Segera Selaras Gaji Penjawat Awam Jangan Tunggu 2025 Cuepacs


Para penjawat awam melafazkan ikrar pada Program Malaysia MADANI di Dalam Perkhidmatan Awam Bersama CUEPACS di Seremban pada 26 Julai lalu. - foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa kerajaan melaksanakan segera penyelarasan gaji penjawat awam tanpa menunggu sehingga 2025 seperti yang ditetapkan melalui kajian di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata berdasarkan tempoh ditetapkan kerajaan, kajian SSPA yang bermula Julai lalu dijangka dapat dimuktamadkan pada Oktober 2024, manakala pelaksanaannya hanya akan dibuat pada 2025

Katanya, tempoh itu terlalu lama dan kerajaan sewajarnya memberi keutamaan dalam isu ini

"Ini kerana ia membabitkan isu kebajikan 1.6 juta penjawat awam yang sedang berkhidmat serta lebih 700,000 pesara kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini

Adnan berkata, tempoh masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan SSPA baharu pada 2025 juga tidak jelas dan bergantung sepenuhnya kepada situasi kewangan negara

Tempoh itu juga terlalu lama dan wajar disegerakan bagi membantu penjawat awam serta pesara menghadapi kos sara hidup semasa


Beliau menjelaskan tiada sebarang bentuk penyelarasan dan kenaikan gaji secara drastik diterima penjawat dalam lebih lebih sedekad

"Situasi ini mengakibatkan ada penjawat awam dan pesara yang tertekan serta tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang sentiasa meningkat saban tahun terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar

"Penjawat awam, ketika ini memerlukan sebuah sistem saraan baharu bagi membantu mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup

"Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan pada 2002 bagaikan kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa

"Tiada gunanya jika kita mampu mencapai purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025 seperti yang disasarkan melalu Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sekiranya nasib golongan pekerja bawahan dan menengah masih lagi terhimpit dengan kadar gaji di bawah paras kemiskinan," katanya

Sementara itu, Adnan berkata, CUEPACS berterima kasih atas keprihatinan kerajaan untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 sekali gus memastikan pesara kerajaan terus menerima amaun pencen semasa

Keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini berkaitan Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 telah mengakibatkan bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal

"Bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara

"PKKP adalah pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan sama seperti amaun pencen semasa

"CUEPACS sangat menghargai keputusan ini dan melihat ia suatu komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara kerajaan yang telah banyak menabur bakti semasa dalam perkhidmatan," katanya

Namun, tegas beliau penerusan pembayaran PKKP bukanlah penyelesaian tuntas kepada permasalahan yang berlaku

"Ini kerana penyelarasan pencen penjawat awam hanya akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji perkhidmatan awam yang ketika ini masih dalam tindakan menyediakan cadangan semakan semula

"Selagi pelarasan gaji perkhidmatan awam tidak buat, selagi itulah penyelarasan pencen penjawat awam tidak boleh dilakukan dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan semasa kerajaan seperti inisiatif PKKP," katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2024/01/segera-selaras-gaji-penjawat-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kenaikan Gaji Tahunan Tarikh Pergerakan Gaji Dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Senarai Kenaikan Gaji Tahunan Tarikh Pergerakan Gaji Dan Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 463 hits
Skim penjawat awam menyediakan kenaikan gaji tahunan yang mana ianya disusun mengikut gred serta kelayakan yang khusus Pihak telah meletakkan gaji tahunan penjawat awam berdasarkan peraturan peraturan pegawai awam penilaian serta syarat kel...
Cuepacs Tolak Cadangan Hapus Pencen Penjawat Awam Sebaliknya Mansuh Pencen Ahli Politik Adnan

Cuepacs Tolak Cadangan Hapus Pencen Penjawat Awam Sebaliknya Mansuh Pencen Ahli Politik Adnan

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 286 hits
utusantv comOleh January 25 2024SKIM KWSP kurang sesuai untuk simpanan saraan penjawat awam kerana mereka dibayar gaji rendah Gambar hiasanKERAJAAN tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untu...
Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 346 hits
Syed Saddiq gesa kerajaan naikkan gaji penjawat awam berbanding menghapuskan pencen mereka kerana gaji golongan itu tidak dinaikkan sejak 2013 selain berdepan cabaran lain seperti tempat tinggal yang daif Gambar failSHAH ALAM Ahli Parlimen ...
Kalut Apa Bab Gaji Penjawat Awam Bukan Sokong Pun Kerajaan Masa Pn Jadi Buka Mulut Pun Tidak Hapa

Kalut Apa Bab Gaji Penjawat Awam Bukan Sokong Pun Kerajaan Masa Pn Jadi Buka Mulut Pun Tidak Hapa

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 300 hits
Learry Jabul Logik ka tak Tuntut kenaikkn gaji dengan segera biarpun SSPA hanya akan siap pada penghujung tahun ini Bila sesuatu perubahan belum di kuat kuasakan boleh tak kita melangkaui hasil kajian di masa depan yang belum diluluskan Pen...
Yang Ditetapkan Bagi Penjawat Awam Akan Terpakai Juga Kepada Ahli Politik

Yang Ditetapkan Bagi Penjawat Awam Akan Terpakai Juga Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 270 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pelantikan baharu penjawat awam tidak akan ada pencen dan begitu juga dengan lantikan baharu ahli politik SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1...
Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 292 hits
Dr Muhamad Akmal SalehKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kepada penjawat awam Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semua pihak memaham...
Kerajaan Tetapkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

Kerajaan Tetapkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 213 hits
Penjawat awam baharu tidak berpencen Kabinet bersetuju bagi menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen Menurut Timbalan Perdana Menteri berkata status pencen penjawat awam sedia ada tida...
Hak Berpencen Penjawat Awam Termaktub Dalam Perlembagaan Pensyarah

Hak Berpencen Penjawat Awam Termaktub Dalam Perlembagaan Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 270 hits
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dan Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood Foto BHKUALA LUMPUR Peruntukan undang undang sedia ada perlu dipinda sekiranya kerajaan berhasrat memansuhkan skim pencen untuk penjawat awam tetap yang...
Penjawat Awam Baharu Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

Penjawat Awam Baharu Dilantik Secara Kontrak Mulai 1 Februari

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 343 hits
PETALING JAYA Suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia Dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Se...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian

Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso