Mana Mana Saja Pergi Jumpa Rakyat Indonesia Hairan Dibanjiri Orang Malaysia


Mana-Mana Saja Pergi Jumpa, Rakyat Indonesia ‘Hairan’ Dibanjiri Orang Malaysia
Tidak dinafikan, bercuti atau makan angin merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sahaja dapat melihat pelbagai kawasan menarik, malah menjadi terapi minda daripada kesibukan kerja.
Oleh itu, tak hairan mengapa ramai yang gemar bercuti di dalam negara mahupun luar negara.
Antara lokasi yang sering diterjah oleh rakyat Malaysia lazimnya negara Thailand. Namun baru-baru ini mereka dilihat gemar berkunjung ke negara jiran, Indonesia.
Kehadiran rakyat Malaysia ke negara itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang warga tempatan.
Dalam perkongsiannya di akaun Threads @hutanhantu, dia tertanya-tanya mengenai status ekonomi di Malaysia sehinggakan ke mana sahaja lokasi di bertemu rakyat Malaysia yang bercuti di sini.
“Di kereta isinya banyak pelancong Malaysia, di pusat beli-belah jumpa pelancong Malaysia. Sarapan di hotel ketemunya pelancong Malaysia.Di mana-mana sahaja jumpa pelancong Malaysia.
“Terdengar perbualan mereka: hari ini nak cuba naik kereta api laju Whoosh ke Bandung. Adakah ini disebabkan ekonomi mereka sedang dalam keadaan baik?” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Perkongsian berkenaan secara tidak langsung mendapat perhatian netizen Malaysia yang memberikan pandangan mengenai perkara itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya menjelaskan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan stabil, dengan pertukaran matawang yang baik.
Faktor ini yang membuatkan warga Malaysia memilih untuk bercuti di Indonesia. Meskipun ada yang mempersoalkan jika ekonomi bagus, kenapa tidak ke negara-negara eropah?
Sebahagiannya menjelaskan bahawa berkunjung ke negara Eropah memerlukan tempoh waktu yang lama berbanding ke negara jiran yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja, terutamanya sewaktu hujung minggu.
Oleh itu, Indonesia menjadi destinasi yang sesuai untuk makan angin sewaktu cuti jangka masa pendek.
Sementara itu, ada juga yang memuji adab pelancong Malaysia menghormati budaya dan suasana di sana.
“Bagus, saya suka orang Malaysia, punya adab dan santun,” komen seorang pengguna.
Sumber: Threads @hutanhantu
BACA: Momen Lamaran Di Ferris Wheel Curi Tumpuan, Ramai Tertanya Siapa Wanita Bertuah  BACA JUGA: Baru Nak “Sweet” Masa Melamar, Kaki Abang Ni Tiba-tiba “Cramp” Hingga Kawan Kena Tolong Urut The post Mana-Mana Saja Pergi Jumpa, Rakyat Indonesia ‘Hairan’ Dibanjiri Orang Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/13/mana-mana-saja-pergi-jumpa-rakyat-indonesia-hairan-dibanjiri-orang-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 5081 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

Tular Lagi Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Hingga Netizen Sebak Terharu

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 5021 hits
KUALA LUMPUR Tular di TikTok perkongsian daripada akaun dapoerbuhendra yang memaparkan kebaikan warga Malaysia menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia Video yang dikongsikan itu mengisahkan sokongan dan solidariti merentasi sempadan ne...
Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

Solidariti Rentas Sempadan Rakyat Malaysia Bantu Indonesia Ketika Demonstrasi Jakarta

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4057 hits
JAKARTA Demonstrasi besar besaran di Jakarta bukan sahaja menarik perhatian dalam negara malah turut menerima sokongan moral daripada rakyat Malaysia yang tampil membantu dengan cara tersendiri Menerusi perkongsian di TikTok dan Threads seo...
Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1609 hits
Politicians in Malaysia must learn from Indonesia s recent turmoil Rafizi Ramli warned stressing that public anger can boil over when economic growth fails to translate into fair wages amid a backdrop of elites flaunting their wealth The PK...
Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang Di Tanah Malaysia

Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang Di Tanah Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3320 hits
Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya pada semalam bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna warni mencerminkan sema...
Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

Tinjauan Menunjukkan 95 Rakyat Malaysia Utamakan Penjagaan Kesihatan Dan Pencegahan

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2253 hits
Rakyat Malaysia kini semakin mengamalkan penjagaan kesihatan pencegahan dengan 95 bersetuju bahawa ia penting untuk kesejahteraan diri Ramai yang telah mula membuat perubahan positif seperti memilih hidangan yang lebih sihat dan mengamalkan...
Punca Punca Rakyat Indonesia Memberontak

Punca Punca Rakyat Indonesia Memberontak

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1510 hits
Ini Punca2nya Rakyat memberontak Antaranya Akaun bank yg tak aktif selama 3 bulan dibekukan Kebun yang tidak dikerjakan akan disita Cukai jualan PPN naik sehingga 12 Peniaga kecil dilarang jual gas 3kg PBB naik ke ratusan peratus Ada ahli p...
10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3422 hits
10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos Memang tak boleh dinafikan hidup kita sekarang semakin terikat dengan dunia digital memandangkan dunia kini ke arah pendigitalan Hampir semua benda dalam rutin harian dari buk...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi