Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah


LEGOLAND® School Challenge 2025: Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah | Assalammualaikum semua! Tak sangka kan, sekarang dah ada pertandingan LEGO® peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia! Ruby sendiri akui lebih suka bermain LEGO sejak dari kecil. Beri LEGO, mesti senyap mencipta sesuatu. Jadi fokus membina mengikut imaginasi yang tak terungkap. Melalui LEGO, macam-macam terbina.
Sehingga kini, anak-anak pula mewarisi minat Ruby. Suami juga menyukai LEGO. Kami banyak bina sesuatu tetapi buka balik dan menyimpannya di dalam box. Sebab kami suka bina semula. Ia terapi buat kami berfikir walaupun sepi. Berbeza dengan anak-anak kami. Adam dan Alif adalah generasi Alpha. Mereka bermain LEGO sejak bayi dan mereka lebih banyak imaginasi. Ada sound effect dan sangat berbeza dengan kami. Hahaha. LEGO Duplo dan LEGO Ninjago masih utuh sehingga hari ini walau banyak kali jatuh dan bertaburan. 
Secara jujurnya Ruby baru tahu berkenaan LEGOLAND® School Challenge dari pengumuman pemenang. Rupa-rupanya rahun 2025 ni, sudah memasuki tahun ke empat program ini berlangsung. Malaysia memang bersinar terang sebab dua sekolah kita berjaya jadi juara utama kategori Primary dan Secondary. 
🏆 Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan (Team LEGEND INSPIRE) menang kategori Primary.
🏆 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak (Team Lucira) pula rangkul juara kategori Secondary.
Untuk kategori Junior (7–9 tahun) yang baru diperkenalkan dimenangi oleh Queenstown Primary School dari Singapura berjaya jadi juara sulung. 
[Dari kiri - kanan] Ashely Xie, Country Manager Malaysia & Brunei; Thila Munusamy, Director of Sales & Marketing, LEGOLAND® Malaysia Resort; Tuan Haji Kamal Bin Ahamr Untong, Deputy Director of Student Development Sector, Johor State Education Department; Encik Zainal Bin Abas, Deputy Director-General, Ministry of Education; CS Lim, Vice President, LEGOLAND® Malaysia; Mohd Amin Bin Kamarudin, Deputy Director, Tourism; dan Leina Rehim, Senior LEGO® Model Production Manager, Asia, bersama tiga kategori lain LEGOLAND School Challenge 2025

Pertandingan pada Skala Serantau
Pada tahun keempat, cabaran menarik adalah hampir 2,000 pelajar dari tujuh negara iaitu Malaysia, India, Singapura, Filipina, Indonesia, Australia dan China menyertai di bawah tema “Build Your Dream Destination”
 Edisi tahun ini mencapai tahap baharu dengan beberapa pencapaian:
● Final Binaan Kelajuan Langsung yang pertama, menyumbang 20% ​​daripada markah akhir mereka, di mana pasukan berlumba melawan masa di hadapan penonton
● Kategori umur diperluaskan, memperkenalkan kategori Junior baharu
● Debut penyertaan dari Singapura dan China sebagai finalis
● Kepulangan Filipina yang sangat dinanti-nantikan, selepas penampilan terakhir mereka di peringkat akhir pada 2023
Cara Sekolah Nak Sertai Pertandingan
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana ingin menyertai LEGOLAND® School Challenge ni kan? Cara penyertaannya mudah sahaja. 

✨ Pertandingan ini dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia – jadi biasanya sekolah akan dapat jemputan rasmi. 
✨ Terbuka untuk tiga kategori umur:
Junior (7–9 tahun) Primary (10–12 tahun) Secondary (13–17 tahun) ✨ Setiap pasukan perlu hantar hasil binaan LEGO mengikut tema tahunan. Dari ratusan penyertaan, hanya yang terbaik akan ke Grand Finals di LEGOLAND Malaysia Resort.

✨ Pemenang bukan sekadar dapat trofi LEGO, malah ada hadiah bernilai lebih RM200,000 termasuk percutian ke luar negara! Tahun ini pemenang ke Korea

Syarat Menyertai Pertandingan
1. Daftar Ahli Kumpulan pada 15 Mei - 15 Jun 20252. Nama Sekolah3. Negeri4. Negara5. Nama Kumpulan6. Kategori Junior, Primary atau Secondary7. Nama 3-4 pelajar dari sekolah yang sama8. Nombor Telefon Guru yang terlibat 9. Hanya menggunakan blok set dari jenama LEGO sahaja. Jika didapati menggunakan set selain LEGO asli, peserta automatik tersingkir
10. Bina LEGO mengikut tema yang diberikan dan gunakan kreativiti masing-masing. 11. Rekod video dari pelbagai sisi dalam tempoh 60 saat
12. Muat naik di platform yang disediakan. Hanya untuk penyertaan yang sudah berdaftar. 
Sejak penubuhan program ini pada 2022, LEGOLAND® School Challenge telah menjadi fenomena serantau. Berikutan penyertaan yang memecahkan rekod pada 2024, tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih mendebarkan, padat dengan ciri dan hadiah baharu yang mencetuskan imaginasi dan menyemarakkan semangat untuk belajar

Apa yang Baharu pada 2025?
Dua kemas kini utama menjadikan LEGOLAND® School Challenge tahun ini benar-benar tidak dapat dilepaskan:
Hadiah Utama Go Global: Pemenang dari Kategori Rendah dan Menengah akan mengalami lawatan ke LEGOLAND Korea, manakala juara Kategori Junior akan menikmati percutian di LEGOLAND Malaysia





Showdown Bangunan Kelajuan: Buat pertama kalinya, perlawanan akhir akan menampilkan Cabaran Bina Kelajuan bertenaga tinggi. 5 pasukan finalis teratas dalam setiap kategori akan bersaing secara langsung di hadapan panel penilai dan penonton, berlumba melawan masa untuk mencipta binaan LEGO asli dalam masa 45 minit sahaja

Setiap pasukan finalis juga akan menikmati penginapan 3H2M di LEGOLAND Hotel, menerima trofi LEGO eksklusif, set LEGO yang menarik dan Pas Tahunan ke LEGOLAND Malaysia Resort.
Rombongan Sekolah ke LEGOLAND? 🎟️ Sekolah yang nak bawa murid jalan-jalan ke LEGOLAND pun ada tawaran khas: hampir 60% diskaun tiket dengan pakej lengkap termasuk makan dan tiket guru percuma.
🎁 Kalau booking untuk lebih 80 pelajar sebelum 31 Oktober 2025, boleh dapat naik taraf tiket percuma.
👉 Untuk pertanyaan lanjut atau booking, boleh ke laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort atau email terus ke [email protected].

Ruby rasa pertandingan macam ni bukan sekadar main LEGO. Ia ajar anak-anak tentang kerjasama, kreativiti, komunikasi dan penyelesaian masalah – semua skill penting dalam hidup. Siapa tahu, daripada hobi kecil boleh jadi kerjaya besar satu hari nanti.

Tahniah kepada semua pemenang LEGOLAND® School Challenge 2025! InsyaAllah 2026 Ruby masukkan Adam dan Alif untuk kategori Primary. InsyaAllah. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/09/legoland-school-challenge-2025.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar Utm Raih Malaysia National Runners Up

James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar Utm Raih Malaysia National Runners Up

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2414 hits
James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih Malaysia National Runners Up Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tiga mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berjaya dinobatkan sebagai ...
Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

Itm 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2262 hits
ITM 2025 Lonjak Malaysia Sebagai Hab Pelancongan Mesra Muslim Global KUALA LUMPUR Islamic Tourism Month 2025 atau Bulan Pelancongan Islam 2025 kini kembali dengan edisi keempat yang mewarnai pengalaman pelancongan dan hospitaliti mesra Musl...
Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

Medical Informatics Masters Malaysia 2025 Guide To Fees Careers

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2475 hits
Medical Informatics Masters Malaysia Guide to Fees Careers A medical informatics masters in Malaysia is an excellent option for graduates looking to merge healthcare and technology With the global rise of digital health this advanced degree...
Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 4552 hits
Kuala Lumpur kembali meriah pada 20 September 2025 dengan penganjuran Malaysia Sarong Music Run edisi kedua di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung penuh warna budaya dan komuniti Kali ini lebih 15 000 peserta menyarung kain sarong berlari d...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6287 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2520 hits
Sekitar Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke 21 2025 di MITEC Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Kehadiran toqqi mencerminkan sokongan PPIM terhadap usaha memperkukuh industri halal serta memberi galakan...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 614 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1269 hits
Kuala Lumpur Dia lukis gambar menyerupai makhluk aneh yang ngeri dan menyeramkan ketika itu baru saya tahu dia rupa rupanya kemurungan malah dia turut kelar tangan di sekolah ketika tiada murid lain dalam kelas Itu luahan Nurul Afeeza Mohd ...
Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1809 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bergambar bersama keluarga dan mangsa buli selepas sidang media PPIM di Puteri Villa Kondominium Kuala Lumpur Foto MOHD ADZLAN 23 SEPTEMBER 2025 Mangsa yang merupakan pelaja...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State

Penhaligon S Introduces The Cut A Bold New Chapter In Bespoke Perfumery

Realme Game Of Thrones Limited Edition Rekaan Epik Prestasi Hebat

Hubungan Kaedah Green Dengan Supersimetri Kuantum Mudahnyabacajurnal

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Daging Paprik Masak Di Rumah

Menuai Buah Limau Bali Sunkist Dan Buah Limau Kasturi

Selamat Asrin Semakin Hebat

Tips Tarik Trafik Ke Blog Tanpa Pening Kepala

Cikbunga Pertama Kali Masuk Raudah

Menu Express 20 Minit Untuk Mak Yang Penat Balik Kerja