Sebelum Beli Botol Susu Anak Pastikan Botol Itu Bpa Free Ini Sebabnya


Ini adalah satu cerita mengenai botol susu tanpa BPA

Julie meneliti rak-rak barangan bayi di pasar raya mencari sesuatu. Perkara pertama yang perlu dibelinya hari ini ialah botol susu anaknya. Beliau meneliti setiap satu model botol susu yang terdapat pada rak jualan tersebut. Dia seolah-olah mencari sesuatu pada setiap botol tersebut tetapi dia sendiri tidak pasti apakah ciri botol susu yang dicarinya. Akhirnya, beliau mengambil satu botol susu yang kelihatan menarik padanya, bertemakan animasi.
Adakah anda juga seperti Julie ketika mencari botol susu bayi? Apakah ciri botol susu yang anda cari? Saiz, mudah dipegang, mudah dibasuh, warna atau mungkin juga bentuk? Kami ingin menerangkan kepada anda, antara perkara yang paling mustahak untuk diteliti ketika memilih botol susu adalah botol susu tanpa BPA. Biasa dengar pasal BPA tapi tidak begitu pasti apakah ia? Mari baca apa yang kami sediakan ini.
Apa BPA ni?
BPA bermaksud bisphenol A. Ia adalah sejenis bahan kimia yang ditambah dalam kebanyakan produk komersial termasuklah botol plastik, bekas makanan dan juga botol susu anak anda. Ia mula ditemui pada tahun 1890, tetapi pada tahun 1950, ahli kimia menyedari potensinya yang boleh dicampurkan dengan sebatian lain bagi menghasilkan plastik yang lebih kuat dan berdaya tahan. BPA juga digunakan untuk menghasilkan salutan resin epoksi yang disapukan pada bahagian dalam tin makanan untuk mengelakkan logam tin daripada mengakis dan pecah.

Jenis produk yang sering mengandungi BPA
-Barangan yang dibungkus dalam bekas plastik
-Makanan dalam tin
-Kelengkapan peribadi
-Produk pembersihan wanita
-CD atau DVD
-Peralatan elektrik rumah
-Lensa cermin mata
-Kelengkapan sukan
Bagaimana BPA boleh memasuki tubuh manusia?
Antara cara utama BPA memasuki tubuh manusia adalah melalui pemakanan. Apabila bekas BPA dihasilkan, tidak semua BPA dimeteraikan dalam produk tersebut. Ini menjadikan BPA keluar dan bercampur dengan kandungan dalam bekas tersebut seperti makanan.
Satu kajian menyatakan, tahap BPA dalam air kencing berkurangan sebanyak 66% selepas 3 hari pengguna mengelakkan pengambilan makanan yang dibungkus. Selain itu, terdapat juga kajian yang mengkaji tahap kehadiran BPA melalui jenis makanan yang dimakan. Mereka yang memakan sup dalam tin berbanding sup yang dimasak segar dalam tempoh 5 hari, mempunyai 1,221% lebih tinggi kandungan BPA dalam air kencing.
Mengapa BPA berbahaya?
Pendedahan terhadap BPA boleh memberikan kesan terhadap otak dan kelenjar prostat janin, bayi dan kanak-kanak. Ia juga memberi kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak. Terdapat juga kajian yang menyatakan hubungan antara BPA dengan peningkatan tekanan darah.
Walau bagaimanapun, Food and Drug Administration U.S (FDA) menyatakan, BPA masih lagi selamat dengan tahap yang paling rendah dalam sesetengah makanan.
Bagaimana nak kurangkan pendedahan terhadap BPA?
Sekiranya anda masih ragu dengan keselamatan BPA terhadap kesihatan anda, anda boleh cuba mengurangkan pendedahan terhadapnya melalui cara berikut:
-Gunakan produk tanpa BPA atau BPA-free. Cari produk pembungkusan atau bekas makanan dengan label BPA-free
-Kurangkan pengambilan makanan dalam tin
-Jangan panaskan bekas makanan plastik terutamanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro
-Gunakan bekas makanan alternatif seperti bekas kaca, porselin atau stainless steel untuk makanan panas
Malaysia merupakan antara negara yang telah mengharamkan penggunaan botol susu yang mempunyai kandungan BPA sejak tahun 2012. Pengharaman ini termasuklah pengimportan, pembuatan, pengiklanan dan jualan botol jenis ini yang mengandungi BPA.
Antara negara-negara yang turut mengharamkan penggunaan BPA dalam penghasilan botol susu ialah Australia, Denmark, Perancis, Jerman dan New Zealand.
Oleh itu, mungkin botol susu jenis ini sudah sukar untuk didapati berada di rak-rak jualan pasar raya. Selepas ini, anda tidak lagi perlu pening-pening seperti Julie untuk mencari botol susu yang sesuai. Pilih saja yang tidak mengandungi BPA, diikuti dengan ciri lain botol yang digemari. Tanpa BPA adalah lebih penting berbanding kartun animasi.
Sumber: Hello Health
The post Sebelum Beli Botol Susu Anak Pastikan Botol Itu “BPA FREE”, Ini Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-beli-botol-susu-anak-pastikan-botol-itu-bpa-free-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Suapkan Susu Botol Orang Utan Ini Ambil 3 Ekor Anak Harimau Jadi Anak Angkat

Siap Suapkan Susu Botol Orang Utan Ini Ambil 3 Ekor Anak Harimau Jadi Anak Angkat

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 342 hits
Sebelum ini kes kes pembunuhan dan penderaan banyak berlaku manusia seperti sudah hilang sifat kemanusian dalam diri sampaikan sanggup melakukan kekejaman sesama mereka Perkongsian video seekor orangutan bersama tiga ekor anak harimau di tw...
Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 478 hits
Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak kanak yang sihat dan kuat Seawal usia mereka lagi susu ibu merupakan pilihan yang terbaik Namun lama kelamaan si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka denga...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 495 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 834 hits
7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya Bila baki cuti bersalin dah nak sampai ke penghujungnya mulalah rasa cuak kalau masalah anak tak nak minum susu botol sedang melanda Bagaimana cara untuk melatih anak minum susu botol deng...
Tak Payah Beli Susu Guna Susu Tepung Anak Je Buatkan Makaroni Carbonara Untuk Anak Sama Sedap

Tak Payah Beli Susu Guna Susu Tepung Anak Je Buatkan Makaroni Carbonara Untuk Anak Sama Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 479 hits
Antara makanan paling mudah disediakan buat anak anak kita yang sedang membesar adalah menyediakan beraneka pasta buat anak anak kita Namun malangnya ketika idea datang untuk memasak bekalan stok makanan di rumah pula tiada Sudahnya impian ...
Sebelum Salat Buat Pengumuman Membunuh Setelah Itu Pelaku Serahkan Diri

Sebelum Salat Buat Pengumuman Membunuh Setelah Itu Pelaku Serahkan Diri

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 298 hits
Usai membunuh penjaga malam di SPBU Jambearum Jember Tumin pelaku Iwan membuat pengumuman lewat pengeras suara masjid Dia melakukan itu sebelum menjalankan Salat Subuh berjemaah Sontak para jemaah pun kaget
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 710 hits
4 Cara Kenal Pasti Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Pencuci Muka Yang Sesuai Baru baru ni aku plan nak beli pencuci muka dekat satu website ni Tetiba aku jadi blur sekejap tak tahu nak pilih pencuci muka jenis apa sebabnya aku sendiri konfius...
Pelajar Pergi Sebelum Konvo Bapa Peluk Diploma Anak Atas Pentas Undang Sebak

Pelajar Pergi Sebelum Konvo Bapa Peluk Diploma Anak Atas Pentas Undang Sebak

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 568 hits
Musim konvokesyen merupakan majlis dimana setiap pelajar yang telah bertungkus lumus akan diraikan dengan menaiki pentas menerima skrol masing masing Namun begitu bukan semua graduan berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut sambil disak...
Pastikan Anak Anak Bersedia Dengan Kemahiran Pembelajaran Kendiri Demi Masa Depannya

Pastikan Anak Anak Bersedia Dengan Kemahiran Pembelajaran Kendiri Demi Masa Depannya

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 441 hits
Pernahkah anda berdepan dengan situasi anak yang liat untuk menyiapkan kerja rumah Atau mungkin apabila anda minta anak buat ulang kaji mereka sering mencipta alasan untuk mengelak Jika anak anak ada masalah begitu mungkin kerana mereka mer...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop