Elak Koronavirus Utamakan Rakyat Malaysia Ph Perlu Sekat Semua Warga China




Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa UMNO konsisten mahu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggantungkan pengecualian visa dan ‘Visa on Arrival’ untuk semua warga China buat sementara waktu.
Katanya, bukan hanya untuk penduduk Wuhan dan Hubei sahaja sebagaimana Kerajaan PH umumkan kerana kebarangkalian wabak koronavirus sudah tersebar ke luar dari Wuhan dan Wilayah Hubei China itu ada.
“Datuk Bandar Wuhan China mengakui bahawa lima juta penduduk Wuhan telah berjaya keluar dari bandar itu sebelum sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China bermula 26 Januari 2020.
“Kita bimbang jika wabak telah tersebar luas. Ini sangat penting untuk dilakukan malah kita berkeyakinan bahawa hubungan diplomatik Malaysia-China tidak akan terjejas jika langkah ini diambil Malaysia.
“Keutamaan UMNO adalah rakyat. Oleh itu, mestilah keselamatan rakyat sendiri diutamakan melebihi daripada perkara lain. Jadi tiada makna sektor pelancongan berkembang namun rakyat menjadi korban,” katanya dalam kenyataan sebagai maklumbalas terhadap tindakan PH semalam yang hanya mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei sahaja.
Tegas Dr Shamsul Anuar, apapun akhirnya Kerajaan PH dengar apa rakyat kata walaupun belum melaksanakan sepenuhnya.
“Pimpinan PH perlu sedar zaman kerajaan lebih bijak daripada rakyat sudah berlalu kerana banyak perkara adakalanya rakyat lebih tahu daripada kerajaan. Ini kerana dunia sudah dihujung jari.
“Dalam pada itu, kita juga mengesa Kerajaan PH segera membawa pulang jika terdapat rakyat Malaysia di kawasan berisiko tinggi wabak ini di China.
“Kerajaan PH diharap bersikap positif dan berlapang dada apabila pelbagai pihak terutama rakyat mengkritik atau menegur pimpinan Kerajaan PH dalam isu ini kerana paling penting yang mereka mahu ialah Kerajaan PH mengutamakan rakyat sendiri.”
Katanya, adalah sangat tidak elok apabila ada pimpinan Kerajaan PH seperti Khalid Samad merendahkan pandangan dan kritikan rakyat.
“Rakyat berhak bersuara mempertahankan kepentingan mereka. Bagaimanapun disituasi begini pelbagai pihak diharap tidak menyebarkan perkara tidak benar mengenai wabak koronavirus,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/28/elak-koronavirus-utamakan-rakyat-malaysia-ph-perlu-sekat-semua-warga-china/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 468 hits
Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KETUA PEMBANGKANGADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu seka...
Duta China Ke Malaysia Kecewa Negeri Sabah Sekat Kemasukan Rakyat China

Duta China Ke Malaysia Kecewa Negeri Sabah Sekat Kemasukan Rakyat China

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 373 hits
Negeri Sabah sebelum ini menjadi satu satunya negeri dalam Malaysia yang telah membuat keputusan untuk sekat kemasukan pelancong dari China ke negeri itu dengan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sa...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 867 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

Koronavirus Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Kunjungi Wuhan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 519 hits
PUTRAJAYA 23 JAN Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan tidak penting ke Wuhan China serta lain lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan koronavirus Wisma Putra dalam satu kenyataan b...
Kkm Sahkan 3 Lagi Warga China Positif Koronavirus Di Malaysia

Kkm Sahkan 3 Lagi Warga China Positif Koronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 553 hits
Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi...
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 517 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Rusia Sekat Kemasukan Pelancong China Elak Rakyatnya Dijangkiti Koronavirus

Rusia Sekat Kemasukan Pelancong China Elak Rakyatnya Dijangkiti Koronavirus

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 963 hits
The ReporterPenerbangan ke Moscow dari Wuhan China telah disekat buat sementara waktu kerana bimbang dengan penularan wabak Koronavirus Sebelum penggantungan itu lapangan terbang di Rusia mengambil langkah berjaga jaga dengan menyaring semu...
3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 628 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiga warga China yang memasuki negara ini disahkan positif koronavirus Menteri Dzulkefly Ahmad berkata tiga warga China itu masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru itu merupakan ahli keluarga terdeka...
Malaysia Tak Sekat Makanan Import Dari China Salahuddin

Malaysia Tak Sekat Makanan Import Dari China Salahuddin

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 341 hits
Maqis tetap periksa secara berkata makanan dari negara Tanah Besar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub MARANG Tiada sekatan ke atas pengimportan makanan dari China setakat ini meskipun Pertubuhan Kesihatan Se...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Abbott Big Caring Group Lancarkan Program Kesedaran Influenza Di Seluruh Negara

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

Wabak Maut Menular Di Israel 8 Kematian Dan Hampir 5000 Kes

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Perancah

Kenapa Setiap Isnin Rasa Tak Bermaya Nak Ke Ofis

Ultimate Italian Beef Recipe Slow Cooker Food Network

Menutup Aurat Dan Didikan Awal Kepada Anak Perempuan

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Tahniah Pengurusi Pn Perlis