Solat Sunat Gerhana Bulan Panduan Jakim Jabatan Mufti


Solat sunat khusuf atau gerhana bulan boleh dilakukan ketika berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di Malaysia atau juga dikenali sebagai Blood Moon dijangka akan berlaku pada 7-8 September 2025, sekitar jam 2.11 pagi, seperti yang diumumkan di portal rasmi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di mysa.gov.my. Waktu solat sunat khusuf bermula apabila berlaku keadaan gerhana, iaitu warna permukaan bulan akan berubah menjadi warna putih bersinar ke merah-merahan sebahagian atau keseluruhannya. Waktunya akan berkahir dengan hilangnya keadaan gerhana tersebut, iaitu warna permukaan bulan kembali kepada keadaan asal.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang fenomena ini dan panduan solat sunat khusuf / gerhana bulan untuk umat Islam.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 7-8 September 2025 Fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka berlaku mulai sekitar jam 11.28 malam (7 September) dan berakhir pada jam 4.55 pagi (8 September 2025) waktu tempatan.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh (Blood Moon), 7-8 Sept 2025 Fenomena ini berlaku apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan yang menyebabkan cahaya matahari terlindung oleh bumi dan tidak dapat sampai sepenuhnya ke bulan ketika bulan penuh.
Gerhana berlaku bukanlah kemurkaan Allah, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt.
Fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Fenomena Gerhana Bulan Penuh
Fenomena Gerhana Bulan Penuh Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Masyarakat di Malaysia boleh menyaksikan fenomena ini dengan mata kasar, dengan jelas selepas matahari terbenam.
Tarikh dan Waktu Gerhana Bulan 2025 di Malaysia Berikut adalah fasa-fasa gerhana yang dihitung di Kuala Lumpur, Malaysia mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM);
TARIKH: 7-8 September 2025 WAKTU: Penumbra Bermula : 11.28 malam, 7 Sept Gerhana Separa Bermula : 12.27 pagi, 8 Sept Gerhana Penuh Bermula : 1.30 pagi 8 Sept Puncak Gerhana : 2.11 pagi, 8 Sept Gerhana Penuh Berakhir : 2.52 pagi, 8 Sept Umbra Berakhir : 3.56 pagi, 8 Sept Penumbra Berakhir : 4.55 pagi, 8 Sept Fasa-fasa Gerhana Bulan Penuh BACA JUGA: Gerhana Bulan Penuh 7-8 September 2025 – Lokasi, Tarikh & Masa
Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) Apa Itu Solat Sunat Gerhana Bulan? Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf bagi bulan dan kusuf bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat ini boleh dilakukan di mana-mana sama ada di rumah, surau, masjid atau dimana sahaja anda berada.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.
Hukum Solat Sunat Gerhana Di dalam mazhab Syafie, mendirikan solat sunat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya.
Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
وَمِنْ أَيٰتِهِ الَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُۗ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلّٰهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.”
(Surah Fussilat: 37)
Waktu Solat Sunat Gerhana Bagi Solat Gerhana Bulan, waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari.
Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat.
Jumlah Rakaat Solat gerhana paling ringkas dilakukan dengan 2 rakaat, sama seperti solat sunat yang lain. Itu adalah cara paling minimum.
Cara yang lebih sempurna ialah setiap rakaat dibuat 2 kali rukuk dan 2 kali berdiri (qiyam), tetapi bacaannya tidak perlu dipanjangkan.
Jika mahu lebih afdal, solat tetap 2 rakaat dengan 2 kali rukuk dan 2 kali qiyam setiap rakaat, tetapi bacaan dalam kedua-dua rakaat dipanjangkan (baca surah lebih panjang atau perlahan-lahan).
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan i) Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (Bersendirian)
أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii) Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan (Berjemaah)
أُصَلّى سُنَّةُ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا/مَأْمُومًا للَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”

Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan / Infografik : JAKIM via Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Tatacara Solat Sunat Gerhana Menurut sumber oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka, solat sunat gerhana bulan boleh dilakukan dengan 3 cara :
Cara yang paling ringkas – iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat seperti mana-mana solat sunat Cara yang pertengahan (adna al-kamal) – iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat, 2 kali qiyam (berdiri) dan 2 kali ruku’ disertai dengan bacaan surah al-fatihah dan mana-mana surah pada setiap rakaat tanpa dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Cara yang paling sempurna (akmal) – iaitu ditunaikan seperti cara kedua dengan 2 rakaat, 2 kali qiyam dan 2 kali ruku’ disertai bacaan surah al-fatihah dan mana-mana surah pada setiap rakaat dengan memanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Rujuk panduan terperinci oleh Jabatan Mufti Melaka seperti dalam lampiran di bawah:
MUAT TURUN : https://tinyurl.com/SolatSunatKhusuf Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka Khutbah Solat Sunat Gerhana Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. Dalil dari Aisyah r.a. berkata, yang bermaksud:
Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia:
“Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari)
Amalan-amalan Sunat Ketika Gerhana Disunatkan ketika gerhana untuk memperbanyakkan doa berlindung dari azab kubur, takbir dan sedekah.
ANTARA HADIS BERKAITAN SOLAT GERHANA & AMALAN YANG DIANJURKAN:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ، فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ
مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا، ثُمَّ قَالَ: يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ! وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا!
Dari ‘Aisyah RA berkata: “Pada masa Rasulullah SAW, telah terjadi gerhana matahari. Kemudian Rasulullah SAW solat bersama masyarakat. Dalam solat, Nabi SAW berdiri dengan sangat lama.
Kemudian ruku’ yang sangat lama juga.
Kemudian baginda kembali berdiri lama, tapi lebih singkat dari berdiri yang pertama.
Lalu baginda ruku’ lagi dengan lama, tapi lebih singkat dari ruku’ yang pertama.
Setelah itu, Nabi sujud dengan sangat lama.
Baginda melakukan hal yang sama pada rakaat kedua.
Setelah solat, matahari telah kembali tampak jelas.
Setelah itu Nabi menyampaikan khutbah yang dimulai dengan memuji dan meuliakan Allah. Baginda pun bersabda: Matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Dua gerhana tersebut muncul bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihatnya, maka berzikirlah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah!
Nabi melanjutkan peringatannya: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina. Wahai umat Muhammad! Demi Allah, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis!” [riwayat al-Bukhariy].
Dalam riwayat lain: “Kemudian Nabi memerintahkan para sahabat untuk berlindung kepada Allah dari seksa kubur” [riwayat al-Bukhariy].
Dalam riwayat lain: “Jika kalian melihat gerhana, segeralah berzikir, berdoa, dan meminta pengampunan-Nya” [riwayat al-Bukhariy].
Dalam riwayat lain: “Nabi berdiri sangat lama kira-kira seperti membaca surah al-Baqarah” [riwayat al-Bukhariy].
Dalam riwayat lain: “Aisyah berkata: Aku belum pernah sujud dalam solat lebih lama dari ia (ketika solat gerhana bersama Nabi SAW)” [riwayat al-Bukhariy].
Muat Turun Panduan Solat Gerhana Bulan (PDF) 𝐌𝐮𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐧𝐚𝐭 𝐊𝐡𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐮𝐭𝐛𝐚𝐡 𝐆𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 : https://tinyurl.com/SolatSunatKhusuf
Panduan Solat Sunat GerhanaMuat Turun Rujukan:
#4858: Tatacara Solat Gerhana Bulan dan Matahari – zulkiflialbakri.comD Dr Kamilin Jamilin – Seni Hadith mysa.gov.my Soalan Lazim – Solat Sunat Gerhana Bulan 1. Apakah hukum solat sunat gerhana bulan? Solat ini adalah sunat muakkad (sangat digalakkan) untuk dilakukan oleh semua Muslim ketika berlaku gerhana bulan.
2. Berapakah jumlah rakaat solat gerhana bulan? Solat gerhana bulan dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan setiap rakaat mempunyai dua kali rukuk dan dua kali qiyam/qiam.
3. Bolehkah solat gerhana bulan dilakukan secara bersendirian? Boleh. Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berjemaah. Namun, lebih utama jika dilakukan secara berjemaah di masjid atau surau.
4. Bilakah waktu bermula dan tamat solat gerhana bulan? Solat boleh dilakukan sebaik sahaja gerhana bermula dan berakhir apabila gerhana selesai (bulan kembali terang).
5. Apakah niat solat sunat gerhana bulan? “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
6. Apakah khutbah selepas solat gerhana bulan wajib? Khutbah selepas solat sunat gerhana adalah sunat, bukan wajib. Namun sangat digalakkan jika solat dilakukan secara berjemaah.
7. Adakah bacaan surah dalam solat ini perlu dipanjangkan? Sebaiknya dipanjangkan bacaan surah selepas al-Fatihah, terutamanya jika dilakukan secara berjemaah, mengikut sunnah Nabi SAW.
8. Bagaimana solat sunat khusuf dilakukan? Rujuk panduan dan langkah-langkahnya seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA
Takbiratul Ihram
Membaca doa Iftitah
Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih
Duduk antara dua sujud
Sujud kembali
Berdiri untuk rakaat kedua

RAKAAT KEDUA
Membaca surah al-Fatihah
Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih
Duduk antara dua sujud
Sujud kembali
Membaca tasyahud akhir
Memberi salam

NOTA: Perlu difahami, perbezaan antara solat sunat gerhana dengan solat sunat biasa adalah solat sunat gerhana ini mempunyai 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat. Begitu juga, disunatkan untuk membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-gerhana-bulan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-gerhana-bulan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Cara Kaifiyat Solat Sunat Gerhana Bulan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3958 hits
Jangan lupa malam ini kita beramai ramai solat sunat gerhana bulan Jika mampu tidur dahulu kemudian bangun semula untuk dapat fadhilat tahajjud Tak perlu tengok gerhana pun boleh asalkan yakin ada di tempat anda Saya nyatakan cara solat dan...
Gerhana Bulan Penuh 7 8 September 2025 Lokasi Tarikh Masa

Gerhana Bulan Penuh 7 8 September 2025 Lokasi Tarikh Masa

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 5879 hits
Khas untuk peminat astronomi Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia dari 7 September 2025 sehingga awal pagi 8 September 2025 di mana fasa penuh maksima dijangka berlaku pada jam 2 11 pagi Gerhana ini juga dikenali sebagai Blood Moon ...
Apa Itu Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari

Apa Itu Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2283 hits
Original Content Fenomena langit sentiasa menjadi antara perkara yang paling mengujakan manusia sejak zaman dahulu Sama ada kemunculan komet hujan meteor atau kejadian gerhana setiap satunya membawa kekaguman tersendiri Antara fenomena astr...
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025 Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4634 hits
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 7 8 September 2025 bermula pukul 11 28 malam hingga 4 55 pagi waktu Malaysia Fasa Gerhana Bulan Penuh Fasa Penumbra bermula 11 28 malam Fasa Separa bermula 12 26 pagi Fasa Penuh bermul...
Diet Sihat Harian Panduan Lengkap Untuk Hidup Lebih Sihat

Diet Sihat Harian Panduan Lengkap Untuk Hidup Lebih Sihat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 4295 hits
Menjaga kesihatan tubuh badan bermula dengan amalan diet sihat harian yang konsisten Ramai orang tahu tentang kepentingan makan makanan berkhasiat tetapi cabarannya adalah bagaimana untuk mempraktikkannya setiap hari tanpa rasa terbeban Seb...
Makanan Elak Darah Tinggi Panduan Lengkap Untuk Gaya Hidup Sihat

Makanan Elak Darah Tinggi Panduan Lengkap Untuk Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3240 hits
Masalah darah tinggi atau hipertensi semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia Ia bukan sahaja memberi risiko kepada jantung tetapi juga boleh menyebabkan strok dan kerosakan buah pinggang Salah satu cara paling berkesan untuk mengaw...
Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3749 hits
Dalam usaha untuk menurunkan berat badan pemilihan makanan yang betul memainkan peranan yang sangat penting Ramai orang sanggup berhabis duit untuk membeli produk kurus atau mengikuti diet yang ekstrem tetapi sebenarnya kunci utama adalah m...
Daftar Amway Membership Panduan Lengkap Untuk Anda

Daftar Amway Membership Panduan Lengkap Untuk Anda

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2391 hits
Menjadi ahli Amway adalah langkah pertama untuk menikmati pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat pemasaran global ini Ramai orang yang masih tertanya tanya bagaimana cara daftar Amway Membership dan apa faedah sebenar yang mereka ...
Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Jangan Terlalu Berkira

Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Antara Lapar Malam Dan Menjaga Diri

Sharee Lopes Permainan Chord