Snorkeling Pulau Redang Day Trip Pun Sempoi Gak
Jeti Merang ke Pulau Redang
Landmarks jalan masuk ke Jeti dari jalan besarSyok juga aktiviti snorkeling ni...Aku kira first time la snorkeling di Pulau Redang ni. Aku ambil pakej day trip je...Day trip pun sempoi gak...start dari jalam 8.30 pagi hinggan 4 petang korang akan duduk dalam laut jer..Trip aku ni ada 3 check point untuk snorkeling, 1 check point tengok penyu, 1 check point pantai untuk makan tengahari dan 1 pulau kecil pasir putih dengan timbunan coral mati. Semua tu ada nama dia...setiap check point tour guide akan maklumkan....aku je yang lupa😂😂😂.. jadi aku tak letak la nama setiap check point tu...makan cendol ditepi pantai
yang ni check point singgah untuk makan tengahari
ada banyak gerai makanan di check point pantai niDalam trip aku ni, hanya gambar yang dekat check ponit pantai yang singgah makan tengahari je yang aku snap gambar. Gambar-gambar aktiviti lain semuanya aku tak snap..malas nak buka handphone dalam laut, takut terjatuh dalam laut, nanya pak karim!!!
laut kat sini kristal clear..memang jernih gila beb. Korang boleh tengok pelbagai jenis ikan yang warna-warni. Nemo yang comel pun korang akan dapat tgk. Bukan setakat tu jer, korang boleh juga berenang-renang dengan penyu...Tour guide akan panggil penyu-penyu tu dengan umpan sotong..penyu makan sotong rupanya😅...
Lagi satu nak bagitau korang, pakej yang aku ambil ni bersekali dengan makan tengahari. Masa pagi sebelum korang naik bot, akan dibekalkan sekali dengan makan tengahari. Kalau nak bawa makanan tu, yang ringan-ringan saja je...nasi dah termsauk pakej.
Ada banyak pakej dari company yang berbeza...korang boleh la survey harga dan tour road diorang...kalau rasa-rasa berbaloi, grab terus ler.....
Oklah, kat sini aku sertakan GPS koordinat dan google map lokasi Jeti Merang ni..
GPS koordinat: 5°31'41.3"N 102°56'44.0"E atau 5.528131, 102.945542
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2022/09/snorkeling-pulau-redang-day-trip-pun.html