Saya Pun Baca Buku Adik Najib Terbukti 1mdb Bawa Malapetaka


AGENDA DAILY
Buku 'What’s in the Name' ditulis Datuk Seri Nazir Razak turut menceritakan mengenai 1MDB.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada membaca buku yang ditulis oleh adik Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengakuan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini dan ternyata isu tersebut membawa malapetaka kepada negara.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pengakuan Datuk Seri Nazir Tun Razak, dalam memoirnya bertajuk ‘What’s in a Name’ membuktikan perjuangan sebelum ini menentang salahguna kuasa dan penyelewengan melibatkan 1MDB sehingga menyebabkan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada 2015 terbukti benar sekarang.
“Tetapi sejarah saya ni agak luar biasa ini bukan pertama kali kalau saudara masih ingat 2015 waktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan waktu itu tercetus apa yang disebutkan skandal 1MDB.
“Hari ni jelas terbukti kerana masalah ni sekarang ni berada di mahkamah. Tapi saya tak nak sentuh, nanti dikatakan contempt of court (menghina mahkamah),” katanya semasa berucap di Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara dalam talian.
Jelasnya lagi, isu 1MDB bukan suatu perkara yang main-main kerana ia melibatkan sejumlah wang negara yang besar dan jika tidak dibangkitkan ia akan membawa malapetaka kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang berbilion ringgit dan ia akhirnya didedahkan sendiri oleh adik Najib.
“Saya tahu bahawa perkara ini adalah satu perkara yang besar dan kalau kita tak bangkitkan dan menimbulkan kesedaran rakyat ini adalah suatu malapetaka kepada negara kita yang melibatkan kerugian kepada negara bernilai RM40 bilion.
“Hari ini terdedah, dalam buku mutakhir adinda kepada Datuk Seri Najib Razak pun (mendedahkan)… Saya pun baharu baca semalam saya lihat secara sepintas lalu ada juga disebutkan masalah 1MDB,” katanya lagi.
Untuk rekod, terkini 1MDB dilaporkan memiliki hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini.
Terdahulu, Nazir dalam memoirnya pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan Najib.
Malah Nazir mengakui beliau antara yang bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.
Pertemuan itu turut disertai pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.
“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.
Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.
Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.
“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.
“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.
Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.
Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/saya-pun-baca-buku-adik-najib-terbukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Najib Dedah Wang 1mdb Mungkin Diseleweng Kepada Tun M

Adik Najib Dedah Wang 1mdb Mungkin Diseleweng Kepada Tun M

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 227 hits
AGENDA DAILY Buku What s in the Name ditulis Datuk Seri Nazir Razak turut menceritakan mengenai 1MDB Datuk Seri Nazir Razak mengakui beliau antara yang bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan ...
Court Dismisses 1mdb Linked Forfeiture Suit Against Najib Family

Court Dismisses 1mdb Linked Forfeiture Suit Against Najib Family

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 295 hits
The government failed in its 1MDB linked forfeiture suit against former prime minister Najib Abdul Razak and several members of his family The Kuala Lumpur High Court this morning threw out the legal action against Najib a few of his family...
Arahan Dari Jho Low Adalah Mandat Najib Kata Bekas Cfo 1mdb

Arahan Dari Jho Low Adalah Mandat Najib Kata Bekas Cfo 1mdb

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 288 hits
BERNAMA Menurut Azmi Tahir Jho Low akan memberi maklumat atau arahan yang perlu beliau laksanakan kerana ia adalah dari Najib Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Gambar Bernama Bekas ketua pegawai kewa...
Bekas Ceo 1mdb Najib Tak Pernah Cuba Pisahkan Diri Dari Jho Low

Bekas Ceo 1mdb Najib Tak Pernah Cuba Pisahkan Diri Dari Jho Low

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 303 hits
malaysiakini comKES 1MDB NAJIB Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah cuba untuk memisahkan dirinya daripada Low Taek Jho menurut bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman Dia berkata demikian dalam keterangannya ketika perbicaraan ras...
Court Upholds Sri Ram As Prosecutor In Najib S 1mdb Linked Cases

Court Upholds Sri Ram As Prosecutor In Najib S 1mdb Linked Cases

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 272 hits
Najib Abdul Razak has failed again to recuse former federal court judge Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB linked court cases Today s three person Court of Appeal bench chaired by judge Yaacob Md Sam and also co...
Template Buku Program Tema Bentuk Warna Warni

Template Buku Program Tema Bentuk Warna Warni

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 481 hits
Anda boleh Muat Turun dengan menekan butang Muat Turun dibawah Link muat turun menggunakan server google drive alternatif menggunakan box dot com jika anda tidak tahu cara untuk muat turun template ini silakan tekan pada Tutorial terlebih d...
Najib Dakwa Pm8 Cuba Pesong Sejarah Lupa 1mdb Sejarah Skandal Terbesar Dunia

Najib Dakwa Pm8 Cuba Pesong Sejarah Lupa 1mdb Sejarah Skandal Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 285 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digiring oleh pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika dibawa ke mahkamah pada 4 Julai 2018 bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah dan rasuah berkaitan syarikat S...
1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 423 hits
AGENDA DAILY Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Jho Low adalah cerminan imej bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pengurusan syarikat 1Malay...
Jho Low Told Najib Not To Say Much To Auditor Kpmg Ex 1mdb Cfo

Jho Low Told Najib Not To Say Much To Auditor Kpmg Ex 1mdb Cfo

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 278 hits
1MDB TRIAL Low Taek Jho told then prime minister Najib Abdul Razak not to say much during a meeting with auditor KPMG regarding 1MDB s overseas investment the Kuala Lumpur High Court heard today Former 1MDB chief financial officer Azmi Tahi...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Sireh Pinang Mudo