Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia


Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dari China.
Malah, sejak 2019 lagi, China telah muncul sebagai penyumbang terbesar pelajar luar negara di Malaysia, mengatasi ‘negara tradisi’ seperti Bangladesh, Indonesia dan Pakistan.
Pada 2023 sahaja, seramai 44,043 pelajar dari China mendaftar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia. Menurut CNA, ini adalah bersamaan 38.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa.
Lebih menarik, angka itu menunjukkan peningkatan hampir lima kali ganda berbanding tahun 2019, tambah CNA.
Persoalannya, mengapa semakin ramai pelajar China memilih Malaysia berbanding negara popular lain seperti Amerika Syarikat (AS), UK, Australia atau Kanada?
Faktor Luar: Dasar imigresen ketat & ketegangan geopolitik Antara sebab utama ialah perubahan dasar di negara-negara Barat. Negara yang dulunya terkenal sebagai destinasi impian pelajar luar kini semakin mengetatkan syarat kemasukan.
Lapor CNA, antara sebab lain adalah:
1. Visa semakin mahal dan rumit – ada had bilangan pelajar, kos visa meningkat, malah peluang kerja selepas tamat belajar juga terhad.
2. Bias anti-China (Sinophobia) – sejak era COVID-19, isu diskriminasi semakin ketara, membuatkan pelajar dan ibu bapa rasa tidak selamat.
3. Ketegangan politik – hubungan China dengan AS dan sekutunya tidak stabil. Misalnya, pada 2023, AS menolak sehingga 36 peratus permohonan visa pelajar China. Ini menyebabkan jumlah pelajar China di universiti AS merosot 25 peratus sejak 2019.
Selain itu, Australia dan Kanada turut memperkenalkan sekatan untuk pelajar China yang mahu belajar dalam bidang teknologi canggih.
Keadaan ini menjadikan negara Barat semakin ‘tidak mesra’, malah dianggap berisiko untuk masa depan pelajar.
Tarikan Malaysia: Dekat, mesra & berpatutan Sebaliknya, Malaysia dilihat sebagai destinasi yang lebih mesra dan selesa. Tambah CNA, ada beberapa sebab mengapa Malaysia semakin digemari pelajar dari China:
1. Kebudayaan yang hampir serupa
Komuniti Cina Malaysia membuatkan pelajar baharu dari China lebih mudah menyesuaikan diri. Bahasa Mandarin, makanan, adat, malah dialek tertentu membuatkan Malaysia terasa seperti rumah kedua yang tidak asing.
2. Kos hidup & yuran lebih rendah
Berbanding negara Barat, kos pendidikan dan sara hidup di Malaysia jauh lebih mampu milik. Ditambah pula dengan kedudukan geografi yang dekat, pelajar boleh kerap pulang ke tanah air dengan kos penerbangan yang berpatutan.
3. Kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa
Universiti Malaysia semakin mendapat tempat dalam ranking dunia, selain menawarkan program pengajian dalam bahasa Inggeris yang diiktiraf di China dan di peringkat global.
4. Hubungan diplomatik erat
Kerjasama erat Malaysia-China dalam bidang pendidikan turut memainkan peranan.
Penubuhan Xiamen University Malaysia (XMUM) pada 2015, misalnya, menjadi simbol kukuh hubungan dua hala. Setiap tahun, XMUM menerima sekitar 500 pelajar dari China terus melalui sistem peperiksaan “gaokao”.
Tambahan pula, dengan isu pengangguran graduan di China yang semakin meningkat, ramai pelajar mencari kelayakan pascasiswazah luar negara untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja. Malaysia muncul sebagai pilihan ideal untuk tujuan itu.
Kerajaan Malaysia juga menambah tarikan dengan melanjutkan kemudahan “Graduate Pass” untuk pelajar China sehingga Disember 2026. Ini membolehkan mereka tinggal dan mencari pengalaman kerja selepas tamat belajar.
Malaysia semakin jadi tumpuan Trend ini menunjukkan bahawa aliran mobiliti pelajar antarabangsa semakin beralih ke Asia, khususnya Asia Tenggara.
Malaysia kini berada di posisi strategik sebagai pusat pendidikan serantau yang bukan sahaja berdaya saing dari segi kos. Malah, ia juga mesra, selamat dan dekat di hati pelajar China.
Namun, jelas CNA, dengan kemasukan pelajar yang semakin ramai, institusi pengajian tinggi Malaysia perlu bersedia menyediakan sokongan tambahan. Contohnya, kelas bahasa Inggeris, bimbingan kerjaya dan program integrasi sosial.
BACA: Maksud Sebenar “Job Hugging”, Trend Baru Di Tempat Kerja
Sumber: CNA
The post Sebab Sebenar Pelajar China Pilih Datang Belajar Di Malaysia  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/sebab-sebenar-pelajar-china-pilih-datang-belajar-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1529 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar Utm Raih Malaysia National Runners Up

James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar Utm Raih Malaysia National Runners Up

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2459 hits
James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih Malaysia National Runners Up Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tiga mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berjaya dinobatkan sebagai ...
Anak Erra Fazira Amp Engku Emran Antara Pelajar Malaysia Cemerlang Igcse

Anak Erra Fazira Amp Engku Emran Antara Pelajar Malaysia Cemerlang Igcse

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1860 hits
Anak kepada selebriti terkenal Erra Fazira dan bekas suami Engku Emran iaitu Engku Aleesya sekali lagi mencuri perhatian apabila menyerlah sebagai contoh pelajar genius dengan memperoleh 7A dalam semua subjek IGCSE yang didudukinya Anak Err...
Solat Jumaat Terakhir Di As Pelajar Malaysia Hadiahkan Samping Kepada Warga Emas

Solat Jumaat Terakhir Di As Pelajar Malaysia Hadiahkan Samping Kepada Warga Emas

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3496 hits
KUALA LUMPUR Sikap berbudi bahasa dan penuh hemah rakyat Malaysia sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pelajar Malaysia Sharul Mansur berkongsi momen menyentuh hati ketika menunaikan solat Jumaat terakhirnya di Amerika Syarikat Per...
Hubungan Budaya Yang Erat Perkukuh Pelancongan Malaysia China Pm

Hubungan Budaya Yang Erat Perkukuh Pelancongan Malaysia China Pm

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 964 hits
Hubungan Budaya Yang Erat Perkukuh Pelancongan Malaysia China PM KUALA LUMPUR 15 Sept Kepelbagaian etnik di negara ini termasuk populasi besar masyarakat Cina adalah antara faktor utama yang merangsang pelancongan dua hala antara Malaysia d...
Nak Surprise Ibu Tapi Kena Kecam Ini Kisah Sebenar Pelajar Pertama Beli Iphone 17

Nak Surprise Ibu Tapi Kena Kecam Ini Kisah Sebenar Pelajar Pertama Beli Iphone 17

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1344 hits
Seorang pelajar lelaki bernama Danial tiba tiba menjadi perhatian selepas tular video dirinya antara orang pertama mendapatkan iPhone 17 di Malaysia hari ini Bagaimanapun seorang individu dipercayai ahli keluarganya tampil memberikan penjel...
Prof James Chin Defends Edward Wong Insists A Shadow Quota Exists In Malaysia S Educ System

Prof James Chin Defends Edward Wong Insists A Shadow Quota Exists In Malaysia S Educ System

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3422 hits
RENOWNED political analyst Prof James Chin has emerged the second educationist to question the existence of meritocracy in the nation s education system after political scientist turned politician Prof Ramasamy Palanisamy having blasted the...
Warga Asing Bayar Rm2 500 Untuk Diseludup Keluar Malaysia

Warga Asing Bayar Rm2 500 Untuk Diseludup Keluar Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 2694 hits
Buletin TV3 nbsp SHAH ALAM Cubaan seorang tekong warga tempatan menyeludup keluar 33 pendatang asing tanpa izin melalui jalan laut di perairan Tanjong Karang gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor kelmarin Keg...
Mana Mana Saja Pergi Jumpa Rakyat Indonesia Hairan Dibanjiri Orang Malaysia

Mana Mana Saja Pergi Jumpa Rakyat Indonesia Hairan Dibanjiri Orang Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2023 hits
Mana Mana Saja Pergi Jumpa Rakyat Indonesia Hairan Dibanjiri Orang Malaysia Tidak dinafikan bercuti atau makan angin merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan Bukan sahaja dapat melihat pelbagai kawasan menarik malah menjadi terapi m...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandatory Email Account Verification For All Domain

Cpanel Is Delaying Incoming Messages

Dia Bukan Siapa Siapa

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Delicious Old Fashioned Pickled Beef Heart Recipe

Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang