7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya


7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya  |  Bila baki cuti bersalin dah nak sampai ke penghujungnya, mulalah rasa cuak kalau masalah anak tak nak minum susu botol sedang melanda.. Bagaimana cara untuk melatih anak minum susu botol dengan jayanya? Setiap baby tak sama ragamnya.. Ada yang mudah menerima bila diberikan susu dengan botol dan ada juga yang sangat sukar untuk menerima melainkan menyusu secara 'direct'.. Ini akan memberi tekanan kepada ibu-ibu yang akan kembali bekerja.. Jadi, kita harus mencari jalan penyelesaiannya.. Di sini aku ingin kongsikan dengan korang 8 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya..


7 Tips Melatih Anak Minum Susu Botol Dengan Jayanya

1.  Latih Awal 2 Minggu Sebelum Kembali Bekerja

Tip pertama ini sangat penting dalam menjayakan penyusuan botol bagi baby anda.. Jadi, anda disarankan untuk mula melatih baby anda minum susu dengan menggunakan botol seawal 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Menurut Dr. Sears, pada peringkat awal selepas kelahiran adalah sangat penting untuk baby memahirkan cara lekapan pada payudara ibunya terlebih dahulu. Jika terlalu awal diberi susu botol, baby mungkin akan mengalami keliru nipple confusion kerana dia masih lagi belum mahir untuk menyusu badan. Malah, kekeliruan ini boleh menyebabkan baby anda tidak mahu menyusu badan langsung sehingga susu badan anda mengering sendiri.  Jika terlalu lewat pula, baby akan menjadi lebih sukar menyesuaikan diri. Anda juga akan mengalami masalah untuk mengagak waktu serta jumlah penyusuan yang sesuai untuk memberi panduan kepada pengasuh anak anda nanti2.  Pastikan Bukan Ibu Yang memberi Susu Botol

Sepertimana yang kita tahu, hubungan antara ibu dan baby sangatlah kuat.. Untuk memudahkan penerimaan baby terhadap susu botol, anda perlu meminta tolong orang lain untuk susukan baby anda.. Anda juga perlu ingat bahawa baby sangat bijak kerana mereka dapat merasakan kehadiran ibunya jika anda berada berhampiran dengannya.. 
Jadi, cara terbaik untuk membantu baby anda menerima susu botol, anda perlulah menjauhkan diri anda sejauh-jauhnya agar dia tidak merasakan kehadiran anda dan suami anda adalah pilihan terbaik untuk bagi menjayakan penyusuan botol ini.. 
3.  Pilih Puting Botol Yang Sesuai

Ada sesetengah baby sangat memilih puting botol.. Di pasaran sekarang pun terdapat pelbagai jenis puting.. Ada juga yang menyerupai puting ibu.. Jadi, anda perlu pandai memilih puting yang sesuai untuk baby anda.. Pastikan anda memilih flow yang paling perlahan supaya baby tidak mudah tersedak sekaligus membuatkan mereka takut untuk menyusu.

Paling baik, anda pilih puting yang mirip dengan puting ibu supaya baby selesa, mudah melekap dan senang menerimanya.. Jika baby anda tidak dapat menerimanya setelah dicuba beberapa kali, anda boleh menukar puting dari jenis yang lain pula.. Bak kata omputih, try and error


4.  Beri Susu Sebelum Baby Terlalu Lapar

Pastikan baby anda berada dalam keadaan yang tenang dan bukan dalam keadaan yang terlalu lapar sehingga mereka menangis kelaparan.. Hal ini akan merumitkan lagi proses penyusuan.. Sepertimana pengalaman aku sendiri, aku lebih suka beri susu botol kepada baby semasa baby dalam keadaan yang mengantuk.. Cara ini sangat berkesan dan baby akan minum susu dengan mudah.

5.  Pastikan Posisi Menyusu Betul

Bukan ibu yang sedang menyusu sahaja yang perlukan posisi menyusu yang betul ketika menyusu, tetapi baby yang dilatih minum menggunakan botol susu juga memerlukan posisi yang betul agar mereka selesa semasa menyusu.

Anda boleh bereksperimen dengan menukar posisi sekiranya baby anda nampak tidak tenang dan selesa semasa mereka sedang belajar minum susu botol.  Daripada duduk di riba, mungkin anda boleh berdiri, berjalan, atau berbaring di atas katil bersama bayi

6.  Memberi Susu Ibu Yang baru Di Pump Atau Yang Tidak Dibekukan

Untuk permulaan pembelajaran penyusuan botol, sebaiknya anda menggunakan susu ibu yang fresh yang baru di pump atau anda juga boleh menggunakan susu yang disejukkan tetapi bukan yang dibekukan kerana susu yang telah dibekukan (frozen) rasanya berubah dan kurang sedap.. Ini menyebabkan baby akan menolak untuk minum susu botol.

Jadi, ibu-ibu perlulah rajin untuk menyediakan susu ibu yang fresh untuk baby diawal proses pembelajaran mereka.. Hehe.. Dah macam masuk sekolah je yek.. Ini juga adalah dari pengalaman aku sendiri.. Penerimaan baby lebih mudah dengan memberi susu ibu yang fresh.. 

7.  Konsisten Dan Mengikut Jadual Yang Betul

Anda perlu konsisten dalam mengajar baby minum susu botol.. Anda boleh mula secara pelahan-lahan tetapi perlu konsisten.. Anda juga boleh membuat jadual penyusuan agar  masa menyusu lebih tepat setiap masa.. Ini sangat membantu untuk anda mencapai misi anda.. Paling penting anda jangan cepat putus asa dan sentiasa berusaha yang terbaik untuk baby anda.

sumber foto di atas : google
7 tips yang boleh korang try and error.. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah Anak Tak Mahu Menyusu Dengan Botol yang korang alami... Alhamdulillah aku dah selamat melalui detik-detik sukar menyusukan anak aku tempoh hari dengan mempraktikkn 7 tips di atas.. Jika anda juga mengalami masalah seperti aku, bolehlah try ye tips yang aku kongsikan ini.. Selamat mencuba!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2017/12/7-tips-melatih-anak-minum-susu-botol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

Anak Saya Tolak Botol Susah Nak Bekerja Sebenarnya Ada Cara Nak Pujuk Bayi Minum Susu Dalam Botol

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 465 hits
Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak kanak yang sihat dan kuat Seawal usia mereka lagi susu ibu merupakan pilihan yang terbaik Namun lama kelamaan si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka denga...
Keracunan Walaupun Hanya Minum Susu Ibu Bila Periksa Rupanya Botol Bercalar

Keracunan Walaupun Hanya Minum Susu Ibu Bila Periksa Rupanya Botol Bercalar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 357 hits
Bukan sahaja botol susu anak perlu kerap ditukar bagi menjaga kualitinya botol penyimpan susu ibu juga perlu diganti secara kerap Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dal...
Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 532 hits
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu Seperti yang diketahui susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil Sesetengah anak selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 481 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
5 Tips Didik Anak Agar Jadi Soleh

5 Tips Didik Anak Agar Jadi Soleh

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 380 hits
5 TIPS DIDIK ANAK AGAR JADI SOLEH baca kejap 1 Bangun pagi peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati 2 Lembutkan hati anak hembus pd ubun ubun makanan dan pakaian Surah AlFatihah Surah Al Hasyr Su...
7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

7 Tips Ajar Anak Kecil Berenang Di Kolam Mandi Swim Rush

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 380 hits
Naik seriau juga bila lihat ramai ibubapa bawa bayi mandi kolam di usia yang masih awal Comel sangat lihat bayi berenang dalam kolam tapi macam takut pun ada Untuk kanak kanak pula lihat anak mandi kolam dengan ibu bapa itu memanglah sudah ...
Nak Start Kerja Lepas Pantang Tapi Susah Hati Anak Tolak Menyusu Dari Botol

Nak Start Kerja Lepas Pantang Tapi Susah Hati Anak Tolak Menyusu Dari Botol

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 465 hits
Salah satu isu yang kerap kali menjadi kebingungan para ibu lepas bersalin ialah bayi perlu ditinggalkan selepas kembali bekerja Memandangkan bayi menyusu susu ibu maka dia perlu diajar menggunakan botol susu agar dapat memudahkan urusan pe...
Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

Anak Kecil Lagi Jangan Paksa Dia Tengok Buku Jangan Bagi Phone Lama Lama Ramai Yang Share Tips Parenting Ni

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 368 hits
Pergi pasar dengan Adra tadi sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak Anak dia dua orang master Seorang kerja kat China seorang lagi kat Hong Kong Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku Telefon jangan bagi lama You kena ...
Jika Sudah Sampai Masanya Jangan Rasa Bersalah Untuk Putuskan Susu Pada Anak

Jika Sudah Sampai Masanya Jangan Rasa Bersalah Untuk Putuskan Susu Pada Anak

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 292 hits
Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan Bercerai susu adalah satu proses di ma...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik