Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir


Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan, China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Untuk tujuan itu, beliau berkata kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar akan memulakan rundingan secepat mungkin dengan kerajaan China.
“Mereka (rakyat Malaysia) sekarang tidak boleh keluar dari Wuhan tetapi kita ingin runding dengan kerajaan China supaya rakyat Malaysia yang tidak sakit boleh balik ke Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet, di sini hari ini.
Menurut Dr Mahathir, terdapat 78 rakyat Malaysia di Wuhan ketika ini.
Jika dibenarkan pulang oleh kerajaan China, rakyat Malaysia berkenaan akan dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak dijangkiti koronavirus, sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, katanya.
“Mereka akan tertakluk kepada 14 hari kuarantin bagi menentukan mereka tidak menghidap jangkitan virus tersebut ” kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia juga ingin menghantar barangan bantuan berupa makanan, penutup hidung dan mulut serta sarung tangan ke Wuhan.
Katanya ini berikutan terdapat laporan bahawa rakyat Malaysia mempunyai bekalan makanan yang mencukupi hanya untuk empat hari sahaja.
“Kita berminat juga untuk bantu Wuhan, jadi kalau kita terpaksa hantar kapal terbang untuk ambil balik rakyat kita, kalau dibenar oleh kerajaan China, kita akan bawa makanan, sarung tangan dan penutup hidung dan mulut kalau kita ada, sebab di sana pun dah kekurangan bekalan,” jelasnya.
Ditanya secepat mana rakyat Malaysia di Wuhan boleh dibawa pulang, Dr Mahathair berkata ini bergantung kepada kebenaran daripada kerajaan China.
” Kerana Jepun telah membawa pulang rakyatnya dengan kebenaran kerajaan China” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata Malaysia akan meneruskan larangan kemasukan ke atas pelawat dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei ke Malaysia sama ada terbukti sakit ataupun tidak.
” Kalau mereka dari Wuhan dan Hubei, mereka tidak dibenarkan masuk Malaysia tetapi pelawat dari tempat lain dibenarkan masuk,” katanya.
Ditanya sama ada perlu dipasang mesin pengimbas suhu di pintu pelepasan, Dr Mahathir berkata kerajaan hanya bimbang terhadap orang yang memasuki Malaysia.
“Kita hendak mencegah orang yang sakit daripada masuk, jika mereka hendak keluar kita tidak periksa mereka,”katanya.
Ditanya mengenai keadaan tujuh warga China yang didapati positif dengan coronavirus, Dr Mahathir berkata setakat ini gejala penyakit itu tidak memburuk.
“Keadaan mereka tidak memburuk, mereka masih berada di hospital dan akan tinggal beberapa hari lagi. Setakat ini gejala itu tidak semakin buruk,” katanya.
Dalam masa sama, Dr Mahathir kesal dengan larangan yang dikenakan ke atas pelawat asing bukan Islam untuk memasuki masjid di negara ini susulan kebimbangan terhadap jangkitan koronavirus.
“Ini bukan dasar kerajaan. Kerajaan tidak isytihar muzium, masjid tidak boleh dilawati kerana kononnya pelancong dari China mungkin bawa penyakit ke tempat ini,” katanya.
Perdana Menteri turut menyelar tindakan sesetengah pihak menyebarkan berita palsu mengenai jangkitan koronavirus bagi menakut-nakutkan orang ramai serta mencetuskan perasaan benci antara kaum.
“Kebebasan akhbar terus kekal di negara ini tetapi menyebarkan berita palsu, menyatakan perkata dusta, semua perkara ini untuk menimbulkan masalah di Malaysia tidak akan diterima dan kami akan mengambil tindakan terhadap mereka, “katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Kerajaan sedia bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan – PM Mahathir appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kerajaan-sedia-bawa-pulang-rakyat-malaysia-di-wuhan-pm-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 393 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR 30 Jan Kedutaan Besar Malaysia di China sedang mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya dalam usaha membawa pulang mereka yang berada di kawasan terjejas ekoran penularan ...
Malaysia Sedia Bawa Pulang Warga Di Wuhan

Malaysia Sedia Bawa Pulang Warga Di Wuhan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 207 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang terperangkap di Wuhan China kerana penularan wabak koronovirus kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Pada sidang media selepas mesyuarat kabinet siang tadi Dr Mahathir memberitahu Kemen...
China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 212 hits
MALAYSIAKINI Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah Malah Kementerian Perta...
Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 252 hits
PUTRAJAYA 30 Jan Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei China diaktifkan hari ini susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan kata Menteri Kesihat...
Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia pasangan dan anak anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019 berlepas ke China petang tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

Koronavirus Seorang Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Wuhan Ditahan Di Hkl

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 440 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ah...
Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 320 hits
Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KETUA PEMBANGKANGADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu seka...
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 474 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Prm Denies Being Sponsored To Split Malay Vote In Kkb