Majlis Agama Islam Selangor Mais Bantu Asnaf Al Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bantu Asnaf Al -  Riqab Menjalani Kehidupan Lebih Baik | Baru baru ni KakYa dan beberapa sahabat blogger Kbba9 di jemput untuk mendengar taklimat dan perkongsian pengalaman daripada Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan asnaf Al - Riqab. 

Seyes cakap, sebelum ni KakYa tak pernah dengar mengenai asnaf Al - Riqab dan apa yang diusahakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam membantu asnaf Al - Riqab dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Setelah mendengar perkongsian daripada Ustaz, alhamdulillah sedikit sebanyak KakYa dah dapat info dan tahu serba sedikit apa itu asnaf Al - Riqab dan peranan MAIS dalam membantu asnaf Al - Riqab di negeri Selangor. 

Apa Itu Al - Riqab
Definasi Al - Riqab mengikut fatwa Negeri Selangor
 Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinyaFatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”


Jenis Jenis Penerima Asnaf Al - Riqab 
1. Kategori Masalah Sosial
Terbelenggu Dengan Dadah
• Penagih dadah• Bekas penagih dadah 
Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah
• Minum arak• Zina• Judi• Khalwat • Muncikari (Ibu Ayam)• Sumbang mahram • Buang anak • Mengandung luar nikah• Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam • Persetubuhan haram• Mempersendakan Al Quran dan Hadis• Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995
Terbelenggu Dengan Amalan Salah Islam

• Tidak solat
• Tidak puasa
• Buang anak 
• Usaha ingin bunuh diri• Hidup bersama pelacur
Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang
• Pelacur• Lesbian• Gay• Maknyah• Tomboy• Gigolo• Pengkid• Homoseksual• Biseksual
Terbelenggu Dengan Kes Juvana
• Gangster• Jenayah melibatkan harta benda • Kes rompakan• Pergaduhan yang melibatkan kecederaan• Pecah rumah • Kes rogol • Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya• Ugutan yang melibatkan keganasan
Terbelenggu Dengan Penyakit Kronik
• HIV / AIDS• Hepatitis• Kanser• Tibi• Lain lain
2. Kategori Masalah Akidah
Terbelenggu Dengan Masalah Syirik Dan Khurafat
• Doktrin palsu• Mengaku menjadi Nabi• Menghina islam • Pemujaan salah • Mempersendakan Al Quran dan hadis 
Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong
• Orang yang ingin atau berhasrat murtad• Orang yang dalam proses beristitabah
Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al - RiqabAntara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;
1. Beragama Islam.

2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.

4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.
Jenis Jenis Bantuan Yang Diberikan Kepada Asnaf Al - Riqab
Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;
1. Bantuan sewa rumah2. Bantuan bulanan3. Bantuan perubatan4. Bantuan modal5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti6. Bantuan guru pembimbing7. Bantuan firma guaman8. Bantuan individu terkesan9. Bantuan pengurusan jenazah10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR11. Bantuan sumbangan hari raya



Pelaksanaan Asnaf Al - Riqab Di Negeri Selangor  Pelaksanan asnaf Al - Riqab di negeri Selangor telah di tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian pemulihan Al - Riqab. 
Bahagian Pemulihan Al - Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;
Membangunkan asnaf Al - Riqab ke arah mendapatkan keredhaan Allah
Dan Misi;
Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
Bahagian pemulihan Al - Riqab berfungsi dalam;
• Memperkasa dan menguatkuasa undang undang Riqab melalui fatwa, peraturan, SOP dan yang berkaitan. 
• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan berkesan

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi membebaskan asnaf Riqab

• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial dan akidah agar kembali bertaubat

• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras Rumah Pemulihan Riqab. 
• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam. 
Pelan Strategi Bahagian Pemulihan Al - Riqab
Pelan strategi bahagian pemulihan Al - Riqab terdiri daripada; 
Pendaftaran :  Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 
Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal. 
Bantuan :  Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal. 
Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad

Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani

Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat

Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;
1. Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf  atau lokasi pilihan asnaf

2. Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam

3. Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan

4. Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai pendakwah (ikon)

Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al - Riqab 
1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor• Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan • Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 
2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab

3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat

4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah

5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab

6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf





Program Program Yang Di Jalankan Oleh Pihak MAIS Untuk Asnaf Al - Riqab 
Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;
1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS

2. Program temuseru asnaf riqab (mak nyah)

3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah)

4. Program temusahur asnaf Al - Riqab

5. Kelas bimbingan agama

6. Rawatan spiritual islam

7. Program tautan mahabbah

8. Ziarah ke rumah

9. Program penghayatan islam

10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal

11. Kelas bimbingan fardu ain




Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Semoga dengan adanya bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), akan membolehkan asnaf Al - Riqab ini menjalani kehidupan yang lebih baik, tersusun dan teratur berlandaskan cara hidup islam yang sebenar. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib. 
Ini saja perkongsian KakYa untuk kali ini berkenaan Asnaf Al - Riqab buat pembaca blog KakYa. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuka mata kita untuk lebih memahami dan mengetahui mengenai asnaf Al - Riqab. 
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan asnaf Al - Riqab tuan puan boleh berhubung melalui;
Bahagian Pemulihan Al - RiqabSektor Pembangunan SosialMajlis Agama Islam Selangor (MAIS)Kompleks MAIS KlangTingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAISLot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar41050 Klang, Selangor.
No Tel : 03-33614000 / 03-33614080


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/09/majlis-agama-islam-selangor-MAIS-bantu-asnaf-al-riqab-menjalani-kehidupan-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Asnaf Ar Riqab Mais Sedia Bantu Supaya Mereka Kembali Ke Pangkal Jalan

Golongan Asnaf Ar Riqab Mais Sedia Bantu Supaya Mereka Kembali Ke Pangkal Jalan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum Bab bab agihan zakat selalu dipertikai oleh netizen Sebab itu pentingnya kita membaca dan mendalami agama Islam dan bukan dengan hanya melemparkan komen negatif dan menghasut Mengambil contoh situasi yang suatu ketika dahulu...
Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

Sukarelawan Didakwa Hina Agama Islam Institusi Raja

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 222 hits
Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka hari ini gara gara membuat hantaran menghina institusi raja dan agama di laman sosial Facebook Bagaimanapun tertuduh Prajiv Lionel Proctor 39 mengaku tidak bersalah ...
Ismail Sabri Terbukti Tidak Lebih Baik Daripada Mahiaddin Umno Lebih Mudah Kena Tapau

Ismail Sabri Terbukti Tidak Lebih Baik Daripada Mahiaddin Umno Lebih Mudah Kena Tapau

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 289 hits
Hari ini adalah hari yang ke 17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan p...
Mengapa Negara Bukan Islam Lebih Efektif

Mengapa Negara Bukan Islam Lebih Efektif

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 184 hits
Kredit to Norman Radzuan Pemimpin Islam kita ini pemalas dan tidak bijakMENGAPA NEGARA BUKAN ISLAM LEBIH EFEKTIF Saya tidak nampak Islam akn dimartabatkan di negara ini 5 hari PAS akn mengubah UMNO satu bahan jenaka Apa yg saya lihat UMNO y...
Nampak Lebih Natural Lakonan Naeun Apink Dalam Lost Dipuji Semakin Baik

Nampak Lebih Natural Lakonan Naeun Apink Dalam Lost Dipuji Semakin Baik

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 361 hits
Sering menerima kritikan sebelum ini nampaknya Na eun menunjukkan perkembangan positif menerusi lakonannya dalam drama Lost Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai penulis hantu dan merasa hilang dalam arus kehi...
Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

Hajiji Serah Bantuan Tunai Kecemasan Janji Bantu Baik Pulih Kediaman Mangsa Banjir Penampang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 262 hits
HAJIJI menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sugud Penampang FOTO Ihsan JKM Sabah Bantuan tunai RM1 000 buat mangsa banjir PENAMPANG Sabah memberikan bantuan segera wang kecemasan sebanyak RM1 00...
Lebih Baik Ts Muhyiddin Segera Lakukan Perkara Yang Sepatutnya Dia Lakukan Jangan Sampai Ydp Agong Hilang Sabar

Lebih Baik Ts Muhyiddin Segera Lakukan Perkara Yang Sepatutnya Dia Lakukan Jangan Sampai Ydp Agong Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 387 hits
YANG SEDANG MENDERHAKA ADALAH MUHIDIN DAN KONCO KONCO PPBM NYA Siapa sebenarnya yang sedang menderhaka Untuk menjawabnya perlu kita fahami dahulu tentang DARURAT TS Muhidin memohon proklamasi darurat kpd YDP Agong selepas menyedari dirinya ...
Selangor Sambut Baik Kebenaran Guna Sijil Digital Selangkah

Selangor Sambut Baik Kebenaran Guna Sijil Digital Selangkah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan Selangor menyambut baik kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang setuju untuk membenarkan penggunaan sijil vaksinasi aplikasi Selangkah sehingga penerima mendapat sijil digital dalam MySejahtera Exco Kesihata...
Foodpanda Atau Grabfood Mana Lebih Baik

Foodpanda Atau Grabfood Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 438 hits
Antara Foodpanda atau GrabFood mana yang lebih berbaloi antara kedua dua nya Ada yang kata lebih suka beli di FoodPanda ada yang suka order di GrabFood depends mana yang memberi keselesaan kepada korang Kebanyakan kedai makanan ada di antar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching