Dokumen Sulit Tabung Haji Rm18 Juta Yb Ahmad Marzuk Berbohong



















Siang tadi saya berkesempatan mengiringi sahabat saya, YB Dr. Taufiq Johari, dalam satu pertemuan Friends of Ministry (FOM) bersama ahli parlimen dan pengurusan kanan TH, termasuk Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Turut hadir, YB Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Na’im Mokhtar.


Pertemuan ini diadakan supaya maklumat yang diterima ahli Parlimen FOM adalah maklumat first hand bukan lagi sumber sekunder atau cerita politik jalanan.


Apabila Tan Sri Abdul Rashid Hussain ditanya mengenai dakwaan “dokumen sulit RM18 juta” yang dicanang YB Pengkalan Chepa, beliau menafikan dengan tegas. Jelas beliau, projek penjenamaan TH hanyalah bernilai RM5.9 juta untuk tempoh 3 tahun, tidak lebih.


Siapa tidak kenal Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mantan pengasas RHB Bank, insan yang membina Masjid Sri Sendayan yang indah dan besar. Selama ini beliau kita tatang dan junjung sebagai orang Melayu Islam yang hebat. Tetapi hari ini, tiba-tiba beliau dianggap tidak berguna? Antara Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ahmad Marzuk, siapa sebenarnya yang wajar kita percaya?


Menyentuh isu rundingan terus, beliau menjawab tuntas: “Ini tiada kena mengena dengan YB Menteri. Ia keputusan anggota Lembaga TH. Saya dipilih kerana profesionalisme, dan saya bekerja secara profesional. Ia soal kompetensi syarikat konsortium yang dipilih.”


Saudara, kami ditunjukkan 4 syarikat konsortium tersebut. Klien mereka bukan calang-calang, Mercedes-Benz, Zurich, Citibank, CIMB, PIDM dan banyak lagi. Mereka berpengalaman luas dalam penjenamaan korporat. Ini bukan soal bangsa pemilik syarikat, tetapi soal kemampuan sebenar.


Ingat, ini bukan projek cuba-cuba. Ia perlukan keberkesanan. Bukan masanya TH menguji syarikat yang “boleh buat atau tidak”. Masa dan wang akan dibazirkan, dan akhirnya kita tidak mahu ia menjadi projek gajah putih yang merugikan sehingga wang pendeposit lenyap begitu sahaja.


Kita kena faham, penjenamaan semula ini bukan sekadar tukar logo atau cat papan tanda. TH adalah salah sebuah Government Linked Investment Company (GLIC) utama negara. Syarikat yang mengurus projek ini mesti ada kapasiti penuh dan kepakaran terbukti. Mereka menguruskan dana pendeposit sebanyak RM 93.81 bilion. Ingat, bilion bukan RM 93 sahaja.


Kenapa TH perlu penjenamaan semula?


1. Ramai hanya nampak TH sebagai pengendali ibadat haji, seolah-olah agensi pelancongan. Hakikatnya, TH adalah GLIC seperti PNB, Petronas dan KWSP berperanan besar mengurus dan mengembangkan wang pendeposit. Mereka juga punya tanggungjawab supaya pendeposit dapat pulangan keuntungan yang tinggi serta mampu menanggung 55% kos Haji buat B40.


2. Dalam 3 tahun terakhir, RM2 bilion telah dikeluarkan pendeposit dari TH dan dilaburkan ke tempat lain. Dari 55,000 tawaran menunaikan haji setahun, 50% ditolak kerana pendeposit tiada simpanan mencukupi.


3. Penjenamaan ini penting agar TH dilihat sebagai institusi simpanan kompetitif, lebih diyakini berbanding platform pelaburan lain. TH tidak boleh kekal dengan mentaliti business as usual.
 
4. 51% populasi umat Islam di Malaysia adalah pendeposit TH. Ini bukti kepercayaan yang wajib dipertahankan dan diperkukuh.


Pesanan buat YB Ahmad Marzuk


Saudara, jangan jadikan TH modal politik murahan untuk menyambung hayat peribadi. TH adalah amanah umat. Jangan sampai kerana kerakusan politik, institusi besar ini hilang keyakinan rakyat.


Mungkin kesannya bukan hari ini. Tetapi jika kepercayaan rakyat runtuh, luka itu akan parah.


Semoga Allah SWT memberi panduan dalam mempertahankan legasi Tabung Haji.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/08/dokumen-sulit-tabung-haji-th-rm18-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Rm68 Juta Di Depan Mata Tak Nampak Rm6 Juta Di Seberang Nampak

Tabung Haji Rm68 Juta Di Depan Mata Tak Nampak Rm6 Juta Di Seberang Nampak

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 454 hits
Adrian Lim Chee AnnNilai kontrak Tabung Haji yang diberi kepada syarikat bukan BumiputeraPN RM68 20 JUTA PH RM6 JUTA Ini fakta PH tak sangkal bahagian PH PN pun tak sangkal bahagian PN Yang disangkal oleh PN cuma cara RM68 juta yang dikelua...
Is Pas Cooking Up A Storm By Ridiculing Non Muslim Pr Firm Undertaking Tabung Haji S Re Branding Exercise

Is Pas Cooking Up A Storm By Ridiculing Non Muslim Pr Firm Undertaking Tabung Haji S Re Branding Exercise

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 200 hits
PAS is at odds with Tabung Haji s re branding campaign following the awarding of the project via direct negotiations which is not only in contravention with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s decree that such practices are forbidden ...
Ada Kempen Hasut Pendeposit Tutup Akaun Tabung Haji

Ada Kempen Hasut Pendeposit Tutup Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 166 hits
Kerajaan siasat kempen hasut pendeposit tutup akaun Tabung HajiMalaysiakiniKerajaan sedang menimbang tindakan terhadap individu yang didakwa cuba menghasut pendeposit Tabung Haji supaya menutup akaun mereka di institusi itu Menteri di Jabat...
Penjenamaan Tabung Haji Cetus Polemik Kaum

Penjenamaan Tabung Haji Cetus Polemik Kaum

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 140 hits
Zikri KamarulzamanUsaha penjenamaan semula oleh Tabung Haji mencetuskan polemik dalam ketegangan kaum susulan dakwaan bahawa syarikat bukan Islam telah dilantik PAS menggunakan isu ini untuk menggambarkan seolah olah dana yang simpanan umat...
Tabung Haji Denies Rm20mil Rebranding Claim Clarifies Actual Cost

Tabung Haji Denies Rm20mil Rebranding Claim Clarifies Actual Cost

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 191 hits
LEMBAGA Tabung Haji has denied allegations that it spent RM20mil on a rebranding exercise calling the claim untrue and slanderous In a statement TH said the actual budget allocation for the brand rejuvenation process is RM2mil per year over...
Drama Di Parlimen Kontrak Tabung Haji

Drama Di Parlimen Kontrak Tabung Haji

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 292 hits
Drama Kontrak Tabung Haji di Parlimen Sidang Dewan Rakyat hari ini sekali lagi jadi panas apabila Ahmad Marzuk Shaary berentap dengan Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke 13 Isunya ringkas saja...
Tabung Haji Buat Laporan Polis Skmm Berhubung Video Hasutan

Tabung Haji Buat Laporan Polis Skmm Berhubung Video Hasutan

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia susulan penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH M...
Hael Husaini Feat Nadeera Peluk Chord

Salam Kemerdekaan Ke 68 Cuti Panjang Atau Kerja

Cipta Bebola Kentang Inti Ayam Yang Menggoda Lebih Power Dari Menu Restoran Segera

Nabila Maharani Amanah Cinta Chord

Contoh Sambutan Pernikahan Mewakili Keluarga Yang Singkat Tapi Bermakna

Suara Hak Setiap Insan

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Mata Syukur Ibu Bapa Anak Orang Asli Pertama Bergelar Hafiz 30 Juzuk

Filem Abah Saya Uncle Mike

Selamat Datang September Lembaran Baru Dalam Diam

September Datang Lagi

Clear Mission Statement For Business

Mbsb Bank Lakar Sejarah Dengan Kerjasama Wise Perkenalkan Easy Transfer