Coronavirus Malaysia Tiada Rancangan Sekat Pelancong China





Russia dan Filipina mengambil langkah drastik menyekat dan menghantar pulang pelancong dari China.

Manakala Malaysia dengan bijaksananya masih tidak menyekat dan tiada rancangan langsung untuk menyekat.

Berikut ialah langkah² menghadapi penyakit berjangkit menurut Islam:

Langkah-langkah menghadapi Musibah Virus dan Penyakit Berjangkit

Kita adalah makhluk yang lemah, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan kembali kepada Allah.

Berikut ialah langkah yang diajarkan oleh agama apabila kita ditimpa oleh sesuatu bala, ujian dan musibah.

1. Menyakini dan redha terhadap takdir Allah

Allah Ta’ala berfirman;

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid: 22)

Kita perlu berdamai dengan takdir, menyerah dan redha bahawa ini semua adalah ketetapan Allah dan tidak perlu berdendam dan bermusuh dengan sesiapa.

Serahkan mereka yang zalim itu kepada Allah jika kita tidak mampu untuk menyekat kezaliman mereka.

 اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
`Ya Allah, cukuplah Engkau untuk menghadapi mereka, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki.' [HR. Muslim]

2. Mengasingkan diri dan mengamalkan kaedah kuarantin jika terlibat dengan wabak penyakit dan virus.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

'Jika kamu mendengar penyakit taun melanda di suatu kawasan, maka janganlah kalian masuk ke kawasan tersebut. Dan jika kamu berada di dalam kawasan tersebut maka janganlah kamu keluar dari kawasan itu.' [HR. Al-Bukhari]

Kaedah kuarantin ini juga terdapat dalam hadith Abu Hurairah RA (wafat 57 H) yang menyebut:

 لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ
' Jangan didekatkan sesuatu yang berpenyakit kepada sesuatu yang sihat. ' [HR Al-Bukhari]

Kaedah fiqh menyebut:

الضَّرَرُ يُزَالُ
“Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.”

[Al-Asybah wa al-Nazair]

Maka sangat penting rakyat Melaysia mengelak daripada menghadiri perkumpulan orang ramai seperti konsert, pertandingan bola, sukan yang melibatkan ramai orang, pesta, pasaraya dll.

Di samping itu hendaklah dicegah kemasukan warga asing ke dalam negara yang disyaki boleh menyebarkan virus penyakit ke dalam negara.

3. Menjaga kebersihan diri dan menguatkan sistem daya pertahanan badan (antibodi).

Sistem daya tahan badan/antibodi berfungsi untuk melawan penyakit dan melindungi tubuh serta mempercepatkan proses pemulihan. Ianya boleh dikuatkan dengan senaman, pemakanan yang sihat, makan buah-buahan, mengambil vitamin C, tidak merokok, mengelak daripada stress, mengambil vaksin, memakan madu dan sayur-sayuran, cukup rehat dan tidur.

Kata pepatah menyebut;
 الوِقَايَةُ خَيْرٌ مِنَ العِلَاجِ
`Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. '

4. Berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah

Setiap manusia pasti akan mati, walaupun berada di dalam kubu yang paling kukuh, ajal tetap akan sampai. Justeru di samping redha dengan takdir, kita hendaklah bersangka baik kepada Allah dan berfikiran positif.

Selagi masih bernafas, jangan putus asa dan tetap yakin akan sembuh, percaya dan teruskan berusaha menunaikan kewajipan yang perlu.

Imam Malik RA (wafat 179 H) tetap mengajar dalam keadaan darah mengalir di kakinya. Imam Ibn Taimiyyah tetap menulis dan beribadah walaupun di penjara. Syed Qutb dan Hamka menulis tafsir walaupun dalam penjara.

Diriwayatkan Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا

`Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.”

[HR. Ahmad dan Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

5. Membaca zikir-zikir dan doa perlindungan dengan penuh harap kepada Allah

Di dalam hadith yang sahih terdapat zikir yang sesuai untuk dibaca bagi memohon perlindungan daripada penyakit dan musibah wabak.

Antaranya membaca doa zikir berikut pada waktu pagi dan petang;

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
`Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' [HR. Abu Daud]

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [HR. Muslim]

6. Merayu dan menuntut kerajaan mengambil tindakan yang terbaik dan paling bermanfaat kepada kebajikan dan keselamatan rakyat.

Kaedah fiqh menyebut

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Polisi pemerintah adalah berdasarkan kepada kemaslahatan rakyat.” [Al-Asybah wa al-Nazair]

Kerajaan adalah diseru dan disaran mengenepikan unsur politik dan mengutamakan kebajikan rakyat sebagai kewajipan mereka dengan mengambil langkah pencegahan dan mengusahakan rawatan yang terbaik untuk rakyat.

7. Rakyat dan masyarakat perlu saling bantu membantu dan bertaqwa kepada Allah supaya musibah dan wabak ini akan diangkat oleh Allah.

Para salaf menyebut;

ما نزل البلاء إلا بذنب وما رفع إلا بتوبة
“Tidaklah turun musibah melainkan kerana dosa, dan tidaklah ia akan terangkat kecuali dengan bertaubat.”

Orang ramai boleh membantu dengan memastikan anak-anak memakai topeng penutup muka ke sekolah, menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-merata, mencuci tangan, menutup muka ketika bersin, menjauhkan diri daripada tempat sesak, memberi laluan kepada ambulan, tidak merokok dan menghentikan kegiatan tidak bermoral dan maksiat.

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)” (Asy Syura: 30).

Kepada Allah, kita berserah dan mengadu!

Sumber: Emran Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2020/01/corona-virus-malaysia-tiada-rancangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

Coronavirus Kerajaan Harus Sekat Kemasukan Pelancong China Noraini Ahmad

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 363 hits
Wanita UMNO Malaysia mendesak kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan untuk segera menghalang kemasukan Pelancong China khususnya dari Wuhan bagi membendung penularan wabak coronavirus Jelas ketuanya Datuk Dr Noraini Ahmad Kerajaan seharusn...
Koronavirus Tiada Rancangan Untuk Larang Pelancong China Masuk Malaysia Tetapi Perlu Jalani Saringan Ketat Pm

Koronavirus Tiada Rancangan Untuk Larang Pelancong China Masuk Malaysia Tetapi Perlu Jalani Saringan Ketat Pm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 436 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan China Buat masa sekarang kerajaan hanya akan menjalankan...
Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 355 hits
Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KETUA PEMBANGKANGADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu seka...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 535 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
Koronavirus Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelancong China

Koronavirus Tiada Rancangan Larang Kemasukan Pelancong China

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR 25 JAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan China Buat masa sekarang kerajaan ha...
Coronavirus Polis Tahan Semula Pelancong China Elak Kuarantin

Coronavirus Polis Tahan Semula Pelancong China Elak Kuarantin

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 542 hits
Kanak kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di sini sudah ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai 9 20 malam tadi Ketua Polis Johor Datuk Kama...
Tiada Pelancong Wuhan China Ke Malaysia Sejak 23 Januari

Tiada Pelancong Wuhan China Ke Malaysia Sejak 23 Januari

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 361 hits
Sepang Tidak ada pelancong dari Wuhan China yang masuk ke Malaysia sejak 23 Jan lepas kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Beliau berkata pada tarikh yang sama pihak berkuasa China mengisytiharkan lockdown dan menghalang pen...
Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 538 hits
Sumber gambar dari detikNewsNampaknya penularan virus ini begitu cepat sekali dalam masa 24 jam Malaysia telah terima seorang lagi pesakit yang positif dengan virus ini Bukan Malaysia sahaja Singapura juga turut meningkat Namun setakat ini ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025