Arahan Dari Jho Low Adalah Mandat Najib Kata Bekas Cfo 1mdb


BERNAMA
Menurut Azmi Tahir, Jho Low akan memberi maklumat atau arahan yang perlu beliau laksanakan kerana ia adalah dari Najib.
Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama Bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa semua arahan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dianggap mandat dari Najib Razak.
Azmi Tahir, 46, berkata beliau dimaklumkan oleh bekas ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias bahawa Jho Low adalah penasihat atau orang yang rapat kepada bekas perdana menteri itu dan Jho Low juga akan memberi maklumat atau arahan yang perlu beliau laksanakan kerana ia adalah daripada Najib.
“Saya juga difahamkan Jho Low mempunyai hubungan rapat dengan pihak Abu Dhabi dan Arab Saudi dan beliau juga merupakan orang kepercayaan Najib. Saya hanya mengikut arahan yang diterima oleh arwah Datuk Azlin dan bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Effendi Nazaruddin kerana saya menganggap itu adalah arahan daripada perdana menteri.
“Semasa bertugas sebagai CFO 1MDB, terdapat tindakan sulit di belakang yang telah disusun dan dirancang oleh Jho Low melalui arahan dan kelulusan Najib dan orang tertentu dipilih dalam pengurusan tertinggi 1MDB dan ahli lembaga pengarah bagi memastikan arahan tersebut akan dilaksanakan. Saya boleh katakan sistem ini adalah berlapis,” kata Azmi.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Azmi berkata beliau juga diberitahu bahawa arahan daripada Najib ini selari dengan Artikel 117 Memorandum dan Artikel (M&A) Persatuan 1MDB kerana setiap keputusan penting perlulah di bawah arahan dan kelulusan Najib.
“Najib mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan terutamanya melibatkan pelaburan, keputusan kewangan dan kepentingan negara. Selain saya, antara pengurusan tertinggi yang disusun dalam sistem ‘work in silo’ dalam 1MDB ini adalah bekas ketua pegawai operasi Mohd Hazem Abd Rahman; bekas ketua pegawai eksekutif Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas ketua pegawai pelaburan Vincent Koh; bekas peguam Jasmine Loo dan timbalan CFO Terence Geh.
“Saya hanya menerima arahan selari dengan pengurusan tertinggi lain dan dalam masa sama Jho Low memberitahu saya semua tugasan adalah berdasarkan need to know basis iaitu kami hanya akan diberitahu mengenai sesuatu perkara berdasarkan skop tugasan dan setakat yang saya perlu tahu sahaja,” kata Azmi.
Azmi menambah, Jho Low akan menghantar e-mel dan Blackberry Messenger (BBM) yang mengandungi nota percakapan dan pelan tindakan kepada beliau dan orang lain dalam lapisan silo ini.
“E-mel ini perlu dipadam segera selepas dibaca kerana Jho Low tidak mahu ia bocor kerana arahan sulit tersebut melibatkan keputusan dan kehendak perdana menteri serta perlu melaksanakannya dengan segera memandangkan Najib mahu ia dilaksanakan segera.
“Kebiasaannya keputusan kritikal akan dibuat melalui Resolusi Ahli Lembaga Pengarah (DCR) tanpa melalui mesyuarat ahli lembaga pengarah (BOD) kerana Jho Low akan mengarahkan Loo untuk menyediakan semua DCR. BOD hanya perlu menandatangani DCR tersebut tanpa sebarang bantahan kerana ia adalah arahan Jho Low,” katanya.
Tambah Azmi, semua DCR itu disusuli oleh kelulusan Najib melalui sebuah dokumen resolusi pemegang saham yang Najib telah mengetahui lebih awal berdasarkan perbincangannya (Najib) dengan Jho Low.
“Ini berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani dan dalam pengetahuan Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri.
“Keseluruhannya, bagi saya, peranan Jho Low amatlah ketara sebagai penasihat kepada Najib dan boleh juga dikatakan Jho Low merupakan orang kanan dan dipercayai Najib dalam urusan 1MDB ini,” katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/arahan-dari-jho-low-adalah-mandat-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1mdb Dakwa Arahan Jho Low Adalah Mandat Daripada Najib

Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1mdb Dakwa Arahan Jho Low Adalah Mandat Daripada Najib

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua arahan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dianggap mandat daripada Na...
Jho Low Arah Najib Jangan Cakap Banyak Dengan Kpmg Kata Bekas Cfo 1mdb

Jho Low Arah Najib Jangan Cakap Banyak Dengan Kpmg Kata Bekas Cfo 1mdb

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 221 hits
BERNAMA Jho Low mengarahkan Najib mengungkapkan bahawa beliau telah diterangkan dan mengetahui segala pelaburan dan transaksi 1MDB dan yakin dengan dokumen yang ada Bekas CFO 1MDB berkata Jho Low menyusun semua dokumentasi dan perkara yang ...
Bekas Ceo 1mdb Najib Tak Pernah Cuba Pisahkan Diri Dari Jho Low

Bekas Ceo 1mdb Najib Tak Pernah Cuba Pisahkan Diri Dari Jho Low

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 289 hits
malaysiakini comKES 1MDB NAJIB Bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah cuba untuk memisahkan dirinya daripada Low Taek Jho menurut bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman Dia berkata demikian dalam keterangannya ketika perbicaraan ras...
Jho Low Told Najib Not To Say Much To Auditor Kpmg Ex 1mdb Cfo

Jho Low Told Najib Not To Say Much To Auditor Kpmg Ex 1mdb Cfo

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 266 hits
1MDB TRIAL Low Taek Jho told then prime minister Najib Abdul Razak not to say much during a meeting with auditor KPMG regarding 1MDB s overseas investment the Kuala Lumpur High Court heard today Former 1MDB chief financial officer Azmi Tahi...
Mgnews Saksi Mendakwa Low Taek Jho Adalah Orang Kanan Datuk Seri Najib

Mgnews Saksi Mendakwa Low Taek Jho Adalah Orang Kanan Datuk Seri Najib

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 175 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi sambung perbicaraan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Instructions From Jho Low Considered A Mandate From Najib Witness Says In 1mdb Trial

Instructions From Jho Low Considered A Mandate From Najib Witness Says In 1mdb Trial

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
A former 1MDB chief financial officer told the High Court today that every instruction given by fugitive businessman Low Taek Jho or Jho Low was considered to be a mandate from Najib Razak Azmi Tahir 46 said he was once informed by the late...
Najib Pegang Kuasa Muktamad Dalam 1mdb Bekas Cfo

Najib Pegang Kuasa Muktamad Dalam 1mdb Bekas Cfo

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 195 hits
malaysiakini comBekas ketua pegawai kewangan 1MDB memberi keterangan dia menuruti Low Taek Jho kerana Najib Razak merupakan kuasa muktamad terhadap syarikat pelaburan negara ini Azmi Tahir memberi keterangan ini semasa perbicaraan rasuah RM...
Jho Low Rapat Dengan Najib Kata Saksi

Jho Low Rapat Dengan Najib Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 212 hits
Dalam perbicaraan pada 17 November pula kita dibawa jauh ke tahun 2009 tatkala 1MDB menandatangani kerjasama dengan Petrosaudi International Ltd Saksi Tan Sri Ismee Ismail yang juga Pengarah Urusan 1MDB ketika itu berkata Pengerusi Ahli L
Najib Never Moved To Dissociate Himself From Jho Low Says Ex 1mdb Ceo

Najib Never Moved To Dissociate Himself From Jho Low Says Ex 1mdb Ceo

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 245 hits
He says Jho Low was basically the man of the PM The High Court was today told that former prime minister Najib Razak did not say or do anything to dissociate himself from fugitive businessman Low Taek Jho or Jho Low Testifying under re exam...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah