Kekecohan Bersatu Tunjuk Ada Yang Tak Beres Antara Muhyiddin Hamzah


 


KEKECOHAN BERSATU TUNJUK ADA YANG TAK BERES ANTARA MUHYIDDIN, HAMZAH


7 September 2025


Kekecohan yang berlaku ketika majlis perasmian PAT Bersatu malam ini menunjukkan masih ada yang tidak beres dalam kepimpinan parti itu.


Kekecohan dilaporkan tercetus ketika Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan perasmian dengan membangkitkan ada usaha mengutip tandatangan untuk menjatuhkannya.

“Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan presiden.


“Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti,” kata Muhyiddin.


Sebaik beliau membangkitkan perkara berkenaan, tiba-tiba difahamkan terdapat hadirin yang melaungkan: “Turun Tan Sri”.


Laungan itu membangkitkan kemarahan perwakilan lain yang bangun mempertahankan Muhyiddin dengan membalas:  “Hidup Tan Sri”.


Suasana kecoh i tu  berlanjutan dan hadirin kelihatan terus bertegang leher sehingga mendorong petugas keselamatan terpaksa campur tangan dan cuba meleraikan keadaan.


Hadirin juga diperhatikan seakan tidak mempedulikan lagi ucapan Muhyiddin dan lebih terarah kepada kekecohan tersebut.


Bahkan usaha Pengerusi Tetap, Mohd Suhaimi Abdullah cuba meredakan ketegangan juga tidak dihiraukan perwakilan.


Berdasarkan apa yang berlaku, adalah jelas kekecohan disebabkan kerana ada yang menolak Muhyiddin dan ada yang ingin mempertahankannya.


Kejadian ini berlaku tidak sampai setahun selepas Bersatu mengadakan pemilihan pada November 2024 yang menyaksikan Muhyiddin kekal sebagai Presiden dan Hamzah Zainuddin dipilih sebagai Timbalan Presiden.


Ini memperlihatkan pemilihan kedua-dua pemimpin dengan kemenangan tanpa bertanding masih tidak menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu.


Seharusnya, dengan hanya sekitar masa dua tahun saja lagi sebelum PRU16 bakal diadakan, isu kepimpinan dalam Bersatu tidak lagi berbangkit dan menjadi isu.


Ketika ini, Bersatu sebagai komponen utama PN yang turut dianggotai PAS, Gerakan, MIPP dan sedang berusaha merangkul kekuatan bersama 12 parti-parti lain yang sedia bersama mereka, sepatutnya parti itu sentiasa dalam keadaan “solid” dan diyakini rakyat.


Dalam hal ini, adalah wajar Bersatu segera mencari penyelesaikan terkait kekecohan yang timbul jika tidak mahu keyakinan rakyat lebur begitu saja.


Sebagaimana pelaburan asing berbilion ringgit yang sering digambarkan sebagai berpotensi menjana pendapatan negara, PN juga sebenarnya ada potensi mengetuai kerajaan selepas PRU16 akan datang.


Berikutan pelbagai isu yang timbul, sokongan pengundi Melayu masih kekal kepada PN sebagaimana mereka raih pada PRU15 lalu, manakala kedudukan PKR hanya bergantung kepada kerja rajin Anwar Ibrahim seorang diri saja.


Pemimpin lain dalam PKR boleh dikata tidak kelibatan membantu dan sesetengahnya sudah mula menjadi beban kepada parti.


Rafizi Ramli pula, sejak tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, secara konsisten mendedahkan kelemahan kerajaan dan menghakis keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri.


Penyokong Rafizi sama ada dalam PKR atau tidak berparti, barangkali kali ini tidak lagi mengundi PH.


Dengan UMNO juga banyak masalah dalaman dan Amanah sekadar penumpang, hanya DAP yang dikira konsiten disenangi pengundi Cina.


Maka itu, potensi PN mengambil alih kerajaan selepas PRU16 akan datang memang tidak dinafikan memiliki kelebihan.


Buktinya lihat saja berapa ramai yang hadir dalam Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai lalu.


PN hanya memerlukan tambahan sedikit sokongan saja lagi dan kedatangan 12 parti lain bergabung bersamanya sudah tentu sedikit sebanyak membantu kekuatannya.


Cumanya, jika kekecohan seperti malam tadi tidak segera diselesaikan dan berterusan sehingga ke hari pemgundian PRU16, payahlah pengundi mahu menjadikan PN sebagai pilihan. – ShahbudinHusin 07Sept2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kekecohan-bersatu-tunjuk-ada-yang-tak-beres-antara-muhyiddin-hamzah/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/09/kekecohan-bersatu-tunjuk-ada-yang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Hamzah Dan Azmin Bersatu Teguh Bercerai Kahwin Lagi

Muhyiddin Hamzah Dan Azmin Bersatu Teguh Bercerai Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 672 hits
Mohsin AbdullahPenentangan terbuka terhadap presiden hanyalah permulaan kata penganalisis politik Tak kisahlah Hamzah Zainudin menolak keras dakwaan beliau cuba sabotaj Muhyiddin Yassin dengan ikrar saya penyokong nombor satu presiden Apa y...
Bersatu Names Muhyiddin As Pm Candidate

Bersatu Names Muhyiddin As Pm Candidate

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1127 hits
Delegates at the general assembly also unanimously resolved to support Muhyiddin as president says secretary general Azmin Ali Bersatu president Muhyiddin Yassin revealed last night that certain quarters in the party had been collecting sig...
No Camps Within Bersatu Says Muhyiddin After Uproar

No Camps Within Bersatu Says Muhyiddin After Uproar

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3348 hits
This follows a protest that erupted during his keynote speech last night at the party s annual general assembly Bersatu president Muhyiddin Yassin said he will get a complete picture of the incident from the security officers on duty before...
Ada Puak Mahu Perubahan Dalam Bersatu Muhyiddin Tak Solid

Ada Puak Mahu Perubahan Dalam Bersatu Muhyiddin Tak Solid

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 984 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Kekecohan pada Perhimpunan Agung Tahunan dengan desakan supaya Muhyiddin Yassin letak jawatan menunjukkan presiden Bersatu tidak mendapat sokongan penuh dan parti sedang menghadapi perpecahan kata penganalisis Maz...
Bersatu Drama Shows Muhyiddin Not Easily Shoved Offstage

Bersatu Drama Shows Muhyiddin Not Easily Shoved Offstage

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1473 hits
However an analyst warns that the open dissent seen at the weekend was only the beginning and things would get more ugly and more brutal to Muhyiddin Enough is enough I want to inform all of you that I am the president s number one supporte...
Muhyiddin For Pm Hold Your Horses Pas Leaders Tell Bersatu

Muhyiddin For Pm Hold Your Horses Pas Leaders Tell Bersatu

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4418 hits
Bersatu s endorsement of its president Muhyiddin Yassin as its candidate for the next prime minister appears to have hit a sore spot with fellow Perikatan Nasional coalition partner PAS Following Bersatu s move to back Muhyiddin PAS leaders...
Ada Perwakilan Bersatu Bangun Menjerit Semasa Sesi Muhyiddin Berucap

Ada Perwakilan Bersatu Bangun Menjerit Semasa Sesi Muhyiddin Berucap

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 1693 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian kekecohan yang meletus pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal semalam Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata pi...
Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3866 hits
ISKANDAR SHAH MOHAMEDKekecohan yang berlaku pada PAT kelapan Bersatu malam ini FOTO SYAKIR RADIN KOSMO SHAH ALAM Suasana Perhimpunan Agung Tahunan kelapan Bersatu 2025 di Pusat Konvensyen Ideal di sini kecoh apabila berlaku insiden provokas...
Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

Don T Be Trapped By Uncertainty Nostalgia Hamzah Tells Bersatu

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1928 hits
Bersatu deputy president Hamzah Zainudin says the party must chart its own course and not follow the rhythm set by others Bersatu deputy president Hamzah Zainudin said the party must step forward and determine the shape and direction of 21s...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah