1mdb Diurus Seperti Kedai Kopi Kata Sri Ram Dalam Kes Najib


AGENDA DAILY
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Jho Low adalah 'cerminan imej' bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pengurusan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan tidak ubah seperti operasi sebuah kedai kopi di Jalan Petaling.
Perumpamaan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika membantah soalan balas pihak pembelaan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman.
Memetik laporan FMT, Hazem dipanggil menjadi saksi kes itu sejak 14 September 2020 dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Terdahulu peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammad ketika pemeriksaan balas bertanya kepada Hazem mengenai pinjaman yang diambil oleh 1MDB berjumlah AS$975 juta pada 2014 selain menambah bahawa wang terbabit tidak digunakan bagi tujuan sebenar membeli semula 49 peratus saham dalam Aabar Investment.
Wan Aizuddin menyoal Hazem sama ada pasukan pengurusan telah mengelirukan pengarah syarikat dan beliau menjawab tidak pasti.
Sri Ram kemudiannya berkata, “saksi itu (Hazem) bukannya sedang dibicarakan”.
Wan Aizuddin memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pembelaan mahu menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat salah urus dalam 1MDB yang berpunca daripada Hazem, bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat, Azmi Tahir dan bekas eksekutif Geh Choh Heng.
“Kami setuju…bahawa hal ehwal 1MDB dikendalikan lebih seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling.
“Kami katakan yang mereka ini (antaranya sejumlah pegawai 1MDB) bertindak atas arahan Jho Low, yang merupakan alter ego dan cerminan kepada tertuduh (Najib), dan kedua-duanya bertindak secara bersama.
“Kami setuju untuk bertoleransi dengan soalan-soalan ini dan ia sama sekali tidak relevan dengan hujah kami,” kata Sri Ram.
Selain itu, Sri Ram berkata, Low adalah “cerminan imej” Najib dan mereka akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa kedua-duanya bertindak sekali.
Bagaimanapun Wan Aizuddin berhujah bahawa salah urus dalam 1MDB adalah “angkara Low” dan Najib tidak pernah terlibat.
“Kita juga menghadapi kesukaran dengan saksi ini kerana kadang kala beliau tidak ingat,” katanya.
Sequerah berkata, kes 1MDB itu berlaku hampir 10 tahun lalu dan beliau memberitahu tertuduh untuk teruskan dengan isu laim sekiranya Hazem mengatakan beliau tidak ingat.
Bekas Presiden UMNO itu didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, dan empat kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib ditahan SPRM pada jam 4.13 petang 19 September 2018 berkaitan kes 1MDB yang melibatkan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Pada Julai tahun lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Beliau kemudian mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/1mdb-diurus-seperti-kedai-kopi-kata-sri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan 1mdb Diurus Macam Kedai Kopi Cina Di Jalan Petaling

Pendakwaan 1mdb Diurus Macam Kedai Kopi Cina Di Jalan Petaling

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 204 hits
malaysiakini comKES 1MDB NAJIB Pihak pendakwaan menyifatkan urusan korporat 1MDB seperti dikendalikan seperti kedai kopi Cina di Jalan Petaling Timbalan pendakwa raya kanan Gopal Sri Ram membuat perbandingan itu hari ini ketika menyuarakan ...
Court Upholds Sri Ram As Prosecutor In Najib S 1mdb Linked Cases

Court Upholds Sri Ram As Prosecutor In Najib S 1mdb Linked Cases

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 256 hits
Najib Abdul Razak has failed again to recuse former federal court judge Gopal Sri Ram from prosecuting the former prime minister s 1MDB linked court cases Today s three person Court of Appeal bench chaired by judge Yaacob Md Sam and also co...
Sri Ram To Remain As Senior Dpp After Court Dismisses Appeals By Najib And Shafee

Sri Ram To Remain As Senior Dpp After Court Dismisses Appeals By Najib And Shafee

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 162 hits
Former prime minister Najib Razak and his lawyer Muhammad Shafee Abdullah today failed in their appeals to disqualify Gopal Sri Ram as senior deputy public prosecutor in their respective court cases A three man panel comprising justices Yaa...
Pendakwa Malu Gagal Tunjuk Bukti Pada Kes Sita 1mdb Datuk Najib

Pendakwa Malu Gagal Tunjuk Bukti Pada Kes Sita 1mdb Datuk Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 263 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSangat memalukan apabila pihak pendakwa gagal kemuka bukti untuk mengaitkan harta yang mereka rampas dan bawa keluar dari rumah Datuk Seri Najib adalah sumber dari wang 1MDB Malah hampir setiap barang yang di bawa kemah...
Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

Kes 1mdb Najib Buat Laporan Sprm Terhadap Bekas Pengurus Goldman Sachs Tim Leissner

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak pagi ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Tim Leissner yang merupakan bekas Pengurus Kanan Goldman Sachs yang telah mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat kerana merasu...
Arahan Dari Jho Low Adalah Mandat Najib Kata Bekas Cfo 1mdb

Arahan Dari Jho Low Adalah Mandat Najib Kata Bekas Cfo 1mdb

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 271 hits
BERNAMA Menurut Azmi Tahir Jho Low akan memberi maklumat atau arahan yang perlu beliau laksanakan kerana ia adalah dari Najib Bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Gambar Bernama Bekas ketua pegawai kewa...
Saya Pun Baca Buku Adik Najib Terbukti 1mdb Bawa Malapetaka

Saya Pun Baca Buku Adik Najib Terbukti 1mdb Bawa Malapetaka

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 214 hits
AGENDA DAILY Buku What s in the Name ditulis Datuk Seri Nazir Razak turut menceritakan mengenai 1MDB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada membaca buku yang ditulis oleh adik Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengakuan berhubung skandal 1...
10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 628 hits
Nampaknya sekarang sudah sampai trend minuman Kopi pula Setiap kedai pastinya menawarkan kopi yang menarik dan paling sedap Tidak terlepas juga di daerah Temerloh Secara jujurnya aku tidak lah minat dan obses kepada minuman kopi ni Jadi kal...
Kedai Kopi Kisah Kita

Kedai Kopi Kisah Kita

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 490 hits
Ni gambar yang kawan MY share dalam group whatsapp Takde apa nak tulis Share gambar aje lah Sekarang memang tengah in minum kopi kot Ke sebenarnya dah lama orang lepak lepak minum kopi Sebab tu la wujud cafe macam Starbucks Old Town White C...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel