Dulu Saya Hidup Macam Tiada Agama Stacy


KATA Stacy Anam, 31 Suaminya Akim banyak membimbing dia mendalami agama Islam dengan cara yang mudah difahami. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Akim bimbing saya, dulu umpama bagai tiada agama – Stacy KUALA LUMPUR: Penyanyi dan selebriti media sosial, Stracie Angie Anam, 31, mengaku sebelum bergelar mualaf dan berkahwin dengan suaminya, penyanyi dan komposer terkenal, Akim, dirinya umpama tidak beragama.


Menurut Stacy yang juga menggunapakai Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya, bahkan tidak menolak bahawa Akim adalah individu yang banyak membuka matanya mengenai keindahan Islam sekali gus berminat untuk mendalami agama.


“Dulu, sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari. Namun selepas 6 tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam telah didoronginya.

“Cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu rumit. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam juga menguatkan jodoh kami. Pandai adik (Akim) ambil hati kakak (dirinya),” katanya.

Stacy berkata demikian semasa mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya (utusan) semalam.


Selain itu, kongsi penyanyi lagu Pakai Buang ini lagi, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah sokongan kedua ibu bapanya yang menghadirkan diri ketika dia memeluk Islam.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terbit rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

Ummu Syaikhah Stacy Abdullah (Stacy) atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam (pada masa itu berumur 25 tahun) hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam di Johor Bahru ditemani ibu serta bapa Akim bagi tujuan Majlis lafaz syahadah.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi ini mengaku dirinya masih belajar untuk menjadi manusia terbaik selain menganggap dirinya jauh daripada sifat sempurna.


“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” kata ibu kepada 2 cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, ini.

Penyanyi Stacy Anam mendedahkan kehidupan lampaunya umpama tiada agama sebelum dipertemukan dengan suami, Akim Ahmad, yang mendekatkan dirinya dengan Islam sekali gus bergelar mualaf 6 tahun lalu.

Katanya yang memilih nama Ummu Shaikhah, detik bermakna itu tidak mungkin luput dalam ingatannya yang mengenal keindahan Islam tanpa dipaksa sekali gus mengambil keputusan mengucap kalimah syahadah pada 24 Ogos 2015.

“Dulu sebelum memeluk Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengar. Namun selepas 6 tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati dorong untuk tahu apa itu Islam.

“Pendekatan digunakan Akim sangat mudah, malah cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan terus terang. Boleh dikatakan segala-gala berkaitan Islam dan keindahan yang terpacul dari mulutnya membawa kepada siri penceritaan menarik,” dedahnya.

Anak jati Negeri Di Bawah Bayu itu mengimbas semula detik penghijrahan dirinya di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor genap 6 tahun lalu selain perkahwinannya dengan Akim ketika diundang sebagai tetamu program bual bicara dalam Instagram, Bersama Tya Ariffin.


Malah, akui penyanyi itu lagi, ketulusan Akim memperkenalkan dan membimbingnya ke jalan Allah bukan sekadar menjentik hatinya untuk bergelar muslimah malah turut membuka ruang menerima lelaki berkenaan sebagai teman hidup.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pada 26 September 2015 kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami nikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.


Rumahtangga pasangan terkenal itu diserikan dengan kehadiran 2 cahaya mata, Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 tahun.

Terdahulu, berita Stacy memeluk Islam pernah menjadi berita hangat apabila momen yang cuba dilalui secara peribadi itu terdedah gara-gara video pengIslaman ditularkan seseorang dalam media sosial membuatkan berita tersebut hangat diperkatakan.

Menerusi temu bual sama, Stacy, 31, memaklumkan detik paling bermakna yang terus tersemat dalam ingatan adalah sokongan kedua-dua orang tuanya apabila mereka sanggup ‘terbang’ dari Sabah untuk turut berada di sisi ketika dia melafazkan kalimah syahadah.

Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy binti Anam bersama ibu bapanya bercakap kepada wartawan di Astro, Bukit Jalil. Pix oleh Munira Abdul Ghani
“Saya rasa momen pengIslaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka. Awalnya hanya mereka saja tahu keputusan saya memeluk Islam.


“Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Jadi apabila gambar dan video viral, keadaan bertukar kecoh. Tetapi Akim minta saya banyak-banyak bersabar dan bertenang,” ulasnya.

Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy binti Anam bercakap kepada wartawan di Astro, Bukit Jalil. Pix oleh Munira Abdul Ghani


Mengimbas lagi situasi ketika itu, katanya, dia melalui suatu perasaan sukar dan dahsyat sebelum detik melafazkan kalimah syahadah apabila mula berperang dengan diri sendiri.

“Jujur saya takut dengan keputusan yang dibuat hingga mempersoalkan sama ada betul atau sebaliknya. Saya seperti berperang dengan diri sendiri sampai terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri demi agama Islam.

“Tapi akhirnya takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Selesai mengucap kalimah syahadah, saya nampak ibu bapa saya tersenyum gembira.

“Barulah saya sedar, perasaan negatif itu semua adalah mainan perasaan. Apa pun saya masih belum sempurna, namun dalam hati saya mahu berusaha ke arah yang lebih baik,” kata pemilik syarikat pengurusan artis itu lagi.

SOURCE: UTUSAN , K! ONLINE

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/dulu-saya-hidup-macam-tiada-agama-stacy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Peluk Agama Islam Saya Seperti Tiada Agama Stacy

Sebelum Peluk Agama Islam Saya Seperti Tiada Agama Stacy

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 258 hits
Stacy mengakui suami Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam KUALA LUMPUR Bulan lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru Johor Mengimbas kembali det...
Keh Keh Woiiii Bmf Jom Beli Barang Murah Kempen Ni Dulu Ada Parti Lelong Agama Yang Lancar Dulu Nih Yehaaaa

Keh Keh Woiiii Bmf Jom Beli Barang Murah Kempen Ni Dulu Ada Parti Lelong Agama Yang Lancar Dulu Nih Yehaaaa

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 223 hits
Rakyat makin merana Ayam naik 5 kali dalam tempoh seminggu1Peniaga di sini mendakwa kenaikan harga ayam sudah berlaku lima kali sepanjang minggu ini daripada RM8 kepada RM10 70 sekilogram Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kuantan mendapa...
Kes Sajat Pun Gagal Nak Selesaikan Dulu Bukan Kah Menteri Agama Dalam Ph Sering Dihentam Para Lebaian

Kes Sajat Pun Gagal Nak Selesaikan Dulu Bukan Kah Menteri Agama Dalam Ph Sering Dihentam Para Lebaian

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 235 hits
Lapor polis jika diugut bunuh Malaysia ada undang undang JAIS beritahu Sajat September 21 2021 Dakwaan kononnya lebih 100 penguat kuasa JAIS memburu Sajat adalah kurang tepat kata Mohd Shahzihan Ahmad PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Selan...
Kuasa Viral Ubah Hidup Gadis Dulu Hanya Pengemis Intai Gelaran Miss Universe

Kuasa Viral Ubah Hidup Gadis Dulu Hanya Pengemis Intai Gelaran Miss Universe

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 482 hits
Ini bukan cerita Pangako Sa Yo tapi rezeki tak pernah salah alamat Sebab tu jangan hina orang susah boleh jadi esok dia pula yang ada kat atas kita Suatu ketika dahulu gadis berpakaian lusuh ini bantu menyara keluarganya yang daif dengan me...
Apa Macam Melayu Isle Masa Ph Dulu Hentam Kemain Sekarang Bagaimana Pula Ya Wahai Rakyat Malaysia Lihat Ini

Apa Macam Melayu Isle Masa Ph Dulu Hentam Kemain Sekarang Bagaimana Pula Ya Wahai Rakyat Malaysia Lihat Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 244 hits
PULANG PAKU BUAH KERAS NGATA ORANG TUHAN DAH BALAS MOHD MUKHLIS Bagi menghormati bulan Oktoberfest kerajaan Melayu Isle yang sekongkol dalam kerajaan bersama lebai PAS benarkan jual arak sampai hujung bulan Jangan lupa memandu lepas mabuk k...
Cakap Macam Seolah Olah Tidak Wujud Dalam Kerajaan Dah Tu Kenapa Melalak Judi Judi Saban Hari Akai Ada

Cakap Macam Seolah Olah Tidak Wujud Dalam Kerajaan Dah Tu Kenapa Melalak Judi Judi Saban Hari Akai Ada

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 166 hits
Mohd Shah RimSembang seolah olah PAS bukan kerajaan Elok Elok PH kurangkan ke 8 PAS pulak p up ke 22 Lepas tu claim depa jaga iselam hehehehe CUBA SEMAK FB MASING MASING DIAM PULAK
Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu Lembut

Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 283 hits
Jom kita kongsi step by step cara nak buat kulit cucur badak versi Zuraida Abdullah yang diwarisi daripada arwah ibunya Bahan bahan yang digunakan pun mudah dan ringkas Resipi ini memuatkan kuantiti bahan untuk makan sendiri dan meniaga RES...
Antara Sudah Siap Sedang Draf Sudah Siap Jangan Melawak Macam Sanusi

Antara Sudah Siap Sedang Draf Sudah Siap Jangan Melawak Macam Sanusi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 198 hits
dah bentang 3 kali nak draf apa lagi elok lah tu berganding bahu mengencing walaun walaun tadah aje kah3 KOMEN DARI MOHAMAD REDHA DALAM GROUP WALAUN BUAT LAWAK APA HARI INI
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt