Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
4 September 2025, Mahkamah Tinggi telak menolak permohonan DS Najib untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas mantan Peguam Negara yang kini adalah Hakim Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin.
Hakim perbicaraan, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan DS Najib selepas mendapati bekas Perdana Menteri itu gagal membuktikan kes prima facie bagi kebenaran komital.
Menurut Yee Ching, Ahmad Terrirudin tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk sama ada mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum pada peringkat permohonan kebenaran.
“Permohonan kebenaran untuk mendapatkan perintah komital dalam Lampiran 130 dengan ini ditolak.”
“Mahkamah berpendapat bahawa kebenaran tidak sepatutnya diberikan kepada Najib berdasarkan beberapa alasan.”
“Kesan daripada prosiding menghina mahkamah adalah serius.”
“Mahkamah akan berhati-hati untuk tidak bertindak hanya berdasarkan kepada andaian.”
“Perbuatan menghina mahkamah seperti yang didakwa ialah arahan diberikan oleh Ahmad Terrirudin untuk mengemukakan hujahan palsu dan menafikan kewujudan Titah Adendum.”
“Tanpa keterangan jelas yang menunjukkan bahawa responden secara peribadi melakukan seperti yang didakwa.”
“Dan mengambil kira peranan Jabatan Peguam Negara dalam permohonan kebenaran, dakwaan itu hanyalah spekulasi semata-mata.”
“Titah Adendum hanya dimohon untuk dikemukakan ketika prosiding kebenaran di Mahkamah Rayuan.”
“Selepas dibenarkan, pemohon kini berhujah ia memang wujud dan responden telah mengetahuinya sejak awal lagi, oleh itu beliau mesti dipertanggungjawabkan.”
“Mahkamah selanjutnya mendapati bahawa permohonan komital difailkan terlalu lewat dan kelewatan adalah sangat memudaratkan.”
“Permohonan kebenaran ini hanya difailkan pada Mei 2025.”
“Hampir setahun selepas Jabatan Peguam Negara membangkitkan bantahan terhadap semakan kehakiman pemohon pada April 2024.”
“Tempoh kelewatan yang ketara itu telah melemahkan permohonan kebenaran dan tidak mewajarkan remedi luar biasa dalam bentuk perintah komital,” hujah Yee Ching.
Bukan Mempertikaikan Penghakiman Mahkamah Tetapi Sekadar Cuba Untuk Memahami
Sebelum penulis memberikan beberapa ulasan, penulis ingin membuat disclaimer bahawa artikel ini bukan untuk menghina atau mempertikaikan keputusan mahkamah.
Penulis menghormati keputusan mahkamah dan apa yang ditulis hanyalah ulasan dan pendapat peribadi.
3 fakta penting yang menjadi penghujahan kehakiman oleh hakim Yee Ching.
Pertama, Ahmad Terrirudin tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan keterangan sama ada perintah tersebut wujud atau tidak.
Bukankah titah tersebut dialamatkan terus kepada penerima yang memegang jawatan Peguam Negara ketika itu?
Siapakah Peguam Negara ketika itu kalau bukan Ahmad Terrirudin.
Kalau beliau tidak boleh dipertanggungjawab untuk memberi keterangan, siapa yang boleh dipertanggungjawabkan?
Kedua, tiada bukti bahawa Ahmad Terrirudin mengarahkan supaya pihak AGC memberikan hujah palsu ketika perbicaraan di mahkamah.
Inilah sebab kenapa permohonan DS Najib mesti dibenarkan supaya peguam yang berhujah boleh disepina untuk ditanya mengapa memberi keterangan palsu.
Dan atas arahan siapa?
Ketiga, permohonan DS Najib terlalu lambat, melebihi tempoh setahun.
November 2024, Mahkamah Tinggi membuat keputusan titah tersebut hanya hearsay.
Hanya pada Ogos 2025, Mahkamah Persekutuan mengesahkan kewujudan titah adendum.
Kalau permohonan diambil kira selepas keputusan Mahkamah Tinggi, sudah tentu mahkamah akan rujuk keputusan Mahkamah Tinggi.
Permohonan difailkan hanya selepas mahkamah tertinggi negara mengabsahkan kewujudan titah tersebut.
Dan pengabsahan itu hanya berlaku pada Ogos 2025, kalender mana yang diguna pakai?
Teringat pesanan orang tua kita, jangan cuba ditegakkan benang yang basah dan bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan tudung saji.
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
Di Syorkan Untuk Anda:
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Layari Laman Facebook:
mykmu.net
The post Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2025/09/08/sekali-lagi-ahmad-terrirudin-terlepas/