James Dyson Award 2025 Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar Utm Raih Malaysia National Runners Up


James Dyson Award 2025: Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih “Malaysia National Runners-Up”
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila tiga mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) berjaya dinobatkan sebagai Malaysia National Runners-Up bagi James Dyson Award (JDA) 2025.
Menurut portal UTM News Hub, ia merupakan sebuah pertandingan reka bentuk kejuruteraan berprestij di peringkat antarabangsa.
Pasukan tersebut, yang dianggotai oleh Chow Ming Fong, Magnus Gin Xiang Short dan Wong Zhi Ying tampil dengan ciptaan sistem Flood Monitoring Alert & SOS System (FMAS).
Ia merupakan inovasi pintar berasaskan teknologi LoRa bagi mengesan paras air banjir, memberi amaran awal kepada komuniti serta membolehkan mangsa menghantar isyarat kecemasan berasaskan GPS untuk mempercepatkan operasi menyelamat.
Difahamkan, pertandingan JDA yang dianjurkan oleh James Dyson Foundation tahun ini melibatkan penyertaan daripada 28 negara dan telah menyokong lebih 400 ciptaan berimpak global sejak ia mula diperkenalkan.
Pasukan UTM mara ke pusingan global Di peringkat kebangsaan, setiap negara akan menobatkan seorang National Winner serta dua National Runners-Up.
Malaysia menyaksikan pemenang utama disandang oleh Asia Pacific University (APU), manakala satu lagi tempat Runners-Up diraih Universiti Sains Malaysia (USM).
Kejayaan itu sekali gus melayakkan pasukan UTM mara ke pusingan global bersama finalis dari 28 negara lain. Pada peringkat ini, setiap penyertaan akan dinilai sebelum disenarai pendek oleh panel jurutera Dyson ke dalam kelompok Top 20 Global.
Daripada senarai tersebut, pemilihan akhir akan dibuat sendiri oleh pengasas James Dyson Foundation, Sir James Dyson, bagi menentukan pemenang utama di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Pensyarah Kanan Jabatan Mekanik Gunaan dan Reka Bentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM), Ir. Dr. Amir Putra Md Saad, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inovasi tersebut.
“Inilah buat pertama kalinya UTM khususnya FKM mencatatkan kejayaan dalam pertandingan reka bentuk penyelesaian masalah ini
Sebagai penyelaras elektif reka bentuk, saya amat berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus komited memperkukuh perjalanan design innovation di FKM,” ujar beliau.
Menurut portal UTM News Hub, FMAS dibangunkan sebagai penyelesaian kepada isu banjir berulang di rantau Asia Tenggara yang sering mengorbankan nyawa serta memusnahkan harta benda.
Berbeza dengan sistem sedia ada yang hanya berfungsi menghantar amaran sehala, FMAS memperkenalkan ciri komunikasi dua hala melalui SOS Locator Beacon.
Difahamkan, ciptaan ini adalah kalis air, mudah alih serta mampu menghantar lokasi GPS terus kepada pasukan penyelamat walaupun tanpa rangkaian telefon atau bekalan elektrik.

Dengan kejayaan tersebut, UTM sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai universiti penyelidikan yang melahirkan bakat inovatif.
Ia seiring dengan misinya memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat melalui reka bentuk berimpak tinggi.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kemampuan mahasiswa UTM menghasilkan inovasi bernilai global, malah turut mencerminkan peranan universiti dalam melahirkan generasi jurutera reka bentuk yang peka terhadap isu kemasyarakatan.
BACA: “Blackout” Ketika Akad Nikah, Majlis Pengantin Ini Bertukar Jadi “Candle Light Dinner” Sumber: UTM News Hub
The post James Dyson Award 2025: Inovasi Banjir Ciptaan Pelajar UTM Raih “Malaysia National Runners-Up” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/james-dyson-award-2025-inovasi-banjir-ciptaan-pelajar-utm-raih-malaysia-national-runners-up/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1482 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

Malaysia Day 2025 Vibrant Cultural Performances And Exhibitions Ready For National Celebration In Butterworth

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3312 hits
National Department for Culture and Arts director general Mohd Amran Mohd Haris said this year s performances are set to be more vibrant thanks to the strong participation of Penang based non governmental organisations who are playing a key...
Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1269 hits
Kuala Lumpur Dia lukis gambar menyerupai makhluk aneh yang ngeri dan menyeramkan ketika itu baru saya tahu dia rupa rupanya kemurungan malah dia turut kelar tangan di sekolah ketika tiada murid lain dalam kelas Itu luahan Nurul Afeeza Mohd ...
Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1014 hits
Pelajar Hafizah Raih 10A SPM Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun Memiliki keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan sememangnya menjadi impian setiap murid dan juga ibu bapa Bagi murid kejayaan akademik merupakan us...
National Archives To Honour Abdullah Ahmad Badawi On Malaysia Day

National Archives To Honour Abdullah Ahmad Badawi On Malaysia Day

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 3584 hits
The National Archives of Malaysia will hold a commemorative event on Sept 16 to honour the late fifth prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi alongside Malaysia Day celebrations BERNAMA picGEORGE TOWN The National Archives of Malaysia will...
Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

Festival Budaya Malaysia 2025 5 Hari Penuh Warna Irama Rasa Di Taman Tasik Titiwangsa

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 9018 hits
Bayangkan ketika anda melangkah masuk ke Taman Tasik Titiwangsa pada pagi 12 September 2025 dari pintu masuk lagi sudah kedengaran bunyi gendang aroma masakan berempah menusuk hidung serta deretan gerai penuh warna yang menghidangkan pelbag...
Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1809 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan bergambar bersama keluarga dan mangsa buli selepas sidang media PPIM di Puteri Villa Kondominium Kuala Lumpur Foto MOHD ADZLAN 23 SEPTEMBER 2025 Mangsa yang merupakan pelaja...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 614 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

Aktiviti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 Ppim 19 09 2025

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2521 hits
Sekitar Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke 21 2025 di MITEC Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Kehadiran toqqi mencerminkan sokongan PPIM terhadap usaha memperkukuh industri halal serta memberi galakan...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Drama Satu Dua Dia

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Kecil Di Tengah Runtuhan Kisah Kekuatan Dan Harapan

Pening Menggigil Tak Larat

Kotak Packaging Custom Untuk Kek Coklat Cookies Nampak Eksklusif Nampak Sedap

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Looking For Waxing Near Me Why Edmonton Women Trust Comfort Wax Studio

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight