Inilah masanya kita boleh bagi ucapan atau pantun sekali pun sempena atau Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos Ianya dibuat bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini Perayaan ini juga antara yang ditunggu tunggu...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet