Alhamdulillah Wanita Dapat Hidayah Peluk Islam Mengucap Dua Kalimah Syahadah Ketika Terbaring Di Katil Hospital


"Aku sudah sah Islam," kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.
Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.
Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
"Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lalu dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.
"Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga sudah memeluk Islam," katanya.
Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang, 9 September lalu, ibunya sah bergelar saudara baharu.
Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 September dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.
"Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi," katanya.
Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.
"Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan," katanya.
Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2021/09/alhamdulillah-wanita-dapat-hidayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 324 hits
Pesakit COVID 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam SANDAKAN Seorang pesakit COVID 19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu Aku sudah sah Isl...
Lelaki Larikan Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru

Lelaki Larikan Dua Beg Tangan Wanita Ketika Solat Subuh Di Masjid Jamek Pengadang Baru

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA TERENGGANU Dua jemaah wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini berdepan detik cemas selepas beg tangan mereka dilarikan seorang lelaki ketika menunaikan solat Subuh hari ini Kejadian kira kira pukul 6 25 pagi itu disedari salah s...
Alhamdulillah Seorang Lagi Saudara Baharu Kita Dan Sudah 20 Orang Telah Mengucap Syahadah Adam Corrie

Alhamdulillah Seorang Lagi Saudara Baharu Kita Dan Sudah 20 Orang Telah Mengucap Syahadah Adam Corrie

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 181 hits
Pelakon Adam Corrie baru baru ini berkongsi sebuah video di Instagram menjadi perhatian ramai dimana dirinya mengislamkan dua pasangan saudara baharu Katanya dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu setakat ini Ujarnya kebanya...
Dulu Diislamkan Kini Adam Corrie Bantu Saudara Baru Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Dulu Diislamkan Kini Adam Corrie Bantu Saudara Baru Lafaz Dua Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 321 hits
Jika dahulu pelakon terkenal Adam Corrie pernah bergelar saudara baharu namun siapa sangka kini beliau sudah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam Terbaru Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi FB telah berkongsi...
Minta Peluk Islam Sebelum Di Tidurkan

Minta Peluk Islam Sebelum Di Tidurkan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 286 hits
Seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid 19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital di Sabah Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah menerusi laman Facebook hari in...
Aunty Ini Minta Diajar 2 Kalimah Syahadah Sebelum Ditidurkan

Aunty Ini Minta Diajar 2 Kalimah Syahadah Sebelum Ditidurkan

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 336 hits
Wanita warga emas ini dikatakan semakin beransur sihat SANDAKAN Kisah seorang wanita warga emas berbangsa Cina yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan Covid 19 dikatakan mahu memeluk agama Islam sebelum ditidurkan di sebuah hospital t...
Hasil Pendapatan Youtube Kim Jongkook Derma Hampir Rm250k Buat Dua Buah Hospital

Hasil Pendapatan Youtube Kim Jongkook Derma Hampir Rm250k Buat Dua Buah Hospital

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 265 hits
Nampaknya saluran YouTube Kim Jong kook sememangnya hot buat semua orang sejak ianya dilancarkan dua bulan yang lalu Bahkan salurannya itu sudah pun meraih 2 juta langganan dan tersenarai sebagai 20 saluran selebriti Korea yang dianggarkan ...
Katil Antara Punca Kedah Johor Belum Beralih Ke Fasa Dua Ppn

Katil Antara Punca Kedah Johor Belum Beralih Ke Fasa Dua Ppn

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 269 hits
AGENDA DAILY Kadar penggunaan katil hospital termasuk di unit rawatan rapi yang masih tinggi menjadi antara penyebab Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada ...
Kemalangan Dua Beranak Anak Maut Tercampak Ibu Dikejar Ke Hospital

Kemalangan Dua Beranak Anak Maut Tercampak Ibu Dikejar Ke Hospital

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 300 hits
Berlaku satu kemalangan melibatkan seorang anak dan seorang ibu selepas anaknya yang berusia 25 tahun itu dikhabarkan maut akibat tercampak keluar dari kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandu ibunya yang berlaku di Kilometer 11 Jalan Ten...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah