Cuepacs Tolak Cadangan Hapus Pencen Penjawat Awam Sebaliknya Mansuh Pencen Ahli Politik Adnan


utusantv.com
Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman
-January 25, 2024
SKIM KWSP kurang sesuai untuk simpanan saraan penjawat awam kerana mereka dibayar gaji rendah. - Gambar hiasan
KERAJAAN tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Pendirian itu disuarakan CUEPACS, memandangkan penjawat awam ketika ini, kebanyakannya lebih memilih skim berpencen kerana ia dianggap sebagai lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmatan awam ketika ini, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam, mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak.

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik, jika kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim pencen perkhidmatan awam selepas ini.

Ketika ini katanya, ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk yang dilantik ke jawatan eksekutif seperti EXCO negeri, menteri serta timbalan menteri juga layak untuk menerima pencen.

“Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu, langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja. Kumpulan ini bukan saja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

“Keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam saja,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum terus menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu kelak.

“Pandangan CUEPACS jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

“Kerajaan harus memastikan gaji diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama, gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

“Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendaklah terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, CUEPACS menyambut baik pencerahan diberi Jabatan Perkhidmatan Awam bahawa pengambilan secara lantikan kontrak sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan adalah langkah sementara bagi pengambilan baharu dalam perkhidmatan awam bermula 1 Februari 2024.

“Perjawatan tetap masih wujud tetapi dalam tempoh interim ini hanya dilantik sebagai kontrak sebelum dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan dimuktamadkan kelak.

“Situasi semasa ini tidak membabitkan lantikan tetap sebelum ini dan tidak seperti kefahaman orang ramai bahawa lantikan baharu kelak hanya diberikan status kontrak saja,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/01/cuepacs-tolak-cadangan-hapus-pencen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Mansuh Pencen Turut Terpakai Kepada Ahli Politik Pm Anwar

Cadangan Mansuh Pencen Turut Terpakai Kepada Ahli Politik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata secara prinsipnya beliau sudah bersetuju dengan apa saja keputusan untuk penjawat awam ...
Sebelum Nak Hapuskan Pencen Penjawat Awam Apa Kata Pm Dan Menteri2 Secara Sukarela Tolak Pencen Terlebih Dahulu

Sebelum Nak Hapuskan Pencen Penjawat Awam Apa Kata Pm Dan Menteri2 Secara Sukarela Tolak Pencen Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 488 hits
Berikutan keputusan kabinet sebagaimana diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa lantikan penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini tidak lagi menikmati skim pencen libasan paling popular untuk menghentam ...
Yang Ditetapkan Bagi Penjawat Awam Akan Terpakai Juga Kepada Ahli Politik

Yang Ditetapkan Bagi Penjawat Awam Akan Terpakai Juga Kepada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 388 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pelantikan baharu penjawat awam tidak akan ada pencen dan begitu juga dengan lantikan baharu ahli politik SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1...
Kabinet Akan Bincang Cadangan Mansuh Pencen Ahli Parlimen Kata Anwar

Kabinet Akan Bincang Cadangan Mansuh Pencen Ahli Parlimen Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 390 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sukar untuk dijelaskan sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi orang politik tetapi tidak kepada penjawat awam REMBAU Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli pol...
Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

Tak Adil Pencen Penjawat Awam Dimansuhkan Wakil Rakyat Dapat Pula Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 377 hits
Dr Muhamad Akmal SalehKUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya kepada penjawat awam Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semua pihak memaham...
Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

Naikkan Gaji Penjawat Awam Hapuskan Pencen Menteri Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 474 hits
Syed Saddiq gesa kerajaan naikkan gaji penjawat awam berbanding menghapuskan pencen mereka kerana gaji golongan itu tidak dinaikkan sejak 2013 selain berdepan cabaran lain seperti tempat tinggal yang daif Gambar failSHAH ALAM Ahli Parlimen ...
Pm Ahli Politik Ada Tanggungjawab Moral Ambil Satu Pencen Saja

Pm Ahli Politik Ada Tanggungjawab Moral Ambil Satu Pencen Saja

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 317 hits
malaysiakini comAhli politik yang memegang lebih daripada satu portfolio atau jawatan dalam kerajaan perlu ada tanggungjawab moral dengan hanya mengambil satu skim pencen kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Orang yang mendapat gaji menteri m...
Kenapa Pencen Ahli Politik Tidak Dihapuskan

Kenapa Pencen Ahli Politik Tidak Dihapuskan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 249 hits
Isu penjawat awam lantikan baru yang tiada pencen menjadi isu hangat Ada yang positif dan ada yang negatif nbsp Positif dari sudut ekonomi dan kewangan negara manakala negatif pula penjawat awam pada masa hadapan tiada lagi keterjaminan pen...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia