Sebelum Peluk Agama Islam Saya Seperti Tiada Agama Stacy


Wartawan MalaysiaGazette Stacy mengakui suami , Akim Ahmad (kanan) antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam. KUALA LUMPUR – Bulan lalu, genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Mengimbas kembali detik bermakna itu, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami tercinta, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam cukup santai dan tidak terlalu berat.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik (merujuk kepada Akim) ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy ketika mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor, enam tahun lalu.Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada pengacara program berkenaan Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.
Di akhir bicara, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.
Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/sebelum-peluk-agama-islam-saya-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Peluk Islam Sebelum Di Tidurkan

Minta Peluk Islam Sebelum Di Tidurkan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 299 hits
Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid 19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital di Sabah Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari in...
Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 249 hits
Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini gara gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook Bagaimanapun tertuduh Prajiv Lionel Proctor 39 mengaku tidak bersalah ...
Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 342 hits
Pesakit COVID 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam SANDAKAN Seorang pesakit COVID 19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu Aku sudah sah Isl...
Hiburan Aisar Khaled Tepis Dakwaan Dia Paksa Lelaki Peluk Islam

Hiburan Aisar Khaled Tepis Dakwaan Dia Paksa Lelaki Peluk Islam

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 453 hits
Aisar Khaled sebelum ini berkongsi dirinya yang telah mengislamkan seorang saudara baharu Perkongsiannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen Ada yang memuji dan ada juga yang menegur caranya mengislamkan orang tidak sesua...
Dulu Saya Hidup Macam Tiada Agama Stacy

Dulu Saya Hidup Macam Tiada Agama Stacy

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 810 hits
KATA Stacy Anam 31 Suaminya Akim banyak membimbing dia mendalami agama Islam dengan cara yang mudah difahami Akim bimbing saya dulu umpama bagai tiada agama Stacy KUALA LUMPUR Penyanyi dan selebriti media sosial Stracie Angie Anam 31 mengak...
Alhamdulillah Wanita Dapat Hidayah Peluk Islam Mengucap Dua Kalimah Syahadah Ketika Terbaring Di Katil Hospital

Alhamdulillah Wanita Dapat Hidayah Peluk Islam Mengucap Dua Kalimah Syahadah Ketika Terbaring Di Katil Hospital

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 347 hits
Aku sudah sah Islam kata Laimi Nur Laila Tinggi 66 yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah 4...
Majlis Agama Islam Selangor Mais Bantu Asnaf Al Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik

Majlis Agama Islam Selangor Mais Bantu Asnaf Al Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 339 hits
Majlis Agama Islam Selangor Bantu Asnaf Al Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik Baru baru ni KakYa dan beberapa sahabat blogger Kbba9 di jemput untuk mendengar taklimat dan perkongsian pengalaman daripada Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul R...
Kabareskrim Pastikan Penganiayaan M Kece Tak Hambat Penyidikan Kasus Penodaan Agama

Kabareskrim Pastikan Penganiayaan M Kece Tak Hambat Penyidikan Kasus Penodaan Agama

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 185 hits
Kabareskrim Komjen Pol Agus Andrianto memastikan penyidikan kasus penodaan agama yang disangkakan pada Muhammad Kosman alias Muhammad Kece tidak akan terhambat dengan kasus penganiayaan yang dialaminya Kece melapor telah dianiaya tahanan la...
Majoriti Orang Masuk Islam Di Jepun Melalui Bacaan Tafsir Al Quran

Majoriti Orang Masuk Islam Di Jepun Melalui Bacaan Tafsir Al Quran

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 459 hits
Allah SWT menciptakan lidah Tujuan nombor satu untuk berzikir kepada Allah SWT Sepatutnya lidah yang dikurniakan oleh Allah ini digunakan secara banyaknya untuk membaca kalam Allah itu sendiri dan juga untuk berzikir memuji Allah SWT Ada ju...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gara Gara Raya Sakan Suami Moody Duit Dah Habis

Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Kedua Teruja Sambut Orang Baru Doakan My Lil Bun

Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters