Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia



Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
         KETUA PEMBANGKANG

ADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini?

Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu sekatan terhadap pelancong dari China memasuki Malaysia apabila membuat keputusan menyekat pelancong dari Wuhan dan Hubei memasuki negara ini, adakah ini mencukupi?

Sepatutnya kerajaan menyekat semua pelancong dari China, bukannya secara memilih wilayah tertentu. Apatah lagi, wabak koronavirus ini telah merebak ke wilayah-wilayah lain di China.

Bahkan bukan itu sahaja. Wajar pada masa ini kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia dari China sebagai langkah awal menjamin keselamatan mereka.

Ketika negara jiran sudahpun menghalang pelancong China memasuki negara mereka, sayangnya Malaysia mengambil tindakan yang masih diragui keberkesanannya.

Korea Utara, Rusia malah Beijing sendiri telah menyekat kemasukan pelancong China dari bandar-bandar dan wilayah lain bagi menangani penularan wabak ini. Betapa pantasnya tindakan yang diambil demi nyawa rakyat mereka.

Inilah seharusnya dicontohi oleh Malaysia. Namun malangnya kita masih mengambil pendirian dan keputusan yang berpilih-pilih wilayah tertentu.

Menteri Kesihatan dalam kenyataannya hari ini menyatakan tiada pesakit yang positif di Malaysia dari Wuhan kerana pihak berkuasa Wuhan telah menyekat rakyatnya keluar sejak 28 Januari lalu.

Namun terdapat tiga pesakit yang sedang dikuarantin di Johor yang bukan datang dari Wuhan tapi dari wilayah lain di China. Begitu juga di Langkawi dan pesakit yang didapati positif koronavirus di Malaysia semuanya dari wilayah luar Wuhan.

Ini bermakna wabak koronavirus telah pun merebak ke wilayah-wilayah lain di China selain dari Wuhan dan Hubei.

Maka tindakan kerajaan menyekat kemasukan pelancong dari Wuhan dan Hubei semata-mata tidak mencukupi.

Sehubungan itu, kita mahu kerajaan membuat sekatan visa terhadap semua pelancong dari negara China ke Malaysia.

Ini bagi memberi sekatan yang lebih bermakna bagi memastikan wabak tersebut benar-benar mampu disekat.

Difahamkan ramai pelancong dari Wuhan memasuki Sabah sebelum Wuhan menutup pintu kepada pelancong.

Adalah wajar pihak berkuasa mengesan pelancong China terbabit setelah kerajaan Filipina sendiri bertindak menghantar pulang 500 pelancong China.

Langkah mengesan pelancong China dan menyaring tahap kesihatan mereka harus dilakukan dan menghantar mereka pulang ke negara asal adalah tindakan yang wajar.

Pada masa sama, di negara ini masih banyak kedai yang menjual binatang eksotik untuk makanan malah ada restoran menjual masakan makanan eksotik. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas menutup kedai dan restoran berkenaan sebagai langkah mengawal wabak.

Justeru, sekat import haiwan dari China seperti kepak ayam dan haiwan-haiwan lain.

Selaku ahli parlimen dan mewakili rakyat sebagai Ketua Pembangkang, saya berharap kerajaan benar-benar serius menjaga nyawa rakyat Malaysia dengan tidak hanya melihat kepada pendapatan dari industri pelancongan semata-mata.

Kita harus mencegah sebelum ia menjadi parah.

Janganlah nanti sudah terhantuk baru tengadah. Jika ini terjadi ia sudah tidak berguna lagi.

– SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/sekat-masuk-semua-pelancong-china-bawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia pasangan dan anak anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019 berlepas ke China petang tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
Elak Koronavirus Utamakan Rakyat Malaysia Ph Perlu Sekat Semua Warga China

Elak Koronavirus Utamakan Rakyat Malaysia Ph Perlu Sekat Semua Warga China

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 355 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa UMNO konsisten mahu Kerajaan Pakatan Harapan menggantungkan pengecualian visa dan Visa on Arrival untuk semua warga China buat sementara waktu Katanya bukan han...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 544 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 250 hits
MALAYSIAKINI Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah Malah Kementerian Perta...
Bertegas Sekat Masuk Pelancong China

Bertegas Sekat Masuk Pelancong China

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 340 hits
Asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam MP Kuala NerusBANGI Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri menggesa kerajaan Malaysia untuk menyekat pelancong China dari memasuki negara ini susulan kes jangkitan n...
Coronavirus Malaysia Tiada Rancangan Sekat Pelancong China

Coronavirus Malaysia Tiada Rancangan Sekat Pelancong China

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 630 hits
Russia dan Filipina mengambil langkah drastik menyekat dan menghantar pulang pelancong dari China Manakala Malaysia dengan bijaksananya masih tidak menyekat dan tiada rancangan langsung untuk menyekat Berikut ialah langkah menghadapi penyak...
177 560 Rakyat Sign Petisyen Desak Putrajaya Sekat Kemasukan Pelancong China

177 560 Rakyat Sign Petisyen Desak Putrajaya Sekat Kemasukan Pelancong China

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 424 hits
Satu petisyen online telah dilancarkan untuk menggesa kerajaan menyekat kemasukan pelancong China yang telah ditandatangani 177 570 rakyat Malaysia Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy yang melancarkan petisyen itu berkata ia amat penting bagi m...
Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 291 hits
PUTRAJAYA 30 Jan Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei China diaktifkan hari ini susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan kata Menteri Kesihat...
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 295 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Untuk tujuan itu beliau berkata kerajaan Mala...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang