Sardin Adalah Penawar Paling Cepat Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal
Sardin Adalah Penawar Paling Cepat & Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal. Apabila sesiapa sahaja yang terkena keracunan makanan akibat termakan makanan yang kotor atau telah dicemari pasti akan menyebabkan individu berkenaan akan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah tanpa henti sehingga badan tidak lagi bermaya.
Sekiranya perkara ini berlaku kepada kita dan kita gagal untuk mendapatkan rawatan di hospital atau lokasi klinik terlalu jauh dari tempat tinggal kita, apa yang harus kita lakukan? Pasti masalah ini akan lagi memudaratkan pesakit yang keracunan makanan.
Kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana, seorang lelaki telah berkongsi di laman sosial Facebook miliknya Hadihaizil Din bagaimana untuk merawat keracuanan makanan dengan hanya menggunakan satu benda sahaja yang mudah didapati dan kesannya begitu mujarab.
Sardin Penyelamat Pantas Tatkala Keracunan Makanan
Saya telah pelajari ilmu ini sejak awal perkahwinan lagi, ketika itu, terbaca di salah satu laman perkongsian bagaimana sardin boleh dijadikan penawar sekiranya keracunan. Ada satu ketika, semasa perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih.
Saya diserang keracunan makanan, ketika itu badan terasa tidak sedap seperti keracunan (saya pernah juga keracunan sebelum itu). Setibanya di bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut, dan cari sardin dalam tin.
Kemudian masuk semula ke dalam kereta, dan buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah. YA memang tidaklah sedap pun bila makan terus begitu. Namun demi penawar pantas, saya kunyah dan telan terus.
Kemudian saya tunggu beberapa minit, terasa satu badan seakan kena elektrik (tak tahu macam mana nak terangkan). Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti asal.
Penawar sardin itu memang berkesan. Saya telah cuba beberapa kali untuk kes keracunan, setakat ni alhamdulillah menjadi penawar segera. Andai anda dalam keadaan keracunan dan jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas.
Bagus dijadikan bekalan untuk yang sering pergi berkhemah sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.
Nota sardin : sardin yang digunakan adalah jenis sardin, bukan mackerel ya.
Sumber: Koleksi Viral
The post Sardin Adalah Penawar Paling Cepat & Mujarab Sekiranya Terkena Keracunan Makanan Apabila Klinik Jauh Dari Tempat Tinggal appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/sardin-adalah-penawar-paling-cepat-mujarab-sekiranya-terkena-keracunan-makanan-apabila-klinik-jauh-dari-tempat-tinggal/