China Tak Benar Malaysia Guna Pesawat Tentera Bawa Pulang Rakyat


MALAYSIAKINI



Pesawat tentera Malaysia tidak dibenarkan masuk ke China untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah Hubei yang dilanda wabak koronavirus, kata Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah.

"Malah, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menawarkan untuk menggunakan pesawat mereka lebih awal tetapi China hanya membenarkan penggunaan penerbangan komersial," katanya kepada media pada majlis Tahun Baru Cina di Kuantan, Pahang, semalam.

Oleh itu, beliau berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membawa pulang 80 rakyat Malaysia menggunakan penerbangan komersial secepat mungkin.

Beliau berkata Nadma bersedia untuk misi itu dijangka boleh dilakukan dalam masa dua hingga tiga hari.

"Pesawat itu juga akan membawa pegawai perubatan. Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan (di China) dan mereka akan diperiksa sekali lagi apabila tiba di Malaysia.

"Mereka mungkin dikuarantin untuk seketika sebelum dilepaskan," katanya.

Beliau menjangkakan China akan bekerjasama dengan Malaysia kerana kerjasama serupa diperluaskan ke negara lain, termasuk Jepun.

Sebagai tanda solidariti kepada China, tambahnya, Malaysia akan menghantar bantuan 10 juta sarung tangan getah yang diperlukan petugas perubatan di sana.

Bagaimanapun, kata Saifuddin, Putrajaya tidak akan memberi topeng perubatan kerana Malaysia sendiri kini menghadapi kekurangan bekalan.

Terdapat 35,000 rakyat Malaysia di China di mana 25,000 daripadanya tinggal di Hong Kong, 2,500 daripadanya di Beijing manakala hanya 115 tinggal di Hubei.

Memandangkan beberapa rakyat Malaysia masih belum kembali ke Hubei, beliau berkata hanya 80 rakyat Malaysia yang terperangkap di wilayah itu.

Daripada 80 rakyat Malaysia yang dikenal pasti oleh kerajaan, sembilan adalah pelajar manakala 11 adalah pasangan China kepada warga Malaysia manakala yang lain adalah warga Afrika Selatan yang berkahwin dengan warga Malaysia.

Pada 29 Jan, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, kabinet membuat keputusan untuk membawa balik rakyatnya dari Hubei.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah membunuh 212 orang di China sebagai kecemasan global, kerana kes merebak ke sekurang-kurangnya 18 negara.

Terdapat lapan kes koronavirus di Malaysia ketika ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/china-tak-benar-malaysia-guna-pesawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Berlepas Ke China Tpm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR 3 FEB Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia pasangan dan anak anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019 berlepas ke China petang tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ...
Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Sekat Masuk Semua Pelancong China Bawa Pulang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 497 hits
Oleh DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KETUA PEMBANGKANGADAKAH kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini Walaupun kerajaan akhirnya akur dengan tekanan rakyat yang mahu seka...
Misi Bawa Pulang Warga Malaysia Dari China Berjaya

Misi Bawa Pulang Warga Malaysia Dari China Berjaya

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 659 hits
Meskipun pembangkang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan tidak bertanggungjawab kerana tidak menyekat rakyat China daripada memasuki Malaysia namun semalam kerajaan membuktikan tanggungjawab besarnya membantu membawa keluar rakyat Malaysia ya...
Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

Tiada Yang Tercicir Dalam Usaha Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 630 hits
KUALA LUMPUR 30 Jan Kedutaan Besar Malaysia di China sedang mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di bandar Wuhan dan kawasan sekitarnya dalam usaha membawa pulang mereka yang berada di kawasan terjejas ekoran penularan ...
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malaysia Sedia Bawa Pulang 78 Rakyat Kita Di Wuhan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 644 hits
PUTRAJAYA Kerajaan bersedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan China dalam tempoh segera kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata Kementerian Luar sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan China unt...
Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

Jawatankuasa Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Hubei Diaktifkan

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 380 hits
PUTRAJAYA 30 Jan Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei China diaktifkan hari ini susulan penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di wilayah berkenaan kata Menteri Kesihat...
Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

Kerajaan Sedia Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 418 hits
Malaysia bersedia membawa pulang rakyatnya yang kini berada di Wuhan China berikutan wabak 2019 novel koronavirus jika dibenarkan kerajaan negara itu kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Untuk tujuan itu beliau berkata kerajaan Mala...
40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 590 hits
Kira kira 40 pelajar yang rata ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan kluster 2019 novel koronavirus di China Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah me...
Kira Kira 40 Pelajar Malaysia Di China Telah Pulang

Kira Kira 40 Pelajar Malaysia Di China Telah Pulang

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 359 hits
Kira kira 40 pelajar Malaysia di China telah pulang nbsp Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 31 Jan 2020 11 29P
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu

Tiada Bunga Api Tahun Baru Di Indonesia Kerana Negara Meratapi Mangsa Banjir Di Sumatra

Inilah Kasut Sekolah Paling Inovatif Buatan Malaysia Terbina Ruang Gps